Artikel
Ujian Tanpa Musnah (NDT)
- Jumaat, Dis 14 2012
- Hits: 2135
Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai Non-Destructive Testing (NDT) adalah merupakan satu alat kawalan kualiti yang amat penting di dalam sektor kejuruteraan berat. Ia merupakan pintu terakhir sebelum sesuatu komponen, sistem atau proses disahkan selamat untuk digunakan. Kegagalan NDT untuk memberi maklumat yang tepat mengenai status kualiti komponen, sistem atau proses yang diuji boleh mengakibatkan kemalangan yang berakhir dengan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Memandangkan kejuruteraan dan NDT diseluruh dunia mempunyai teknik yang sama, maka pihak ‘International Standard Organisation (ISO)’ telah memperkenalkan satu standard yang dikenali sebagai ‘Non-Destructive Testing Qualification and Certification of Personnel (ISO 9712: 1992E-Edisi terakhir keluaran tahun 2005).

Negara Malaysia telah membentuk Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Ujian Tanpa Musnah (SKPK-NDT) dan telah melaksanakan Skim Kelayakan dan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui sistem ujian bermula pada tahun 1986. Sehingga ini, negara telah berjaya menghasilkan pekerja-pekerja mahir yang bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Syarikat-syarikat NDT negara di mana pekerja-pekerjanya dilatih dan disijilkan melalui Skim Persijilan Kemahiran Malaysia ini juga telah berkembang dan mendapat kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan di dalam dan luar negara. Malaysia juga telah menjadi tumpuan pelatih-pelatih NDT dari luar negara seperti Syria, Myanmar, Sri Lanka, India, Pakistan, Sudan dan lain-lain. Memandangkan bilangan pengamalnya di negara ini masih kurang, kemahiran NDT mempunyai nilai komersial yang tinggi. Sebagai contohnya buat masa ini gaji dan elaun yang perlu dibayar oleh majikan untuk seorang pengamal NDT Tahap 1 yang baru bertugas adalah menyamai dengan mereka yang mempunyai lulusan diploma dari institusi pengajian tinggi.
Aplikasi Teknologi NDT adalah amat luas sekali. Diantaranya termasuklah mengesan kecacatan dalam kimpalan di paip-paip yang menyalurkan minyak dan gas, komponen tuangan dan tempaan dan pelbagai lagi. Sehingga kini terdapat pelbagai teknik yang dikategorikan sebagai teknik Ujian Tanpa Musnah (NDT). Namun begitu, diantara teknik-teknik ini terdapat sebanyak lima teknik utama yang sangat meluas penggunaannya di negara ini. Memandangkan kepada keperluannya maka kelima-lima teknik ini adalah menjadi fokus utama dalam proses kelayakan dan persijilan kebangsaan NDT di Malaysia.
Teknik-teknik tersebut adalah :
Penguji Jururadiograf Industri (Industrial Radiographic Tester ) - RT
Penguji Ultrasonik (Ultrasonic Tester ) - UT
Penguji Arus Pusar (Eddy Current Tester) - ET
Penguji Penembus Cecair (Liquid Penetrant Tester) - PT
Penguji Zarah magnet (Magnetic Particle Tester) - MT
Muaturun Dokumen Jadual Peperiksaan
Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Kaedah UT
Maklumat mengenai peperiksaan NDT hubungi.
Puan Salbiah Binti Hussein di talian 03-8886 5531
![]()
En. Raffizul Anizan bin Razalee (eNDT) di talian 03-8886 5537
![]()
En. Mohd Hafiz bin Hassan (Am) di talian 03-8886 5486
![]()
Pn Siti Norbayah binti An (Kaedah RT) di talian 03-8886 5505
![]()
En. Ahmad Sukri Bin Salleh ( Kaedah UT, MT, PT, ET ) di talian 03-8886 5856
atau email kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. , Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. , Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. , Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. , Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Maklumat Berkaitan NDT
Permohonan Persijilan Ujian Tanpa Musnah (JPK/Panduan NDT/01)
Panduan Pemarkahan dan Keputusan Peperiksaan (JPK/Panduan NDT/02)
Panduan kepada Pemohon Persijilan NDT
Standard Operating Procedure (SOP) NDT untuk Agensi Latihan (JPK/Panduan NDT/03)
Polisi NDT untuk TA & EC
Senarai Kursus SKM NDT dan Pusat Latihan
Muat Turun Borang
Borang Ujian Penglihatan (JPK/Borang NDT/01)
Borang Permohonan Peperiksaan (JPK/Borang NDT/02)
Borang Permohonan Persijilan NDT (JPK/Borang NDT/03)
Borang Pengalaman Industri Dalam Kaedah NDT (Sektor Industri) (JPK/Borang NDT/04)
Borang Pengalaman Dalam Kaedah NDT Bagi Tahap 3 (JPK/Borang NDT/05)
Borang Pengesahan Majikan/ Penyelia (JPK/Borang NDT/06)
Kod Etika Pemegang Sijil NDT (JPK Borang NDT/07)