Artikel
Penguatkuasaan Syarat Dan Kriteria Pentauliahan Bagi Permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran
- Ahad, Mac 04 2012
- Hits: 424
Tarikh : 29 Februari 2012
PENGUATKUASAAN SYARAT DAN KRITERIA PENTAULIAHAN BAGI PERMOHONAN PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 JANUARI 2013 semua permohonan pembaharuan pentauliahan program perlu memenuhi semua syarat dan kriteria pentauliahan, khususnya kriteria personel pentauliahan. Hanya kelulusan pentauliahan penuh akan diberikan bagi permohonan pembaharuan pentauliahan. Tiada kelulusan bersyarat akan dikeluarkan.
Sehubungan itu, bagi tempoh semasa dan sehingga tarikh penguatkuasaan, kelulusan pentauliahan bersyarat hanya akandiberikan bagi permohonan dari pusat bertauliah yang telah melaksanakan usaha seperti berikut :
|
BIL |
KRITERIA PERSONEL PENTAULIAHAN YANG BELUM DPENUHI |
USAHA YANG DILAKUKAN OLEH PUSAT BERTAULIAH TERHADAP PERSONEL PENTAULIAHAN |
||
|
PPB |
PPD |
PP |
||
|
1. |
Lulus kursus induksi PP/PPB/PPB |
Personel pentauliahan telah dihantar mengikuti kursus induksi pentauliahan. |
||
|
2. |
SKM dalam program / subsektor yang berkaitan satu tahap lebih tinggi atau tertinggi |
- |
PP atau PPD telah berdaftar dengan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau kaedah biasa*, untuk mendapatkan SKM dalam program / subsektor dan dapat kemukakan perkara berikut semasa memohon pembaharuan pentauliahan :
|
|
|
3 |
Sijil Kemahiran Malaysia dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3)
|
- |
- |
PP telah berdaftar dengan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau kaedah biasa*, untuk mendapatkan SKM dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3) dan dapat kemukakan perkara berikut semasa memohon pembaharuan pentauliahan:
|
* kaedah biasa – mengikuti program di mana-mana PB yang ditauliahkan secara formal
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”
Pengarah Bahagian MOSQ
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran