Pengenalan
-
Pelaksanaan program Akademi Dalam Industri (ADI) bermula dari inisiatif Academy in Factory (AiF) yang diwujudkan susulan daripada Mesyuarat Economic Action Council (EAC) Bil. 4/2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 November 2021.
-
Program ADI merupakan satu inisiatif kolaborasi inovatif di antara Kementerian, Industri dan Akademia untuk meningkatkan pencapaian pendidikan negara.
-
Matlamat program ADI adalah untuk membangunkan bakat tempatan masa hadapan yang mampan dan berkemahiran berdasarkan keperluan industri. Ia akan merapatkan jurang antara bekalan tenaga kerja dan permintaan serta mengurangkan kebergantungan pekerja asing berkemahiran rendah.
-
Program ADI dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut :
4.1 ADI Perantisan
4.1.1 Kategori ini melibatkan konsep train and place di mana peserta terdiri daripada golongan pencari kerja iaitu individu yang sedang mencari pekerjaan termasuk lepasan sekolah, graduan, pekerja diberhentikan, penganggur, pekerja gig dan suri rumah.
4.1.2 Pelaksanaan latihan adalah berstruktur melalui sistem pentauliahan di mana 20% hingga 30% pembelajaran teori dilaksanakan di Pusat latihan manakala 70% hingga 80% latihan praktikal dijalankan di syarikat kerjasama.
4.1.3 Bayaran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM100 untuk SKM Tahap 1, 2, dan 3. Manakala RM200 untuk SKM Tahap 4 dan 5.
4.2 ADI Pekerjaan
4.2.1 Kategori ini melibatkan konsep place and train di mana peserta adalah terhad kepada pekerja sedia ada.
4.2.2 Pelaksanaan latihan bagi kategori ini boleh dilaksanakan mengikut pilihan berikut:
a. Latihan berstruktur melalui sistem pentauliahan dengan bayaran pendaftaran sama seperti ADI Perantisan; atau
b. Latihan berasaskan pembuktian pengalaman tanpa melalui pentauliahan di mana sebanyak 80% daripada tempoh latihan melibatkan aktiviti kerja di syarikat manakala baki 20% melibatkan pembelajaran kelas/ bengkel berkaitan pengetahuan yang boleh dijalankan sama ada di syarikat atau di Pusat Latihan yang bekerjasama dengan syarikat tersebut. Bayaran Pendaftaran ditetapkan sebanyak RM300 untuk SKM Tahap 1, 2, dan 3. Manakala RM500 untuk SKM Tahap 4 dan 5.