Artikel

Persijilan

Fungsi Persijilan adalah seperti berikut :

  1. Pendaftaran pelatih di semua pusat bertauliah yang menjalankan program melalui kaedah sistem pentauliahan.
  2. Memastikan pelaksanaan latihan di pusat bertauliah yang menjalankan program melalui kaedah sistem pentauliahan adalah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
  3. Menjalankan penugasan dan tuntutan lawatan verifikasi pegawai pengesah luaran di pusat bertauliah yang menjalankan program melalui kaedah sistem pentauliahan.
  4. Permohonan pengeluaran SKM bagi semua kaedah persijilan iaitu pentauliahan, sistem latihan dual nasional dan penilaian pencapaian terdahulu.
  5. Pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia bagi semua kaedah persijilan iaitu pentauliahan, sistem latihan dual nasional dan penilaian pencapaian terdahulu.

 

Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia

Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-

  • Pusat Bertauliah Awam (K)
  • Pusat Bertauliah Swasta (L)
  • Pusat Bertauliah Industri (I)
  • Pusat Bertauliah Persatuan (P)
  • Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.

 

1. Panduan-Panduan Persijilan

 
 
 
2. Pendaftaran Pelatih dan Pelatih Ulang Nilai
 
 
3. Permohonan Lawatan Verifikasi PPL
 
 
4. Permohonan Pengeluaran Sijil
 
 
5. Permohonan Pengeluaran Sijil Hilang / Sijil Gantian
           i.  Borang JPK/SG/H4
  
            i. Borang JPK/SG/R2
   
 
 
6. Tuntutan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan Laporan Lawatan Verifikasi PPL
 
 
7. Panduan Penggunaan eSKM Bagi Tujuan Pendaftaran / Permohonan PPL Oleh Pusat Bertauliah
 

 Direktori Kakitangan

Sebarang urusan surat menyurat  bolehlah ditujukan kepada :
      Malaysian Occupational Skills Qualification (MOSQ) Division
      Jabatan Pembangunan Kemahiran,
      Aras 8, Blok D4, Kompleks D,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62530 Putrajaya.
      (u.p: Unit Persijilan)
      Faksimili : 03-88892430

Berhubung dengan kami

Style Setting

Fonts