Berita

Artikel

Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai Non-Destructive Testing (NDT) adalah merupakan satu alat kawalan kualiti yang amat penting di dalam sektor kejuruteraan berat. Ia merupakan pintu terakhir sebelum sesuatu komponen, sistem atau proses disahkan selamat untuk digunakan. Kegagalan NDT untuk memberi maklumat yang tepat mengenai status kualiti komponen, sistem atau proses yang diuji boleh mengakibatkan kemalangan yang berakhir dengan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Memandangkan kejuruteraan dan NDT diseluruh dunia mempunyai teknik yang sama, maka pihak ‘International Standard Organisation (ISO)’ telah memperkenalkan satu standard yang dikenali sebagai ‘Non-Destructive Testing Qualification and Certification of Personnel (ISO 9712: 1992E-Edisi terakhir keluaran tahun 2005).

nn3


Negara Malaysia telah membentuk Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Ujian Tanpa Musnah (SKPK-NDT) dan telah melaksanakan Skim Kelayakan dan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui sistem ujian bermula pada tahun 1986. Sehingga ini, negara telah berjaya menghasilkan pekerja-pekerja mahir yang bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Syarikat-syarikat NDT negara di mana pekerja-pekerjanya dilatih dan disijilkan melalui Skim Persijilan Kemahiran Malaysia ini juga telah berkembang dan mendapat kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan  di dalam dan luar negara. Malaysia juga telah menjadi tumpuan pelatih-pelatih NDT dari luar negara seperti Syria, Myanmar, Sri Lanka, India, Pakistan, Sudan dan lain-lain. Memandangkan bilangan pengamalnya di negara ini masih kurang, kemahiran NDT mempunyai nilai komersial yang tinggi. Sebagai contohnya buat masa ini gaji dan elaun yang perlu dibayar oleh majikan untuk seorang pengamal NDT Tahap 1 yang baru bertugas adalah menyamai dengan mereka yang mempunyai lulusan diploma dari institusi pengajian tinggi.

 

Aplikasi Teknologi NDT adalah amat luas sekali. Diantaranya termasuklah mengesan kecacatan dalam kimpalan di paip-paip yang menyalurkan minyak dan gas, komponen tuangan dan tempaan dan pelbagai lagi.  Sehingga kini terdapat pelbagai teknik yang dikategorikan sebagai teknik Ujian Tanpa Musnah (NDT).  Namun begitu, diantara teknik-teknik ini terdapat sebanyak lima teknik utama yang sangat meluas penggunaannya di negara ini.  Memandangkan kepada keperluannya maka kelima-lima teknik ini adalah menjadi fokus utama dalam proses kelayakan dan persijilan kebangsaan NDT di Malaysia.  

Teknik-teknik tersebut adalah :

yesPenguji Jururadiograf Industri  (Industrial Radiographic Tester ) - RT

yesPenguji Ultrasonik  (Ultrasonic Tester ) - UT

yesPenguji Arus Pusar (Eddy Current Tester) - ET 

yesPenguji Penembus Cecair (Liquid Penetrant Tester) - PT 

yesPenguji Zarah magnet (Magnetic Particle Tester) - MT


Muaturun Dokumen Jadual Peperiksaan

save 
Ujian Tanpa Musnah (NDT)
save Kaedah UT


Maklumat mengenai peperiksaan NDT hubungi.

yesPuan Salbiah Binti Hussein  di talian  03-8886 5531

yes

En. Raffizul Anizan bin Razalee (eNDT) di talian  03-8886 5537 

yes

En. Mohd Hafiz bin Hassan (Am)  di talian  03-8886 5486

yes

Pn Siti Norbayah binti An (Kaedah RT) di talian 03-8886 5505 

yes

En. Ahmad Sukri Bin Salleh ( Kaedah UT, MT, PT, ET ) di talian  03-8886 5856

 

atau email kepada    Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. ,    Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. ,    Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. ,    Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. ,   Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.  


Maklumat Berkaitan NDT

save Permohonan Persijilan Ujian Tanpa Musnah (JPK/Panduan NDT/01) - dalam proses semakan semula 
save Panduan Pemarkahan dan Keputusan Peperiksaan (JPK/Panduan NDT/02) - dalam proses semakan semula
save Panduan kepada Pemohon Persijilan NDT
save Standard Operating Procedure (SOP) NDT untuk Agensi Latihan (JPK/Panduan NDT/03)

save Panduan Penggunaan Logo Skim Persijilan NDT, Tanda Akreditasi dan Tanda Certified Person (JPK/PanduanNDT/09) 

save Polisi NDT untuk TA & EC 

save Senarai Kursus SKM NDT dan Pusat Latihan


Muat Turun Borang

save Borang Ujian Penglihatan (JPK/Borang NDT/01) 
save Borang Permohonan Peperiksaan (JPK/Borang NDT/02) 
save Borang Permohonan Persijilan NDT (JPK/Borang NDT/03) 
save Borang Pengalaman Industri Dalam Kaedah NDT (Sektor Industri) (JPK/Borang NDT/04) 
save Borang Pengalaman Dalam Kaedah NDT Bagi Tahap 3 (JPK/Borang NDT/05) 
save Borang Pengesahan Majikan/ Penyelia (JPK/Borang NDT/06) 
save Kod Etika Pemegang Sijil NDT (JPK Borang NDT/07)

Berhubung dengan kami

Style Setting

Fonts