Berita

Artikel

Definisi Pusat Bertauliah

Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada  institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.


Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah

  • Pusat Bertauliah Awam
  • Pusat Bertauliah Swasta
  • Pusat Bertauliah Industri
  • Pusat Bertauliah Persatuan
  • Pusat Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Program di Tawarkan

Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan .

Tempoh Latihan

Tempoh latihan minumum yang ditetapkan oleh JPK adalah seperti berikut :

  • Tahap 1 - 600 Jam
  • Tahap 1 & 2 - 1200 Jam ( 1 Tahun )
  • Tahap 3 sahaja - 1200 Jam ( 1 Tahun )
  • Tahap 1,2 & 3 - 2400 Jam ( 2 Tahun ) bagi bidang yang NOSS bermula dari Tahap 1
  • Tahap 2 - 600 Jam bagi bidang yang NOSS TIDAK  bermula dari Tahap 1
  • Tahap 2 & 3 - 1800 Jam  ( 1 1/2 Tahun )  bagi bidang yang NOSS TIDAK  bermula dari Tahap 1
  • Tahap 3 & DKM - 2400 Jam ( 2 Tahun ) + 3 Bulan OJT
  • Tahap 2, Tahap 3 & DKM - 3600 Jam ( 3 Tahun ) + 3 Bulan OJT
  • Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 & DKM - 3600 Jam ( 3 Tahun ) + 3 Bulan OJT
  • Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, DKM & DLKM - 5400 Jam ( 3 Tahun ) + 3 Bulan OJT + 3 Bulan OJT
  • DKM Sahaja - 1200 Jam + 3 Bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai Tahap 3
  • DLKM Sahaja - 1800 Jam + 3 Bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai DKM

Berhubung dengan kami

Style Setting

Fonts