SHAH ALAM - Pertandingan Worldskills Malaysia menjadi medan terbaik bagi mela- tih belia juga tenaga pengajar menguasai sesuatu bidang kemahiran secara komprehensif.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Nidzam Kamarulzaman berkata, program yang dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia (PJKM) itu dapat mencungkil bakat baharu yang berpotensi untuk mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Katanya, pembabitan golongan belia khususnya dalam PKM itu membolehkan mereka dipilih menyertai ke Asean Competition (ASC) seterusnya ke peringkat Worldskills Competition (WSC).

“Ia dijadikan penanda aras terhadap pengetahuan dan kemahiran jurulatih serta pakar yang dilantik dalam usaha negara meraih pingat di pertandingan kemahiran peringkat ASEAN juga dunia.

“Penganjuran ini turut menjadi landasan kepada belia dari seluruh negara yang berbakat dan berkemahiran tinggi untuk digilap serta diberi nilai tambah supaya lebih berdaya tahan bagi memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 atau IR4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Perasmian Karnival Skills Malaysia sempena Pertandingan Akhir World Worldskills Malaysia Skills Malaysia 2018, di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), pada 30 September lalu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pembangunan Kemahiran, Suimi Abdul Majid dan Pengarah CIAST, Dr Mohamad Sulaiman.

Ketika ditanya berhubung Fenonema Industri 4.0 yang memberi kesan terhadap sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET), Nidzam berkata, TVET disaran untuk berubah dengan penemuan pelbagai teknologi baharu. 

Katanya, ia termasuk dengan penggunaan automasi, analisis dan ‘big data’, simulasi, integrasi sistem, penggunaan ‘robotic’, ‘cloud’ dan ‘Internet of Things’. “Ini memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini termasuk bidang kemahiran yang memerlukan perubahan seiring transformasi digital untuk kekal berdaya saing.

Ia dijadikan penanda aras terhadap pengetahuan dan kemahiran jurulatih serta pakar yang dilantik dalam usaha negara meraih pingat di pertandingan kemahiran peringkat ASEAN juga dunia NIDZAM KAMARULZAMAN Ketua Pengarah JPK

“Cabaran ini menuntut semua pihak termasuk tenaga pengajar dan belia berdepan cabaran revolusi industri 4.0 serta mempersiapkan diri untuk keluar daripada kebiasaan,” katanya. Terdahulu, pertandingan terbabit menyaksikan 27 bidang dipertandingkan bagi kategori belia (WSMB), manakala enam bidang kategori pengajar (WSMP). Daripada 27 bidang tebabit, sebanyak 18 bidang di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia dan sembilan membabitkan Kementerian Kerja Raya.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…