JPK STAFF     

Background

BENGKEL - PELAKSANAAN LATIHAN DAN PENILAIAN

Pengenalan

ADI Pekerjaan merupakan Latihan berasaskan pembuktian pengalaman tanpa melalui sistem pentauliahan. Ianya merangkumi

  1. 80% kemahiran kerja (work activity) iaitu bekerja dalam industri/syarikat dan;
  2. 20% pengukuhan pengetahuan di syarikat/pusat latihan secara fizikal/atas talian atau hibrid
Rujukan Standard Latihan  Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN.
Persijilan

 Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

 

Pelepasan Cukai

Syarikat yang menjalankan latihan ADI Pekerjaan akan mendapat faedah berikut:

a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)

b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.