Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Pelajar kolej vokasional ikuti SLDN dijangka 15,000 tahun depan

Sinar Harian, 2 Oktober 2012

KAJANG - Enrolmen pelajar kolej-kolej Vokasional yang mengikuti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), yang menekankan kepada bentuk latihan 70 peratus secara langsung di tempat kerja dan 30 peratus lagi di pusat latihan bertauliah; dijangka menjangkau 15,000 orang tahun depan.
   
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selaras dengan kerjasama antara Kementerian Pelajaran (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang dimeterai hari ini, bagi melatih pelajar berkenaan sehingga ke peringkat diploma dalam 53 jenis bidang termasuk pengajian pertanian, pelancongan dan penerbangan.
   
Katanya dengan pendekatan latihan sebegini pelajar atau perantis akan dapat menjalani latihan dengan lebih berkesan kerana mendapat tunjuk ajar daripada pengajar yang berpengetahuan dengan kompeten dalam bidang berkaitan, di samping dapat dapat melaksanakan latihan menggunakan teknologi terkini.
   
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata antara tempoh 2006 sehingga tahun lepas, 31,968 perantis berjaya dilatih menerusi SLDN, yang melibatkan penyertaan 1,381 syarikat.
   
"Jabatan Pembangunan Kemahiran menetapkan sasaran 27,500 perantis lagi akan dilatih, bagi tempoh 2011 sehingga 2015, dengan pembabitan 967 syarikat. Jumlah ini dijangka bertambah sekali ganda dengan penyertaan Kolej Vokasional KPM dalam program SLDN ini," katanya semasa berucap pada 'Majlis Pelancaran SLDN di Kolej Vokasional KPM' dan 'Majlis Menandatangani Pernyataan Kerjasama KPM-KSM' di Dewan Seri Gemilang Sekolah Vokasional Kajang di sini.

SLDN diperkenalkan pada 2005 dengan menampilkan pendekatan baharu latihan kemahiran, yang membangunkan kecekapan pekerja berkemahiran berorientasikan industri dalam usaha melahirkan pekerja berpengetahuan (k-workers) bagi keperluan industri negara menjelang 2020.
   
Muhyiddin berkata ketika ini menerusi projek perintis, program SLDN sudahpun dilaksanakan di Sekolah Menengah Kajang dan Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh, membabitkan bidang juruteknik kenderaan motor, juruteknik penyejukbekuan dan penyaman udara, serta bidang pengurusan ekuestrian; dengan kerjasama pihak industri seperti Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Majlis Ekuin Malaysia, dan Keretapi Tanah Melayu.     
   
Beliau berkata pendidikan teknikal dan latihan vokasional harus dilihat sebagai menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi berpendapatan tinggi negara.
   
Katanya kerajaan sedang menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran, dengan memberi laluan kepada peningkatan kemahiran tahap lebih tinggi setara dengan kelayakan ijazah, bahkan jika boleh sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).
   
"Amalan baik dari negara maju seperti Australia dan Jerman boleh dijadikan sebagai rujukan oleh Malaysia dalam merancang peluang latihan ke tahap lebih tinggi," katanya. - Bernama

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .