Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Other Language  
Text Size:
A- A A+
Theme Color: blue green red

Peluang Ikuti Latihan Kemahiran Percuma

Berita Harian, 14 Ogos 2012

KUCHING: Belia di kawasan Parlimen Sibuti, Igan dan Bandar Kuching berpeluang mengikuti latihan kemahiran percuma apabila Pusat Giatmara di buka di kawasan berkenaan tahun depan. Pengurus Besar Giatmara Sarawak, Rakawi Nawi, berkata Pusat Giatmara di Sibuti akan menawarkan kursus kemahiran teknologi motosikal manakala Pusat Giatmara di Igan menawarkan kursus kemahiran pendawaian elektrik. “Pusat Giatmara Bandar Kuching pula akan menawarkan kursus kemahiran komputer dan kursus penyejukan beku serta penyaman udara,” katanya selepas Majlis Graduasi Giatmara Zon Selatan 2011, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, Petra Jaya, di sini, semalam. Seramai 298 graduan daripada lapan pusat Giatmara negeri ini menerima sijil masing-masing di majlis terbabit disampaikan Menteri Pelancongan Dan Warisan, Datuk Amar Abang Johari Openg. Rakawi berkata, sebagai permulaan hanya seramai 10 hingga 15 pelatih akan diambil bagi mengikuti latihan dalam setiap kursus kemahiran di tiga Pusat Giatmara itu. Katanya, lazimnya jumlah maksimum pelatih bagi satu kursus kemahiran adalah 20 hingga 25 pelajar supaya tenaga pengajar dapat menumpukan latihan kemahiran praktikal dengan lebih berkesan kepada setiap pelatih.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .