Berita

Artikel

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Dengan EDU International SDN BHD (EISB)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Dengan EDU International SDN BHD (EISB)

 

26 FEBRUARI 2013 – Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah menjalin kerjasama dengan Edu-International Sdn Bhd (EISB) yang telah dilantik sebagai wakil rasmi bagi mewakili Scottish Qualifications Authority (SQA) yang bertanggungjawab untuk membangunkan pasaran di rantau Asia bagi produk dan perkhidmatan SQA. Satu majlis pemetraian memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong , Ketua Pengarah JPK dan En. Paul Tan, Pengarah EISB dan disaksikan oleh En. Nidzam bin Kamarulzaman, Timbalan Ketua Pengarah JPK dan En. John McMorris, Ketua Pengarah SQA.

Antara skop kerjasama yang telah dimeterai antara JPK dengan EISB adalah seperti berikut:

 

  1. Membangunkan latihan vokasional dan kemahiran di Malaysia.
  2. Mengenal pasti Program Kemahiran Vokasional dan melakukan proses padanan National Occupational Skill Standarddan UK National  Occupational Standard  ("UKNOS").
  3. SQA melalui EISB hendaklah menggalakkan program vokasional yang telah diluluskan oleh pihak-pihak dan menyediakan maklumat mengenai fungsi dan kewajipan kepada semua pusat bertauliah JPK.
  4. SQA menerusi EISB akan mengiktiraf Program Kemahiran Vokasional dibawah pusat bertauliahdibawah JPK.
  5. Calon-calon akan menerima (IVA) yang dianugerahkan oleh SQA selepas tamat program.

Majlis ini telah berlangsung di The Residence Of The British High Commissioner To Malaysia, Kuala Lumpur pada 11.00 pagi dan majlis telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JPK serta wakil daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Persatuan Pusat Bertauliah JPK (FeMAC).

***Kenyataan media Majlis MOU di antara JPK dengan EISB klik di sini 

Berhubung dengan kami

Style Setting

Fonts