Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Khas (PPT Khas)
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
Tujuan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah untuk mengiktiraf keterampilan yang sediada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Penyata Pencapaian (PC).
Prinsip Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah menilai keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
Calon tidak perlu mengikuti latihan dan menduduki ujian khas.
Bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi diperlukan untuk dinilai sebelum pengiktirafan diberi. Kelebihan PPT kepada individu
Dapat pengiktirafan
SKM/DKM/DLKM/PC diperolehi dalam masa yang singkat
Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
Jimatkan tenaga dan masa (tidak perlu melalui latihan & ujian)
Kelebihan PPT kepada majikan
Pekerja bermotivasi tinggi dapat tingkatkan produktiviti kerjaya
Pekerja berketerampilan dapat meningkatkan kualiti





























