Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Other Language  
Text Size:
A- A A+
Theme Color: blue green red

Your Voice

Senarai cadangan yang dipaparkan ini adalah cadangan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Setiap cadangan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih atas sokongan anda.

Bil Pengguna Pendapat/Cadangan/Pertanyaan Maklumbalas/Tindakan
 1

RAHIMAH ISHAK

Saya sebagai majikan berminat untuk menyertai program SLDN. Bagaimanakah cara untuk menyertainya? Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat saya sebagai syarikat SLDN. Apakah syarat yang perlu saya penuhi?

 

Terdapat beberapa kaedah bagi majikan yang berminat dalam program SLDN terutamanya bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan/atau ditauliahkan sebagai Syarikat Latihan SLDN.

Antara kaedahnya adalah;
1.   Majikan boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memohon sebagai syarikat latihan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan. Surat berkenaan hendaklah mengandungi alamat majikan, nombor telefon serta pegawai yang boleh dihubungi (person-in-charge).
2.   Majikan boleh memuat turun borang permohonan sebagai Syarikat SLDN daripada Laman Sesawang JPK di www.dsd.gov.my . Borang berkenaan perlulah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan serta disahkan oleh pihak pengurusan syarikat tersebut. Borang berkenaan boleh terus dihantar ke mana-mana pejabat JPK yang berhampiran untuk diproses.
3.   Pihak Majikan boleh terus datang (walk-in) ke mana-mana kaunter JPK untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program SLDN. Kebiasaanya ke mana-mana pejabat JPK yang berhampiran juga.
4.   Sebarang maklumat lanjut berkaitan program SLDN juga boleh terus dirujuk dalam laman sesawang JPK atau berhubung terus dengan Pejabat JPK Wilayah yang berhampiran dengan majikan terbabit.

2 MOHD NASARUDDIN BIN HAMDAN Bagaimana saya perlu memaklumkan pihak JPKberkenaan penukaran alamat email Pusat Bertauliah yang baru?

Sila maklumkan petukaran emel tersebut melalui surat ke:

Unit Pentauliahan
Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.
Tel: +603-8886 5589
Fax: +603-8889 2430

MOHD.HAFIZ BIN GANI Saya bekerja di sektor kerajaan dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3. Adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) sambil bekerja?

Sila rujuk Pusat Bertauliah yang menawarkan program yang berkaitan. Semakan maklumat Pusat Bertauliah boleh dibuat melalui ;
http://apps.dsd.gov.my/webjpk2/JPK_program_list/carian_negeri.php

4 DEWI SULVIYANTI SAMSI Di mana saya boleh rujuk untuk mendapatkan senarai Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) yang telah ditauliahkan?

Untuk maklumat PP-PPT, sila rujuk/hubungi :

1. Bahagian DPIN
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603-55438200 Fax : +603-55438398

2. Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya
Blok 4803, Suite 0-10,
Bangunan CDB Perdana
Persiaran Flora
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8321 4700 | Faks : 03-8321 4888

5 WELLY YATAM Saya merupakan Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) yang telah dilantik oleh pihak JPK. Soalan saya, bolehkah jika saya menjadi PP-PPT sekiranya bukan dalam bidang saya? Pelantikan PP-PPT hanya berdasarkan bidang yang ditauliahkan kepada personel tersebut sahaja selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.
6 AHMAD FADZILLAH BIN HASSAN Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, adakah SKM setaraf dengan sijil-sijil lain di Malaysia?

Merujuk Kerangka Kelayakan Malaysia yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setara dengan Peringkat Sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana IPTA, manakala DKM adalah setara dengan peringkat Diploma. Sila rujuk rajah yang berikut untuk penjelasan lanjut:

suaraAnda

 

7 MOHD ARIFSHARHAN

Saya merupakan graduan dari ADTEC,dalam bidang automotif dan sedang berkhidmat di sektor awam sebagai Pemeriksa Kereta Motor. Isu yang saya hadapi adalah;

1.Dalam penambahbaikan skim Pemeriksa Kereta Motor, saya telah diberikan tawaran ke gred AB29 baru2 ini dah telah dilulusan pemilihan tersebut berdasarkan adanya pengikftirafan MQA pada diploma saya. Namun, malang sekali telah ditarik balik oleh pihak JPA atas alasan tiada perkataan "Kejuruteraan" pada diploma saya. Saya memiliki Diploma Teknologi Automotif.

2. Adakah perkataan "diploma" daripada graduan Politeknik lebih diutamakan tetapi graduan kemahiran di anak tirikan oleh pihak JPA sedangkan kelayakan adalah Diploma.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang dikeluarkan oleh JPK telah diktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam disesuaikan mengikut skim perkhidmatan (seperti yang tertera di bawah ini yang boleh diakses melalui laman web: https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php.)

Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016, terdapat 64 skim perkhidmatan yang telah diperuntukkan syarat kelayakan SKM (Tahap 2 dan Tahap 3), manakala 2 skim sahaja diperuntukan kelayakan DKM dan DLKM sebagai syarat lantikan iaitu skim Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29) dan Penolong Pegawai Latihan (E29). JPK juga telah mengemukakan cadangan ke Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya memperluaskan lagi peruntukan kelayakan DKM dan DLKM sebagai salah satu syarat lantikan bagi mana-mana skim perkhidmatan yang bersesuaian sepertimana 64 skim perkhidmatan yang telah memperuntukkan syarat kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3. Namun begitu, peluasan bagi kelayakan skim ini perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Perkhidmatan skim masing-masing.

Merujuk aduan dikemukakan, didapati Diploma Teknologi Automatif yang dimaksudkan bukan dikeluarkan oleh JPK dan rujukan ke Jabatan Tenaga Manusia (JTM) adalah perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan ulasan lanjut berkenaan pengiktirafan diploma teknologi ini.

8 NURUL AZLIN DARMIRA BINTI ZAINUDIN Saya ingin bertanya, jika pusat latihan saya hanya mempunyai satu atau dua orang pelajar, bolehkah kami membuka kelas dan menjalankan latihan untuk pelajar itu?

Bagi pusat latihan kemahiran yang telah mendapat pentauliahan program persijilan SKM (Pusat Bertauliah), bilangan pengambilan pelatih yang dibuat perlu merujuk kepada kapasiti yang dinyatakan di dalam Sijil Akuan Pentauliahan.

Tiada bilangan minimum pelatih yang ditetapkan bagi satu-satu kelas/kumpulan, tetapi Pusat Bertauliah perlu memastikan jumlah pelatih bagi program tersebut pada satu-satu masa adalah tidak melebihi kapasiti yang telah diluluskan.

9 NURUL MAKHTAR Saya ingin bertanyakan cara untuk mendaftar pelajar secara online. Ini kerana saya tidak dapat mendaftar pelajar saya dalam eSkm. Mohon bantuan dan penerangan sewajarnya. Semakan telah dibuat dan didapati data Pusat Bertauliah (PB) berkenaan masih belum wujud didalam sistem eSKM. Oleh yang demikian, PB adalah dimohon untuk mendaftar terlebih dahulu  di sistem eSKM dan hubungi Bahagian MOSQ untuk pengesahan secara atas talian (approve-online) permohonan tersebut bagi membolehkan PB mula mendaftar calon. Maklumat lanjut berkaitan  panduan pendaftaran sebagai Pusat Bertauliah Baharu (secara online) boleh dirujuk melalui laman web JPK di http://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/muat_turun/panduan-persijilan-secara-manual-2012.pdf
10 MICHAL GAMBOL Saya ingin tahu berapa lamakah tempoh untuk pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia? Jabatan tidak menetapkan tempoh tetap untuk pengeluaran sijil SKM, namun berdasarkan kepada proses manual sedia ada, tempoh yang dapat dicapai ialah 3 bulan bagi permohonan yang lengkap dan tiada kuiri.
11 ANIS BINTI AYUB Saya ingin bertanya jika terdapat sebarang kursus yang dinamakan Tourist Medicine? Nama Program dan Kod Program bagi program-program di bawah PersijilanKemahiran Malaysia boleh disemak melalui Daftar NOSS yang boleh dimuat turun melalui laman web JPK atau melalui url :
http://www.nvtc.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/Daftar%20NOSS%20version%2024%20Mei%202016.pdf 

Setelah mengenalpasti program yang berkaitan, puan boleh menyemak Penyedia Latihan yang menawarkan program tersebut melalui;

1. Semakan online : 
http://apps.dsd.gov.my/webjpk2/JPK_program_list/carian_negeri.php
  atau,

2. Sila hubungi pegawai berkaitan untuk maklumat lanjut;

Pn. Zaidah Binti Rakon
Unit Pentauliahan,
Bhg. MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.
Tel: +603-8886 5589 / +603-88862350 (direct)
Fax: +603-8889 2430
Email : zaidah @mohr.gov.my

12 rahimah ishak Saya telah menghantar borang permohonan PPT pada penghujung ogos, bilakah saya boleh dapat tahu status permohonan saya tersebut? Semakan boleh dibuat melalui Unit PPT, JPK Cyberjaya seperti di bawah;

PUAN ROHAIZAH BINTI MOHAMAD TAAIN @ TAYEN
Cawangan PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)
Bahagian MOSQ (Malaysian Occupational Skills Qualification)
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Blok 4803, Suite 0-10, Bangunan CBD Perdana
Off Persiaran Flora
63000 Cyberjaya, Selangor
No. Tel      :   03-8321 4700 (gen. line)/03-8321 4808 (direct line)
No. Faks    :   03-8321 4868
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

13 SITI Saya mempunyai rakan berumur 22 tahun yang tidak mempunyai sebarang sijil pendidikan tetapi sangat berminat dalam bidang kemahiran. Adakah sebarang cara yang membolehkan rakan saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran? Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1, SKM Tahap, SKM Tahap 3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5.
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Maklumat Pusat Bertauliah dan program yang ditawarkan boleh disemak melalui url :
http://apps.dsd.gov.my/webjpk2/JPK_program_list/carian_negeri.php 

14 HASBULLAH AHMAD Dengan memiliki Diploma Kemahiran Malaysia, adakah saya layak untuk menyambung pengajian ke IPTA-IPTA yang lain?

Merujuk Kerangka Kelayakan Malaysia yang dikeluarkan oleh MQA, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setara dengan Peringkat Sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana IPTA, manakala DKM adalah setara dengan peringkat Diploma. Untuk maklumat lanjut bagi syarat kelayakan masuk ke institut pengajian awam/swasta, sila rujuk laman web www.mqa.gov.my atau hubungi IPTA/IPTS yang berkaitan.

suaraAnda

15 JANET SIEW I'd like to know if is going to offer the course: Kejururawatan dan Emergency Medical-Paramedic? The Department of Skills Development (DSD) is one of the agencies under the Ministry of Human Resources Malaysia that is responsible for the co-ordination and control of skills training in Malaysia. Training programmes for Malaysian Skills Certification is carried out and offerred by the Accredited Centres which (skill training institutions recognised by the DSD). Candidates may refer to the NOSS Registry and List of Accreditation Centres from the link given below to obtain information regarding accredited centres and the latest skills programmes recognised by the DSD.

NOSS Registry:
http://www.nvtc.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/Daftar%20NOSS%20version%2024%20Mei%202016.pdf

List of Accreditation Centre:
http://apps.dsd.gov.my/webjpk2/JPK_program_list/carian_negeri.php

16 NURUL MAKHTAR Saya ingin bertanya, berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk saya mendapat username dan password bagi ESKM? Ini kerana saya telah menghantar permohonan lebih dari 2 minggu. Harap pihak Tuan/Puan dapat berikan kerjasama yang sangat baik. Bagi proses permohonan biasa, permohonan keahlian tidak mengambil masa lama untuk diluluskan dan emel akan dihantar secara manual dan bukan automatik melalui sistem. username dan kata laluan  yang dimohon melalui permohonan keahlian tidak boleh digunakan untuk membuat pendaftaran pelajar. Ia hanya untuk membuat permohoan Pusat Bertauliah baharu. Setelah diproses oleh pegawai dari Unit Pentauliahan, Pusat Bertauliah akan diberi username dan kata laluan yang boleh digunakan untuk membuat pendaftaran pelajar.
 
Untuk maklumat lanjut sila berhubung melalui;

Pn. Anisah Binti Yaacob
Unit Pengurusan Maklumat
Bahagian PMO
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.
Tel: +603-8886 5589 / +603-8886 2325 (direct)
Fax: +603-8889 2425
Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

17 STEPHANIE Salam sejahtera, adakah semakan kapasiti pelatih mengikut tahap dan program dapat dilakukan secara atas talian? Sekiranya boleh, mohon panduan untuk berbuat demikian. Sekiranya tidak, mohon diberikan nombor telefon pegawai yang boleh dihubungi untuk membuat semakan tersebut. Terima kasih. Kapasiti pelatih yang diluluskan adalah seperti yang dinyatakan pada Sijil Akuan Pentauliahan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Pn. Zaidah Binti Rakon
Unit Pentauliahan,
Bhg. MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.
Tel: +603-8886 5589 / +603-88862350 (direct)
Fax: +603-8889 2430
Email : zaidah @mohr.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .