Nota : Panduan Perantisan Tamat Program atau Tamat Pusat Bertauliah di bawah terpakai bagi ADI Perantisan dan ADI Pekerjaan Melalui Sistem Pentauliahan.
Mana-mana PB yang ingin menamatkan pentauliahan program atau Pusat Bertauliah hendaklah memenuhi perkara seperti berikut :
1. Menyelesaikan segala urusan latihan dan persijilan pelatih yang telah mendaftar di PB sedia ada. dan
2. Mengemukakan surat permohonan penamatan pentauliahan program/PB kepada KPPK.