Artikel
Bagaimanakah cara untuk memohon pengiktirafan melalui kaedah ini?
- Rabu, Jul 06 2011
- Hits: 1537
Pekerja industri yang berminat untuk mendapatkan pengiktirafan bagi setiap pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, hendaklah mengisi Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1001(P1)] yang boleh dicetak di www.dsd.gov.my. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran bersama-sama dokumen sokongan lain yang ditetapkan, iaitu:
a) Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1001(P1)] yang telah lengkap diisi;
b) Bayaran permohonan;
c) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
d) Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan;
e) Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika ada); dan
f) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Nota: Setiap salinan dokumen hendaklah disahkan oleh majikan atau pegawai kerajaan Pengurusan dan Professional.