Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Pemberitahuan Ujian Penilaian Untuk Tujuan Pembaharuan Tempoh Lantikan Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan melaksanakan penilaian bagi Pembaharuan Jawatan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Di Bawah Panduan Permohonan Pendaftaran Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) Perkara 11.2. Pelaksanaan penilaian untuk tujuan pembaharuan tempoh jawatan ini berkuatkuasa bermula November 2011.

 

Penilaian ini bertujuan untuk menilai PPL di dalam melaksanakan penugasan yang diberikan. Oleh yang demikian semua Personel Lantikan PPL sama ada yang akan atau telah tamat tempoh lantikan dipelawa untuk menduduki ujian tersebut yang akan diadakan seperti tentatif di bawah ;

 

 

Wilayah

Tarikh

Hari

Masa

Sabah

18/8/2011

Khamis

10.00pg - 12.00 tgh

Sarawak

23/8/2011

Selasa

10.00pg - 12.00 tgh

Selatan

22/9/2011

Khamis

10.00pg - 12.00 tgh

Tengah

15/9/2011

Khamis

10.00pg - 12.00 tgh

Timur

21/9/2011

Rabu

10.00pg - 12.00 tgh

Utara

19/9/2011

Isnin

10.00pg - 12.00 tgh

 

 

Soalan penilaian merangkumi 2 Bahagian iaitu 10 soalan objektif dan 1 soalan subjektif. Antara skop soalan penilaian adalah ;

- Sistem Jaminan Mutu Persijilan Kemahiran Malaysia

- Personel Lantikan JPK

- Konsep dan Prosedur Pentauliahan

 

Untuk makluman tuan/puan, tempoh sah keputusan lulus ujian adalah selama dua (2) tahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

 

Untuk maklumbalas kehadiran, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai di Unit DPIN di talian 03-83214700 seminggu sebelum tarikh ujian dilaksanakan.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”

 

 

Pengarah Bahagian Pembangunan Kepakaran

b.p : Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .