Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS) terbahagi kepada tiga (3) unit:


i)Unit Pengurusan Badan Peneraju Industri (ILB)

  1. Mengenalpasti dan mengadakan perbincangan serta khidmat runding bersama organisasi/agensi yang memohon atau diperlukan oleh jabatan untuk pelantikan ILB baharu.
  2. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ILB bagi menentusahkan pelantikan, pembaharuan dan penamatan ILB.
  3. Mengurus dan menyelaras aktiviti pemantauan Promosi SPKM seperti SLaPB/SLDN/PPT/NOSS/OF kepada industri.
  4. Menyelaras, mengumpul, membuat analisa dan menyediakan laporan aktiviti dan prestasi ILB.
  5. Menyelaras pangkalan data penawaran dan permintaan mengikut kehendak industri semasa dan future jobs (penyelarasan dengan ILMIA, DOSM dan industri).
  6. Menyelaras dan menguruskan persijilan pekerja industri di bawah ILB berdasarkan sektor industri MSIC.
  7. Menyelaras dan menguruskan aktiviti ILB dengan bahagian berkaitan.
  8. Menyelaras dan mengadakan perbincangan bersama ILB bagi memastikan OF/ NOSS/Kajian yang akan dibangunkan adalah menepati kehendak industri.
  9. Menyelaras pakar industry (ILB) sebagai panel untuk pembangunan OF/NOSS/Kajian.
  10. Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK) bidang Ujian Tanpa Musnah bagi menyokong akreditasi Persijilan ISO/IEC 17024.
  11. Mengenalpasti Industri dan SME yang bersesuaian dan memenuhi Centre of Technology.

 

ii) Unit Kerjasama

  1. Mengenalpasti agensi/industri dan bentuk kerjasama yang akan dijalankan antara agensi/industri dan jabatan.
  2. Memberi penerangan dan khidmat runding kepada agensi/industri berkenaan fungsi jabatan.
  3. Menyedia dan membangunkan kertas cadangan/dokumen kerjasama.
  4. Mengurus dan menyelaras majlis menandatangani MoU/NoU.
  5. Menyelaras dan mempertemukan agensi/industri dengan bahagian berkaitan di jabatan.
  6. Memantau, menyelaras pelaksanaan dan menyediakan laporan aktiviti kerjasama jabatan dengan agensi/industri.
  7. Menganalisa keberkesanan aktiviti kerjasama yang dijalankan bagi memastikan kerjasama tersebut mencapai objektif.
  8. Menjalankan kerjasama dengan agensi/industri berkaitan bagi mengenalpasti, mengumpul dan menyelaras maklumat dan data tenaga mahir.
  9. Merancang, menyelaras dan menghubungkan agensi kerajaan, institusi TVET dan pemain industri.
  10. Mengurus dan menyelaras maklumat job creation dalam teknologi baru kepada institusi TVET (kerjasama dengan Bahagian Komunikasi Korporat, KSM).

 

iii) Unit Pengurusan Pengiktirafan Kemahiran

  1. Mengenalpasti program dan universiti yang berpotensi dan sesuai dengan pengiktirafan kemahiran.
  2. Menyelaras dan mengurus artikulasi sijil dengan universiti tempatan dan luar negara (awam dan swasta).
  3. Membuat penyelarasan pemetaan antara SKM/ DKM/DLKM dengan program universiti berkaitan.
  4. Memantau dan melaporkan program yang telah ada laluan artikulasi.
  5. Penyelarasan bersama KPM/KPT berkenaan data kemasukan, syarat-syarat kemasukan program terkini dan pengecualian kredit.
  6. Mengurus dan melaksanakan aktiviti promosi berkenaan dengan laluan kerjaya DKM, DLKM ke Universiti Awam dan swasta.
  7. Menyelaras dan mengurus pertemuan antara lepasan DKM/DLKM dengan universiti berkenaan.
  8. Menyelaras dan mengurus aktiviti bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan luar seperti agensi/ badan pelesenan (Contoh Suruhanjaya Tenaga, CIDB, TWI terhadap pemegang sijil termasuklah pengiktirafan JPA dan lain-lain agensi)
  9. Mengenalpasti persijilan luar/profesional yang boleh dipadankan dengan bidang berkaitan di institusi TVET.
  10. Menyelaras pemetaan modul latihan bagi kedua-dua pihak yang berkaitan.
  11. Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti Centre of Excellence & Centre of Technology antara industri dan agensi TVET berdasarkan teknologi terkini IR 4.0 dan emerging technology.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…