Artikel
Makluman Kepada Semua Pengurus Pusat Bertauliah
- Rabu, Jun 27 2012
- Hits: 439
MAKLUMAN KEPADA SEMUA
PENGURUS PUSAT BERTAULIAH
JPK mengalu-alu dan menggalakkan semua Pusat Bertauliah menyertai persidangan antarabangsa seperti berikut:
Tajuk : International Skills Conference 2012 : Transforming the Skills Workforce towards a Higher Income Economy”
Tarikh : 9 & 10 Julai 2012
Masa : 8.30 pg. – 5.00 ptg.
Tempat : PWTC
Penganjur : NAPEI
Bayaran Masuk : Sila rujuk risalah maklumat persidangan
Persidangan ini dianjurkan oleh NAPEI sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi untuk meningkatkan kesedaran tentang peluang dan perkembangan terkini dalam bidang kemahiran.
Persidangan ini telah diluluskan oleh PSMB bagi membolehkan peserta yang layak membuat tuntutan 100% di bawah skim HRDF SBL dan ia juga dibiayai sebahagiannya oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi yang diterajui oleh PEMANDU.
Dilampirkan bersama ini maklumat persidangan dan borang pendaftaran untuk tindakan segera tuan/puan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat persidangan, Cik Angeline Tel: 603-7880 3837 atau e-mel kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .
Terima kasih.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
20 Jun 2012