Pengenalan

Memorandum Persefahaman (MoU) dan Kenyataan Bersama merujuk kepada persefahaman dan penyataan hasrat kerjasama antara Jabatan dan organisasi swasta untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan implikasi perundangan sesama mereka.

Skop

  • Promosi Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dalam dan luar negara;
  • Penyediaan kepakaran dan khidmat nasihat dalam pembangunan standard, kurikulum dan penilaian;
  • Pelaksanaan promosi program pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT);
  • Penyediaan kepakaran dalam pelaksanaan kaedah persijilan bersama atau berkembar (joint or dual certification);
  • Penyediaan laluan kerjaya yang kompetitif bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja mahir;
  • Penyediaan laluan pendidikan yang lebih tinggi kepada calon atau graduan kemahiran bagi peningkatan kerjaya;
  • Pelaksanaan dan penglibatan dalam aktiviti analisa, penyelidikan dan pembangunan latihan kemahiran;
  • Penajaan lokasi pertandingan, tempat latihan, peralatan dan/atau bahan gunahabis bagi tujuan aktiviti pembangunan latihan kemahiran; atau
  • Penyediaan kepakaran dalam bidang yang berkaitan samada personel/ peralatan / perisian / tempat latihan yang berteknologi terkini.

Senarai Organisasi

icon pdf Senarai Organisasi MoU

Aktiviti

  1. Pendaftaran TAM - Pendaftaran lepasan Persijilan Kemahiran Malaysia sebagai ahli TAM (Technological Association of Malaysia) www.tam.com.my
  2. LCCI RTC (Registered Training Center) - Tawaran kepada PB JPK yang menjalankan program perakaunan untuk menjalankan program LCCI

icon pdf Syarat dan Panduan

icon pdf Borang Permohonan

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…