Artikel
Keputusan WorldSkills Competition (WSC) 2011, London
- Rabu, Okt 12 2011
- Hits: 527
PENCAPAIAN NEGARA DI WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) 2011, LONDON
Pertandingan pada tahun ini adalah penyertaan kali ke-10 negara sejak tahun 1993. Bagi pertandingan kali ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambilalih tanggungjawab daripada Kementerian Kerja Raya dalam mengurus dan menyelaras penyertaan negara.
Pertandingan kemahiran ini desertai oleh 51 buah negara yang melibatkan 945 peserta dan 910 pakar dari seluruh dunia. Pertandingan ini diadakan di ExCel, London, United Kingdomdari 5 hingga 8 Oktober 2011 dan pada tahun ini menyaksikan peserta Malaysia bertanding dalam 10 bidang kemahiran iaitu:
- Mechatronics
- Automobile Technology
- Beauty Therapy
- Cabinetmaking
- Cooking
- IT Network Systems Administration
- Welding
- Electrical Installations
- Refrigeration and Air Conditioning
- Plumbing and Heating
Berikut merupakan peserta negara yang bertanding dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing:

**Untuk keputusan penuh sila klik disini.
Kontinjen Malaysia ke WSC 2011 telah diketuai oleh YB Senator Dato’ Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang terdiri daripada:
Pertandingan kali ini menghasilkan pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan ke WSC sejak tahun 1993. Pencapaian ini membuktikan negara mempunyai tenaga kerja mahir yang mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia.
Sesungguhnya pertandingan pada kali ini memberikan pelbagai pengalaman yang berguna kepada negara. Pengalaman ini akan digunakan sebagai persediaan negara ke pertandingan WSC yang akan datang di Leipzig, Germany pada tahun 2013.