Berita

Tarikh : 10 Mar - 20 April 2014

Lokasi : Rujuk Lampiran

Kaunter Bayaran Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan JPK Cyberjaya akan ditutup sempena sambutan Hari Raya Puasa pada 7 Ogos 2013 (Rabu). Kaunter bayaran akan beroperasi semula pada 12 Ogos 2013 (Isnin), Harap maklum.

Segala kerjasama amatlah dihargai.

 

Dengan Kebenaran

Ketua Pengarah JPK

 

Dalam usaha memperkemas dan menyusun semula urusan permohonan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) adalah dimaklumkan bahawa mulai Ogos 2013 semua penugasan  lawatan verifikasi PPL akan dilaksanakan sebanyak enam (6) kali sahaja dalam setahun. Permohonan hanya boleh dibuat pada bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember. Sehubungan dengan itu semua Pusat Bertauliah (PB) diminta agar mematuhi peraturan-peraturan berikut:-

  

  1. Permohonan hendaklah sampai ke Jabatan ini selewat-lewatnya tiga puluh hari (30) sebelum tarikh lawatan yang dicadangkan; 
  1. Permohonan hendaklah disertakan bersama surat iringan yang memperincikan kumpulan mengikut sesi pengambilan (no. batch/no. pengambilan), jumlah pelatih yang terlibat setiap sesi/batch/pengambilan . Maklumat berkaitan dengan kumpulan yang terlibat boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan www.dsd.gov.my dibawah pautan Perkhidmatan -> Persijilan ->Permohonan Lawatan Verifikasi PPL -> Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL; 
  1. PB adalah bertanggungjawab memastikan semua pelatih yang ingin diverifikasi telah sah berdaftar secara atas talian dengan Jabatan. 
  1. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran (resit asal yang dikeluarkan oleh Jabatan) yang menunjukkan dengan jelas nombor-nombor pengambilan/sesi kemasukan serta jumlah yang dibayar oleh PB mengikut pecahan nombor-nombor pengambilan/sesi kemasukan tersebut (sekiranya melibatkan banyak sesi pengambilan)  ; 
  1. PB hendaklah mengumpulkan semua pelatih yang ingin dibuat verifikasi bagi bulan berkenaan. Permohonan yang dihantar secara berperingkat tidak dibenarkan dan tidak akan dilayan. Permohonan yang dilakukan hendaklah terlebih dahulu dikenalpasti kesahihan dan dipohon secara serentak; 

  2. Mana-mana permohonan yang tidak memenuhi perkara yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. JPK berhak untuk menolak permohonan jika sekiranya PB tidak mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran akan melaksanakan Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah Di Bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (AKTA 652) Penarafan Bintang Pusat Bertauliah Tahun 2013.  Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa dan menilai pusat bertauliah  seterusnya memberi penarafan bintang ke atas program bertauliah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan jabatan.  Penilaian akan dilakukan ke atas semua program yang masih dalam tempoh pentauliahan. Walau bagaimanapun penarafan bintang hanya akan diberikan kepada program bertauliah yang mendapat kelulusan penuh sahaja. Lawatan pemeriksaan ini akan dilaksanakan bermula 17 Jun 2013 sehingga 30 Ogos 2013Semua Pusat Bertauliah adalah terlibat. 

Pusat Bertauliah diminta untuk membuat penilaian sendiri (self-check) dengan meneliti dan mengisi Borang Penilaian Umum di Lampiran B bagi setiap Pusat Bertauliah dan Borang Penilaian Mengikut Program Bertauliah di Lampiran B1 bagi setiap program yang ditauliah. Borang Penilaian yang telah diisi  perlu dikemukakan kepada pegawai pemeriksa beserta dokumen sokongan untuk semakan semasa lawatan pemeriksaan dijalankan. Surat makluman lawatan pemeriksaan telah dihantar kepada semua pusat bertauliah yang berkaitan.

 

20 Mei 2013

 

 Muat Turun Dokumen

muatturun Senarai Pusat Bertauliah

muatturun Borang Penilaian Umum (Lampiran B)

muatturun Borang Penilaian Mengikut Program Bertauliah (Lampiran B1)

muatturun Surat Makluman

muatturun Lampiran C

SEBAHAGIAN daripada pelajar sekolah yang mengunjungi gerai-gerai pameran sempena perasmian Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2013, di Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, kelmarin. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

 

JOHOR BAHRU 16 Mac - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2013 (Kepak 2013) yang diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di sini bermula semalam turut berjaya menarik perhatian pelajar sekolah.

Rata-rata pelajar sekolah menengah yang berkunjung ke karnival kali ini mengambil kesempatan untuk melihat secara lebih dekat peluang pekerjaan dan pengajian yang boleh diperoleh sebaik sahaja menamatkan persekolahan kelak.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Muhamad Hasif Azim Sariman, 17, berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk datang ke karnival kali ini apatah lagi lokasinya dekat dengan sekolahnya.

"Balik sahaja dari sekolah saya terus datang ke sini dan berkesempatan menyertai aktiviti pendawaian elektrik yang disediakan oleh Institut Latihan Peridustrian (ILP) Pasir Gudang.

"Bagi saya, para pelajar khususnya yang bakal menamatkan pelajaran tidak lama lagi harus mengambil manfaat daripada penganjuran karnival seumpama ini kerana sedikit sebanyak membantu kita membuat pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian atau mencari peluang pekerjaan," katanya, di sini semalam.

 

Kepak 2013 menyediakan lebih 12,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan dijangka dihadiri lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Karnival yang bermula sejak 2011 itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jobs Malaysia Centre.

Bertemakan Peluang Berjaya Untuk Semua, Kepak 2013 bukan hanya memberi tumpuan kepada golongan pencari kerja semata-mata tetapi turut menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan.

Sementara itu, pensyarah ILP Pasir Gudang, Abdul Kahar Rahman berkata, gerai pameran institut berkenaan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan khususnya daripada pelajar sekolah.

"Selain mengadakan aktiviti latihan pendawaian elektrik, kami juga mengadakan sesi taklimat sekali gus mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang khususnya kepada para pelajar," katanya.

 

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd (16 March 2013)

 

 

JOHOR BAHRU 27 Mac - Pihak industri disaran menjalinkan kerjasama lebih erat dengan institusi latihan kemahiran awam dan swasta menerusi usaha mengarusperdanakan kemahiran supaya matlamat kerajaan menuju ke arah negara maju dapat dicapai.

Penolong Kanan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Abdul Halim Jahaya (gambar) berkata, usaha tersebut boleh dijalankan bukan sahaja melalui tanggungjawab sosial korporat tetapi juga pemindahan teknologi dan ilmu serta penajaan di bawah Pertandingan Kemahiran Malaysia.

"Jabatan Pembangunan Kemahiran masih mencari rakan kerjasama mengikut bidang kemahiran, contohnya, kerjasama dengan Proton dalam bidang automotif iaitu mereka boleh menganjurkan pertandingan dan Jabatan Pembangunan Kemahiran mengiktirafnya di bawah Pertandingan Kemahiran Malaysia.

"Melalui pendekatan ini, kita mampu menghasilkan pekerja mahir yang kompeten,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam pusingan kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-22 bidang masakan bagi kategori institusi latihan kemahiran swasta (ILKS) di KFCH International College di sini kelmarin.

 

Berhubung dengan kami

Style Setting

Fonts