an

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2010

Penganjuran Pertandingan Kemahiran Malaysia sebelum ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR)pada 13 September 1989. Pertandingan kali pertama diadakan di Changkat Pavillion, Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Jun 1990.Kini Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mulai 2010.

Sebanyak sepuluh (10) bidang kemahiran akan dipertandingkan pada 2010 melibatkan bidang-bidang berikut :

Bil
Bidang Kemahiran
Bil 
Bidang Kemahiran
1
 Dandanan Rambut                       6  Rekabentuk Laman Web
2  Teknologi Fesyen  7  Penyajian  Makanan
3  Mekatronik  8  Masakan
4  Elektronik Industri  9  Penyelenggaraan Komputer dan Rangkaian
5  Rekabentuk Grafik  10  Kecantikan & Persolekan

Penyertaan bagi pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Mereka yang layak memohon adalah terdiri daripada :

  • Pelatih di institusi latihan kemahiran awam / swasta
  • Pekerja syarikat
  • Calon persendirian.
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…