Berita

Artikel

Bahagian Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan

Terdapat 3 Unit di bawah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan :- 

 Sila klik Carta Organisasi Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan

  

Unit Perancangan

a.    Merancang, menyelaras dan memantau penyediaan serta pencapaian aktiviti tahunan jabatan (Business Plan).

b.    Merancang dan menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan antara Agensi Latihan Awam dan Swasta (JTPAAL).

c.    Mengurus penyediaan kertas dasar berkaitan latihan kemahiran;

d.    Menyelaras maklumbalas jawapan Parlimen.

e.    Merancang dan menyelaras mesyuarat Majlis Penyelarasan Kemahiran Kebangsaan (MPKK2).

f.     Mengurus penyelarasan pelaksanaan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia.

g.    Merancang dan menguruskan pembangunan projek-projek khas seperti projek NBOS (RTC, UTC & dll) yang baru.

h.    Mengurus penyelarasan pelaksanaan dan pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652)

       

Unit Penyelidikan 

save Senarai kajian / penyelidikan di bawah JPK dan Agensi bersama klik disini save

 Senarai Analisa Bidang Pekerjaan (OA) Yang Telah Di Bangunkan klik disini save

a.    Mengenalpasti, mengurus dan melaksanakan kajian berkaitan aktiviti latihan Kemahiran;

b.    Mengumpul hasil kajian yang berkaitan dengan latihan dan pembangunan kemahiran oleh agensi dalam dan luar negara;

c.    Merancang, mengurus dan melaksanakan analisa bidang pekerjaan (OA) mengikut sektor/bidang industri berasaskan kepada dasar kerajaan;

d.    Mengurus pengumpulan dan penyelarasan statistik jabatan

e.    Mengurus, menyelaras dan melaksana aktiviti penulisan dan penerbitan Laporan tahunan Jabatan

f.     Merancang, mengurus dan melaksanakan Analisa Pekerjaan secara fast track;

g.    Merancang, mengurus dan melaksanakan kajian berkaitan latihan kemahiran secara dalaman. 

 

Unit Pembangunan

Fungsi 1 :     Merancang Pelaksanaan Projek Pembangunan Jabatan Di Bawah  Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

a.    Mengenalpasti dan menyelaras cadangan projek pembangunan bersama-sama bahagian yang terlibat;

b.    Menyediakan deraf cadangan projek pembangunan untuk mendapatkan persetujuan dari pengurusan tertinggi Jabatan;

c.    Menyedia dan mengemukakan kertas cadangan projek kepada pihak Kementerian untuk tujuan perakuan; dan

d.    Membuat permohonan projek kepada Unit Perancangan Ekonomi (UPE)  untuk tujuan kelulusan pelaksanaan;

 

Fungsi 2 :     Mengurus dan Memantau Pelaksanaan Projek Pembangunan Jabatan Di Bawah  Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

a.  Menyelaras cadangan pelaksanaan senarai aktiviti di bawah setiap projek bersama-sama bahagian yang terlibat bagi memastikan ianya menepati keperluan skop yang diluluskan;

b.  Mengawal agihan peruntukan tahunan kepada setiap bahagian berdasarkan perancangan bahagian;

c.  Mengurus penyediaan Jadual Pelaksanaan Tahunan (Carta Gantt) yang lengkap dan terperinci bagi semua projek; dan

d.  Menyediakan cadangan aliran tunai perbelanjaan bagi setiap projek berdasarkan Jadual Pelaksanaan Tahunan;

e.  Menyemak dan menyelaras permohonan dari bahagian berkaitan perolehan bekalan dan perkhidmatan yang memerlukan kelulusan                     Kementerian;

f.   Menyediakan laporan kemajuan fizikal dan kewangan secara bulanan bagi semua projek;

g.  Memantau dan menganalisis kemajuan fizikal dan kewangan setiap projek berdasarkan kemampuan sebenar bahagian melalui mesyuarat bulanan dengan melibatkan pengurusan tertinggi Jabatan;

h.  Mengurus pindah peruntukan dan permohonan peruntukan tambahan dari bahagian kepada Kementerian;

i.   Menyelaras dan memantau aktiviti pengemaskinian status kemajuan fizikal dan kewangan projek melalui Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) di bawah pemantauan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri; dan

j.   Menyediakan maklumbalas dan melaporkan status kemajuan fizikal dan kewangan projek secara bulanan kepada Kementerian;

 

Berhubung dengan kami

Style Setting

Fonts