The following are frequently asked questions asked by visitors Department of Skill Development (DSD) Website. If you have any questions please contact us at 03-8886 5589/5817 or email us at jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my
1. | What is meant by National Dual Training System (SLDN)? | |
Please get the answers and see all questions about SLDN at National Dual Training System (NDTS) | ||
2. | How do I apply to for the SLDN programme? | |
|
||
3. | I have completed my SLDN training but have yet to receive the certificate. Who do I have to contact? | |
Check with the officer responsible to ascertain whether the certificate is still in the process of printing, has already been posted or is in the process of being delivered to the customer. | ||
4. | What is the registration fee for SLDN apprentices? | |
The registration fee to be paid to JPK is RM100.00 | ||
5. | What are the necessary conditions to qualify for the SLDN porgramme? | |
In general, the conditions are:
|
||
6. | What is the total payment for the training programme under NDTS? | |
No payment is required, except for registration, which may be imposed by the company. In fact, in the SLDN, apprentices will get a training allowance given by the company or the government through specific training schemes. | ||
7. | What is the allowance given to trainers who run the special NDTS? | |
RM300 per month. | ||
8. | How do I apply to be a NDTS accredited centre? | |
Submit an application using the JPK/SLDN/DI01 form for SLDN Training Centre and JPK/SLDN/DSO1 form for SLDN companies, which may be downloaded from the JPK website. | ||
9. | What is the process that needs to be carried out for the implementation of the NDTS final examination? | |
|
1. | Siapakah yang boleh memohon SKM melalui kaedah PPT ? | |||||||||
Individu yang mempunyai kemahiran dan kekompetenan yang diperolehi melalui pengalaman kerja terdahulu dan memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. |
||||||||||
2. | Bagaimanakah cara untuk memohon SKM melalui kaedah PPT ? | |||||||||
Permohonan SKM melalui kaedah PPT boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman web https://www.myspike.my/ . |
||||||||||
3. | Bagaimanakah cara untuk akses sistem permohonan SKM melalui kaedah PPT ? | |||||||||
Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna di laman web https://www.myspike.my/ dan membuat permohonan di dalam sistem tersebut. |
||||||||||
4. | Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT? | |||||||||
Anda perlu: |
||||||||||
5. | Mengapakah saya perlu melaksanakan penilaian kendiri? | |||||||||
Penilaian kendiri perlu dilaksanakan oleh setiap calon yang memohon Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT bagi menentukan sama ada pengalaman dan kemahiran yang dimiliki telah memenuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS dan bagi mengetahui status kelayakan program yang ingin dipohon. |
||||||||||
6. | Bagaimanakah saya boleh mengenalpasti program yang bersesuaian untuk memohon PPT? | |||||||||
Program yang bersesuaian boleh dikenalpasti melalui sistem MySPIKE di menu Platform Pekerja. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah: |
||||||||||
7. | Adakah penilaian kendiri mesti dilaksanakan oleh setiap pemohon yang hendak memohon SKM melalui kaedah PPT? Bagaimanakah saya boleh melaksanakan Penilaian Kendiri tersebut. | |||||||||
YA. Penilaian Kendiri mesti dilaksanakan bagi setiap pemohon dan ia boleh dilaksanakan di dalam sistem MySPIKE dengan merujuk dan memuat turun panduan calon: MANUAL PENGGUNA MODUL PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) di dalam sistem tersebut. |
||||||||||
8. | Sekiranya saya tersilap memilih kod NOSS semasa melaksanakan Penilaian Kendiri, apakah yang perlu saya lakukan? | |||||||||
Pemohon perlu memilih semula kod NOSS yang lain untuk melaksanakan penilaian kendiri bagi program yang hendak dipohon dan abaikan penilaian kendiri yang telah dibuat bagi kod NOSS sebelum ini. |
||||||||||
9. | Bolehkah saya memohon SKM melalui kaedah PPT dengan hanya memilih satu Competency Unit (CU) sahaja secara penilaian portfolio atau penilaian amali? Berapakah bayaran permohonan yang dikenakan? | |||||||||
BOLEH. Bayaran yang dikenakan adalah RM 300 / permohonan. |
||||||||||
10. | Apakah jenis penilaian yang dilaksanakan bagi mendapatkan SKM melalui kaedah PPT? | |||||||||
Dua (2) jenis penilaian yang digunakan bagi mendapatkan SKM melalui kaedah PPT iaitu: |
||||||||||
11. | Dimanakah penilaian amali PPT boleh dilaksanakan? | |||||||||
Penilaian amali PPT boleh dilaksanakan di dua (2) tempat yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) iaitu: |
||||||||||
12. | Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan SKM melalui kaedah PPT? | |||||||||
Bayaran permohonan bagi penilaian portfolio atau penilaian amali adalah seperti berikut: |
||||||||||
13. | Sekiranya saya ingin melaksanakan PPT secara penilaian amali, adakah bayaran lain yang dikenakan selain daripada bayaran permohonan? | |||||||||
Selain daripada bayaran permohonan RM300 atau RM500 yang ditetapkan oleh JPK, PB-PPT atau PPA-PPT berhak mengenakan bayaran lain kerana melibatkan kos bahan guna habis, utiliti dan lain-lain yang berkaitan. Jumlah bayaran yang dikenakan bergantung kepada bidang yang dipohon dan ditentukan oleh PB-PPT dan PPA-PPT tersebut. |
||||||||||
14. | Sekiranya saya telah membuat bayaran untuk permohonan PPT, adakah saya dibenarkan untuk menukar kod NOSS yang lain? | |||||||||
Pertukaran kod NOSS TIDAK DIBENARKAN sekiranya bayaran permohonan PPT telah disahkan. Bagi permohonan yang telah didaftarkan bayaran tidak akan dikembalikan. |
||||||||||
15. | Sekiranya saya telah membuat bayaran permohonan PPT, bolehkah saya membatalkan permohonan tersebut? | |||||||||
YA, permohonan tersebut boleh dibatalkan tetapi bayaran permohonan PPT tidak akan dikembalikan. |
||||||||||
16. | Sekiranya saya telah membuat bayaran permohonan PPT, bolehkah saya menggantikan permohonan tersebut dengan calon yang lain? | |||||||||
Permohonan gantian calon TIDAK DIBENARKAN. |
||||||||||
17. | Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status permohonan PPT saya yang telah dipohon? | |||||||||
Status permohonan PPT boleh disemak melalui sistem MySPIKE dengan merujuk kepada id permohonan bagi program yang dipohon. |
||||||||||
18. | Berapa lamakah tempoh semakan bagi permohonan PPT saya? | |||||||||
Keputusan semakan permohonan boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Semakan status permohonan boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui sistem MySPIKE. |
||||||||||
19. | Permohonan PPT saya tidak disokong kerana tidak memenuhi syarat permohonan PPT. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih berminat untuk mendapatkan SKM melalui kaedah PPT ini? | |||||||||
Pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu setelah semua syarat permohonan dipenuhi dengan merujuk kepada panduan pelaksanaan PPT yang sedang berkuatkuasa. |
||||||||||
20. | Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran bagi permohonan PPT? | |||||||||
Bayaran permohonan PPT hanya boleh dibuat secara online di laman web https://www.myspike.my/ dan boleh merujuk Manual Pengguna (PANDUAN) di laman web tersebut. Bagi pemohon yang berdaftar melalui agensi penaja bayaran akan dikemukakan oleh agensi berkenaan. |
||||||||||
21. | Setelah bayaran permohonan PPT saya disahkan, berapa lamakah saya akan menerima pemakluman penugasan PP-PPT? | |||||||||
Calon akan menerima pemakluman penugasan PP-PPT selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Walaubagaimanapun kemungkinan penugasan dibuat melebihi tempoh 14 hari waktu bekerja sekiranya bilangan PP-PPT bagi program yang dipohon adalah terhad. |
||||||||||
22. | Apakah syarat-syarat permohonan SKM/DKM/DLKM melalui kaedah PPT? | |||||||||
i. Memenuhi had umur mengikut kelayakan berikut:
ii. Memenuhi pra-syarat seperti yang digariskan di dalam Standard (NOSS) sekiranya berkaitan; |
||||||||||
23. | Apakah syarat yang ditetapkan kepada Agensi / Syarikat yang ingin memohon sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) dan bagaimana permohonan tersebut dibuat? | |||||||||
Untuk memohon sebagai PPA, Agensi / Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: |
||||||||||
24. | Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi meluluskan sesuatu permohonan Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT)? | |||||||||
Kelulusan bagi permohonan PPA-PPT mengambil masa selama 14 hari waktu bekerja. Semakan kelulusan boleh dibuat dalam tempoh tersebut. |
||||||||||
25. | Apakah peranan dan tanggungjawab Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT)? | |||||||||
Secara umumnya pemohon hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut: a. Syarat permohonan sebagai PPA-PPT hendaklah terdiri daripada salah satu (1) kategori berikut: b. Melantik penyelaras yang merupakan kakitangan berjawatan tetap di Syarikat/ Organisasi atau Penyedia Latihan dan ahli Persatuan/ Pertubuhan berkenaan serta mempunyai pengetahuan dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui kaedah PPT. Prosedur permohonan sebagai PPA-PPT boleh dibuat secara dalam talian di dalam sistem MySPIKE dan hendaklah memuatnaik dokumen berikut: |
||||||||||
26. | Apakah yang dinilai dalam penilaian amali? | |||||||||
Semasa penilaian amali, komponen yang dinilai adalah seperti berikut: |
||||||||||
27. | Apakah yang dimaksudkan dengan Pengiktirafan Khas melalui kaedah PPT. | |||||||||
Pengiktirafan Khas melalui kaedah PPT adalah satu kaedah bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi sumbangan secara langsung dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) seperti individu yang terlibat dalam pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS dan Pertandingan Kemahiran anjuran JPK atau KSM. |
||||||||||
28. | Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT? | |||||||||
Permohonan Pengiktirafan Khas adalah terbuka kepada individu yang memberi sumbangan kepakaran dalam pembangunan latihan kemahiran mengikut kategori yang ditetapkan iaitu: |
||||||||||
29. | Bagaimanakah hendak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT? | |||||||||
Pemohon boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia Melalui Pengiktirafan Khas iaitu JPK/PPT/1008(P9) yang lengkap diisi beserta bayaran RM300 /permohonan (SKM1 - SKM3) atau RM500 /permohonan (DKM - DLKM) dalam bentuk bank draft atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran kepada JPK. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan PPT - Pengiktirafan Khas (www.dsd.gov.my) . |
1. | Apakah perbezaan kaedah penilaian PPT secaraportfolio dan / atau secara amali? | |
i. Kaedah penilaian PPT secara portfolio adalah satu kaedah untuk menilai keterampilan calon dengan cara mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dibangunkan oleh calon secara dokumentasi berdasarkan kepada pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon mengikut bidang kemahiran yang terkandung di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS. Melalui kaedah ini juga, pengetahuan calon dinilai secara lisan dan kebolehan calon melaksanakan tugas dinilai secara pemerhatian di tempat kerja. ii. Kaedah penilaian PPT secara amali pula adalah satu kaedah dimana calon dinilai melalui komponen penilaian prestasi dan pengetahuan secara lisan merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang terkandung di dalam NOSS yang berkaitan. |
||
2. | Siapakah yang akan menugaskan pegawai penilai (PP-PPT) di PB-PPT? | |
Penyelaras di PB-PPT akan membuat penugasan PP-PPT untuk melaksanakan penilaian calon di PB-PPT. |
||
3. | Di manakah penilaian amali PPT boleh dilaksanakan? | |
Pelaksanaan PPT secara penilaian amali boleh dilaksanakan di dua (2) tempat iaitu: |
||
4. | Apakah yang perlu calon lakukan selepas menerima Slip Pendaftaran Calon dan Penugasan PP-PPT? | |
Calon perlu menyemak maklumat dan butiran pada slip berkenaan dan menghubungi PP-PPT untuk menentukan sesi kaunseling dan penilaian. |
||
5. | Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan? | |
Tempoh maksimum penilaian keterampilan adalah satu tempoh maksimum yang dibenarkan bagi melaksanakan proses kaunseling dan penilaian hingga permohonan verifikasi di antara PP-PPT dan calon mengikut tahap persijilan yang dipohon. |
||
6. | Berapa lamakah Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan yang dibenarkan bagi kaunseling dan penilaian PPT melalui kaedah portfolio untuk persijilan SKM/DKM/DLKM? | |
Tempoh maksimum penilaian keterampilan bagi kaedah penilaian portfolio adalah seperti berikut: |
||
7. | Bolehkah calon memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan oleh JPK? | |
TIDAK BOLEH. Setiap penugasan PP-PPT yang telah dibuat oleh JPK adalah muktamad. |
||
8. | Bolehkah calon memohon perlanjutan tempoh sesi kaunseling dan penilaian? | |
TIDAK BOLEH. Tempoh sesi kaunseling dan penilaian adalah tetap seperti yang tertakluk di dalam panduan PPT yang sedang berkuat kuasa. |
||
9. | Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh calon setelah melengkapkan proses kaunseling dan penilaian? | |
Calon perlu menentukan cadangan tarikh dan tempat seterusnya memaklumkan kepada PP-PPT bagi tujuan sesi verifikasi PPL-PPT. |
||
10. | Bagaimanakah pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian dilakukan kepada calon PPT? | |
Pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian adalah seperti berikut: |
||
11. | Bagaimanakah saya boleh mengetahui PP-PPT yang ditugaskan oleh JPK kepada saya? | |
Calon akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan di dalam sistem MySPIKE dan boleh membuat semakan maklumat PP-PPT di dalam sistem MySPIKE tersebut dengan merujuk ID permohonan calon. |
||
12. | Apakah jenis bukti-bukti keterampilan yang boleh dikemukakan semasa penilaian portfolio dilaksanakan? | |
Jenis bukti yang boleh dikemukakan adalah berasaskan daripada sumber yang diperolehi melalui pengalaman ditempat kerja, kursus-kursus dalam bidang berkaitan, kerja-kerja sukarela dan pencapaian di dalam pertandingan kemahiran. |
||
13. | Berapa kalikah dibenarkan PP-PPT membuat perjumpaan bagi sesi kaunseling dan penilaian bersama calon PPT untuk program SKM, DKM dan DLKM? | |
Bilangan perjumpaan untuk sesi kaunseling dan penilaian calon bersama PP-PPT yang layak dibuat tuntutan adalah seperti berikut: |
||
14. | Bolehkah sesi kaunseling dan penilaian dilaksanakan ditempat selain daripada alamat kaunseling di dalam Slip pendaftaran dan Penugasan PP-PPT? | |
TIDAK BOLEH. Pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian adalah dilaksanakan sepertimana yang tercatat didalam slip permohonan dan penugasan PP-PPT. Semua pertukaran alamat sesi kaunseling dan penilaian adalah tidak dibenarkan. |
||
15. | Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya PP-PPT yang ditugaskan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sepanjang tempoh kaunseling dan penilaian yang ditetapkan? | |
Calon perlu memaklumkan secara rasmi kepada Desk Officer yang berkenaan atau mengemukakan aduan kepada JPK melalui sistem MySPIKE untuk tindakan selanjutnya. |
||
16. | Dimanakah tempat yang sesuai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan penilaian? | |
Tempat kerja calon merupakan tempat yang paling sesuai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan penilaian. |
||
17. | Adakah saya boleh menukar penilaian portfolio kepada penilaian amali semasa sesi kaunseling dan penilaian dijalankan? | |
Boleh sekiranya calon adalah dari PB-PPT dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak JPK. |
||
18. | Sekiranya calon telah menyelesaikan penilaian portfolio lebih awal dari tempoh kaunseling dan penilaian yang ditetapkan, bolehkah PP-PPT memohon verifikasi PPL-PPT kepada JPK? |
|
Boleh. |
1. | Bolehkah calon memohon sendiri sesi verifikasi PPL-PPT tanpa melalui Pegawai Penilai (PP-PPT)? | |
TIDAK BOLEH. Urusan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT adalah dibawah tanggungjawab PP-PPT. |
||
2. | Sebagai calon PPT, bolehkah saya mencadangkan nama PPL-PPT untuk sesi verifikasi? | |
TIDAK BOLEH. Penugasan PPL-PPT adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa JPK. |
||
3. | Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh JPK untuk mengatur sesi verifikasi PPL-PPT? | |
Penugasan sesi verifikasi PPL-PPT dibuat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima dalam sistem. |
||
4. | Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak dapat hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan? | |
Keputusan verifikasi calon adalah gagal sekiranya calon tidak hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT tanpa sebarang sebab yang munasabah seperti kecemasan, kemalangan dan kematian waris terdekat. Namun perlu memaklumkan kepada JPK beserta dokumen sokongan bagi urusan penangguhan. |
||
5. | Bolehkah calon/PP-PPT/PPL-PPT memohon pertukaran tarikh atau tempat verifikasi selepas ditetapkan oleh pihak JPK? | |
TIDAK BOLEH kerana penugasan PPL-PPT telah dibuat berdasarkan tarikh dan tempat cadangan daripada PP-PPT. |
||
6. | Bolehkah sesi verifikasi PPL-PPT dilaksanakan dengan hanya menilai portfolio sahaja tanpa kehadiran calon berkenaan? | |
TIDAK BOLEH. Keputusan verifikasi calon adalah gagal sekiranya calon tidak hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan. |
||
7. | Adakah PPL-PPT boleh menyimpan portfolio calon? | |
TIDAK BOLEH. Portfolio yang dibangunkan adalah hak milik calon. |
||
8. | Sekiranya saya telah selesai sesi verifikasi, apakah tindakan saya yang seterusnya? | |
Sekiranya lulus, calon boleh membuat semakan status cetakan sijil dari masa ke semasa melalui sistem MySPIKE. Sekiranya gagal, calon boleh membuat permohonan semula beserta bayaran baharu sekiranya masih berminat. |
||
9. | Sekiranya saya gagal dalam sesi verifikasi, Bolehkah sesi ulang nilai dilaksanakan. | |
TIDAK BOLEH. Tiada sesi ulang nilai dibenarkan dalam pelaksanaan PPT. Sekiranya calon masih berminat, calon boleh membuat permohonan PPT semula dengan bayaran pendaftaran baharu. |
||
10. | Sekiranya saya gagal dalam sesi verifikasi penilaian LPKT bagi permohonan DKM atau DLKM, bolehkah saya memohon semula untuk sesi verifikasi penilaian LPKT sahaja? | |
TIDAK BOLEH. Bagi permohonan secara Penilaian Portfolio, penilaian akan dilaksanakan mengikut komponen sedia ada. Manakala,bagi permohonan secara Penilaian Amali, calon dibenarkan menduduki semula penilaian LPKT tanpa mengulang penilaian amali dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh lulus penilaian amali tersebut. |
||
11. | Bolehkah PP-PPT mencadangkan nama PPL-PPT dalam permohonan sesi verifikasi? | |
TIDAK BOLEH. Urusan penugasan PPL-PPT adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa JPK. |
||
12. | Bolehkah PP-PPT hadir semasa sesi verifikasi PPL-PPT? | |
PP-PPT dibenarkan hadir semasa sesi verifikasi PPL-PPT sekiranya diarahkan oleh JPK. |
||
13. | Apakah tindakan PP-PPT sekiranya calon tidak boleh hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan? | |
PP-PPT perlu memaklumkan ketidakhadiran calon kepada PPL-PPT dan Desk Officer (D/O) yang berkenaan. Ketidakhadiran calon hanya dibenarkan sekiranya melibatkan kes-kes kecemasan (kemalangan, kematian waris terdekat). |
||
14. | Bolehkah PP-PPT mencadangkan tempat yang bersesuaian, sekiranya calon tidak dapat menetapkan tempat untuk sesi verifikasi? | |
BOLEH. PP-PPT boleh mencadangkan tempat verifikasi yang bersesuaian. |
||
15. | Bilakah PP-PPT boleh memohon sesi verifikasi PPL-PPT bagi calon di bawah bimbingannya? | |
PP-PPT boleh membuat permohonan sesi verifikasi PPL-PPT melalui sistem MySPIKE bagi calon sebaik sahaja sesi penilaian selesai dilaksanakan dan calon bersedia untuk dinilai oleh PPL-PPT. Permohonan hendaklah dibuat sebelum tamat Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan. |
||
16. | Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT di PB-PPT? | |
Penyelaras di PB-PPT tersebut. Tugas Penyelaras PB-PPT adalah melantik PP-PPT dan memohon sesi verifikasi PPL-PPT. |
1. | Bagaimana saya hendak menyemak status persijilan saya? | |
Semakan status sijil (SKM/DKM/DLKM/PC/NCS) boleh dilakukan dalam sistem MySPIKE pada pautan berikut: |
||
2. | Adakah SKM yang diperolehi melalui kaedah PPT ini diiktiraf oleh Kerajaan? | |
YA, Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM/DKM /DLKM/PC/NCS) melalui kaedah PPT diiktiraf oleh Kerajaan. Nilai taraf yang diberikan adalah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan mengikut Skim Perkhidmatan. |
||
3. | Berapa lamakah tempoh proses cetakan sijil dilakukan? | |
Tempoh proses cetakan sijil adalah dalam masa 60 hari bekerja bermula daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT (JPK/PPT/6/6/2014) yang lengkap diterima. |
||
4. | Bagaimanakah saya boleh memohon terjemahan sijil saya? | |
Permohonan terjemahan sijil boleh dibuat melalui BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01. Terjemahan yang disediakan adalah dalam versi Bahasa Inggeris sahaja. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut: |
||
5. | Bagaimanakah cara untuk saya memohon membetulkan kesilapan pada sijil yang telah saya terima? | |
Permohonan pembetulan sijil boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun pada pautan berikut: Borang Permohonan Pengeluaran Sijil Bagi cetakan sijil yang disebabkan oleh kesilapan JPK, tiada bayaran dikenakan. Bayaran RM20 akan dikenakan sekiranya kesilapan cetakan daripada pihak pemohon. |
||
6. | Bagaimanakah cara untuk saya memohon semula sijil bagi menggantikan sijil saya yang telah hilang? | |
Permohonan semula bagi menggantikan sijil hilang boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun pautan berikut: |
||
7. | Bagaimanakah saya ingin menukar alamat pengeposan sijil? | |
Penukaran alamat pengeposan boleh dibuat dengan mengemaskini maklumat pengguna di dalam sistem MySPIKE pada bahagian akaun pengguna. Sekiranya permohonan melalui agensi atau PB-PPT, penghantaran sijil akan dipos ke alamat agensi atau PB-PPT. |
||
8. | Bagaimanakah saya boleh mendapatkan slip pengesahan persijilan jika sijil saya dalam proses cetakan? | |
Slip pengesahan persijilan boleh disemak melalui pautan: https://www.myspike.my/index.php?r=skm%2Fform-semak-skm dari semasa ke semasa. Slip tersebut boleh dimuat turun atau dicetak. |
||
9. | Berapa lamakah proses pengeluaran sijil selepas sesi verifikasi PPL-PPT? | |
Tempoh proses cetakan sijil dalam masa 60 hari bekerja daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT (JPK/PPT/6/6/2014) lengkap diterima. |
||
10. | Maklumat persijilan saya tiada di dalam MySPIKE. Apakah yang perlu saya lakukan? | |
Sila adukan perkara ini di dalam ruangan Aduan Pengguna di dalam sistem MySPIKE. |
||
11. | Bagaimanakah saya boleh mendapatkan semula sijil saya setelah hasil semakan mendapati sijil berkenaan telah dipulangkan semula kepada pengirim? | |
Calon boleh ajukan perkara ini beserta maklumat persijilan (nama calon, no kad pengenalan, no telefon dan kod program) di dalam ruangan Aduan Pengguna di dalam sistem MySPIKE. |
||
12. | Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan sijil ganti sekiranya sijil yang diterima dalam keadaan rosak? | |
Pihak JPK berusaha memastikan sijil yang diterima dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun jika sijil yang diterima didapati rosak, permohonan sijil gantian boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut: |
||
13. | Bolehkah saya mendapatkan transkrip bagi sijil yang telah saya perolehi? | |
TIDAK BOLEH kerana tiada transkrip dikeluarkan bagi persijilan melalui kaedah PPT. |
||
14. | Bagaimanakah cara untuk saya menghantar semula borang Akuan Penerimaan Sijil? | |
Borang Akuan Penerimaan Sijil boleh dihantar melalui pos, faks dan e-mel seperti yang dinyatakan di dalam borang Akuan Penerimaan Sijil PPT. |
||
15. | Bolehkah sijil saya di cetak menggunakan kod NOSS baharu sekiranya ada perubahan pada kod NOSS di dalam daftar NOSS semasa proses kaunseling, penilaian dan verifikasi? | |
TIDAK BOLEH. Sijil akan dicetak mengikut kod program yang dipohon sewaktu permohonan. |
||
16. | Bolehkah saya menghantar dokumen Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) yang telah disahkan oleh PPL-PPT melalui e-mel bagi mempercepatkan permohonan pengeluaran sijil? | |
BOLEH. Mulai 1 Julai 2021, dengan berkuatkuasanya Panduan PPT Edisi Ke-2 Tahun 2021, calon hendaklah menyedia dan menyerahkan satu (1) set LPKT dalam bentuk softcopy yang telah dibuat pembetulan sekiranya ada kepada PPL bagi tujuan pengesahan dan tindakan selanjutnya oleh PPL. |
||
17. | Saya telah memperoleh sijil PC bagi kesemua CU di dalam satu NOSS. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan sijil SKM/DKM/DLKM penuh bagi kod NOSS berkenaan dan adakah bayaran dikenakan bagi proses ini? | |
BOLEH. Calon yang telah terampil kesemua CU pada tahap program yang berkaitan, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan sijil penuh sama ada SKM/ DKM/ DLKM tanpa dikenakan bayaran dan hendaklah memenuhi syarat umum permohonan sebagai calon PPT dan lulus penilaian LPKT bagi program DKM/ DLKM. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut: |
||
18. | Bolehkah saya memohon untuk cetakan SKM Tahap 3 sekiranya saya telah menerima DKM melalui kaedah single-tier? | |
TIDAK BOLEH. Bagi persijilan secara single-tier, hanya satu sijil sahaja yang diberikan iaitu sijil pada tahap tertinggi yang dipohon sekiranya layak. Melalui Persijilan secara Single Tier, Sijil SKM tertinggi yang dikeluarkan adalah merangkumi persijilan tahap rendah yang ada di dalam program berkenaan. |
1. | What is meant by an Accredited Centre (PB)? | |
An Accredited Centre (PB) is an organization, whether a training institute or company, which has been approved by JPK to implement NOSS-based skills training programmes. | ||
2. | What are the conditions or criteria to be an Accredited Centre? | |
Please refer to the "Implementation and Certification Requirements for Accredited Centres under Malaysia Skills Certification System Guide 2012” which can be downloaded from the JPK website | ||
3. | How to apply to become a JPK Accredited Centre? | |
Apply online at http://eskm.dsd.gov.my and send together with supporting documents and a payment of RM1500.00 in the form of a bank draft or money order made payable to “Director General Skills Development”. Please refer to the "Implementation and Certification Requirements for Accredited Centres under Malaysia Skills Certification System Guide 2012” which can be downloaded from the JPK website. |
||
4. | What qualifications are required of an Assessment Officer (PP) at an accredited centre? | |
She has a letter of appointment from an accredited centre, had attended the Accreditation Induction Course successfully, possesses SKM which is at least 1 level higher than the level she is teaching and has teaching techniques certificates recognized by the JPK. | ||
5. | How do I renew the accreditation? | |
Apply online at http://eskm.dsd.gov.my and send together with supporting documents and a payment of RM200.00 for each programme in the form of a bank draft or money order made payable to “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. | ||
6. | What are the skills training programmes that may be offered by an Accredited Centre? | |
Based on the National Occupational Skills Standards (NOSS) developed. Please refer to the JPK website to check the NOSS register. | ||
7. | After submitting the application for an Accredited Centre, how long do I have to wait for the decision of whether it has been approved or not? | |
The results may be known within a period of 3 months if the application is complete and all requirements as stated in the guidelines are followed. | ||
8. | Who may qualify for the skills training programme? | |
Citizens who are literate in Malay or English; possessing a lower level of SKM to participate in a higher level of SKM in the same course. However, Accredited Centres can prescribe other conditions for their trainees. | ||
9. | What is the duration of training for the Malaysia Skills Certification Programme? | |
In general, the duration of training is as follows:
|
||
10. | Can former juvenile detainees or anyone who had been convicted for a criminal offence attend the training programmes at Accredited Centres? | |
Yes, they can. Anyone is allowed to attend training irrespective of race, religion, gender, past history and so on. Most important is that the individual is interested, qualified and able to follow the relevant programme. For your information, the JPK programme is also offered at one-stop centres, rehabilitation centres and even in prisons. | ||
11. | Which form is used to apply for the issuance of SKM? | |
Please use the JPK/P3 /T1003 form. | ||
12. | How do I apply for a PPL visit? | |
You must apply to the Department of Skills Development at least one month before the date of the PPL visit. Applicants should send a name list of the prospective trainees to be verified. The relevant form may be downloaded from the website www.dsd.gov.my under the link “download form” - List of Candidates for PPL Verification Form | ||
13. | What is the registration fee for an international candidate? | |
RM200 for each skill and level. | ||
14. | My Accredited Centre has been approved to conduct skills programmes for specific NOSS, but just after two months of accreditation there was a change in the NOSS code. What should my centre do? | |
The Accredited Centre has two options:
|
1. | What action is to be taken if the SKM certificate is lost? | |
In the event of loss of the certificate, please fill the JPK/S/PERSIJILAN/01 Form available from the JPK website and submit the following documents (ORIGINAL) to obtain a copy of SKM:
|
||
2. | What are the benefits of complying with Malaysia Skills Certification? | |
Recognized by industries in Malaysia; provides an attractive path for career and personal development comparable to the career path based on academic qualifications and able to produce skilled workers who are trained and qualified to enhance the country’s competitiveness in the world market. | ||
3. | What is the structure of Malaysia Skills Certification? | |
Divided into 5 Levels as follows:
|
||
4. | How do I obtain Malaysia Skills Certification? | |
There are 3 ways:
|
||
5. | What action should be taken if I have not received the certificate from the Accredited Centre which has been closed down? | |
Please submit an official letter to the Department of Skills Development (JPK) and attach proof of attendance of training at the Accredited Centre together with the portfolio. | ||
6. | Which form should be used for SKM issuance application? | |
Please use JPK/P3 /T1003 form. | ||
7. | How do I apply for a PPL visit? | |
You must apply to the Department of Skills Development at least one month before the date of the PPL visit. Applicants should send a name list of the prospective trainees to be verified. The relevant form (List of Candidates for PPL Verification Form) may be downloaded from the website www.dsd.gov.my under the link “download form” | ||
8. | What is the registration fee for an international candidate? | |
RM200/person for each level of skills. | ||
9. | For DKM & DLKM certification, should the required project be one that will be implemented, being implemented or which has been implemented? | |
The project that will be implemented. | ||
10. | Is it a must for DKM & DLKM certification that the required project must meet at least 80% of the competencies outlined in NOSS? | |
Not 80% but at least 25% of the principal competencies in NOSS. | ||
11. | I have a Basic Level SKM. Can I attend training for SKM Level 2 without obtaining SKM Level 1? | |
Yes, you may on condition that the application is for the same skills. Basic Level SKM is considered equivalent to SKM Level 1. |
1. | Bilakah waktu operasi bagi Kaunter Pembayaran (Kewangan) Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah? | |||||||||||||||||||||||||
Kaunter Pembayaran (Kewangan) Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah beroperasi pada hari bekerja kecuali cuti umum. Masa operasi adalah seperti perincian di bawah dan ditutup pada waktu rehat. Jadual 1 Waktu Operasi Kaunter Kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah.
|
||||||||||||||||||||||||||
2. | Adakah penerimaan tunai boleh dilakukan di Kaunter Pembayaran (Kewangan) Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah? | |||||||||||||||||||||||||
Jadual 2 Jumlah Penerimaan Tunai Bagi Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah.
|
||||||||||||||||||||||||||
3. | Berapa keping penerimaan Kiriman Wang (KW) atau Bank Draf (BD) yang boleh diterima dalam satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama? | |||||||||||||||||||||||||
Penerimaan yang dibenarkan hanya 5 keping KW/BD untuk satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama. Penerimaan KW/BD yang melebihi 5 keping akan diterima dan diproses seperti biasa. Walau bagaimanapun, pengeluaran resit akan diberikan pada hari berikutnya bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama untuk setiap pelanggan. | ||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah bentuk bayaran yang diterima di kaunter kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya? | |||||||||||||||||||||||||
Hanya Bank Draf (BD) dan Kiriman Wang (KW) sahaja dibenarkan. Bayaran tunai dibenarkan hanya dibawah RM100. Manakala bayaran menggunakan WANG POS DAN CEK TIDAK DIBENARKAN. | ||||||||||||||||||||||||||
5. | Apakah prosedur bagi pembayaran untuk Calon Ulang Nilai? | |||||||||||||||||||||||||
Bayaran RM100 dikenakan pada setiap Calon Ulang Nilai. Nama calon mesti tertera di atas resit terhad kepada 10 nama sahaja. Sekiranya nama calon melebihi daripada 10 calon, resit akan dikeluarkan pada hari berikutnya kerana melibatkan masa menunggu yang lama. Selain itu mohon pihak Pusat Bertauliah menyatakan dengan jelas di cover letter Calon Ulang Nilai perkara-perkara berikut: a) Jenis Pembayaran; b) No KW/BD; c) Jumlah Bayaran; dan d) Senarai Nama Calon Ulang Nilai. (*Bayaran Calon Ulang Nilai tidak boleh disekalikan dengan bayaran Pendaftaran SKM) (**Sering kali kaunter kewangan menerima bayaran untuk Calon Ulang Nilai melibatkan wang pos yang begitu banyak kerana Pusat Bertauliah mengarahkan calon mana-mana yang gagal untuk membuat wang pos sendiri. Apabila melibatkan wang pos yang banyak, ini akan menyebabkan berlaku ralat yang banyak di Unit Kewangan melibatkan resit pembayaran. Perkara seperti ini adalah TIDAK DIGALAKKAN.) |
||||||||||||||||||||||||||
6. | Bolehkah pembelian NOSS dibuat secara tunai? | |||||||||||||||||||||||||
- BOLEH. Namun pembelian NOSS secara tunai hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat JPK Putrajaya sahaja. - NOSS akan diberikan dalam bentuk CD atau Thumb Drive. - Bayaran tunai tidak boleh melebihi RM100. - Jabatan menggalakkan pembelian dan pembayaran NOSS dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di https://www.myspike.my/index.php |
||||||||||||||||||||||||||
7. | Bagaimanakah cara bayaran jika menggunakan Pesanan Tempatan (L.O)? | |||||||||||||||||||||||||
• Cara bayaran EFT/BD/Kiriman Wang/CEK (Pusat Bertauliah Kerajaan); • Digalakkan EFT; dan • Atas nama “KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN”. |
||||||||||||||||||||||||||
8. | Berapa lamakah tempoh masa pengeluaran invois? | |||||||||||||||||||||||||
Invois akan dikeluarkan apabila Pesanan Tempatan (L.O) telah diterima dari unit berkaitan dalam tempoh 2 minggu. | ||||||||||||||||||||||||||
9. | Berapa lamakah tempoh masa resit yang akan dikeluarkan? | |||||||||||||||||||||||||
Bagi bayaran melalui EFT, ianya akan mengambil masa dalam tempoh 3 minggu hingga satu bulan kerana bayaran yang dibuat melalui EFT perlu menunggu laporan dari pihak JANM/Bank yang dikemukakan setiap 2 minggu sekali kepada Unit Kewangan Jabatan. | ||||||||||||||||||||||||||
10. | Perihal Bayaran di Baucer Bayaran? | |||||||||||||||||||||||||
Setiap bayaran yang dilakukan melalui EFT wajib meletakan nombor invois Jabatan untuk rujukan Jabatan (G2G) dan tujuan bayaran. | ||||||||||||||||||||||||||
11. | Apakah maklumat perihal di dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu di catatkan? | |||||||||||||||||||||||||
Perihal bayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu dicatatkan bagi tujuan pembayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) perlu spesifik bagi tujuan bayaran. Cth: Pendaftaran SKM Pentauliahan, Pembaharuan dll. | ||||||||||||||||||||||||||
12. | Bilakah tarikh akhir bagi penghantaran Borang Claim TNT? | |||||||||||||||||||||||||
Tarikh akhir penghantaran Borang Claim TNT adalah sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya. | ||||||||||||||||||||||||||
13. | Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Claim TNT? | |||||||||||||||||||||||||
Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:- a) Kenyataan TNT yang lengkap (Link borang); b) Slip gaji @ perakuan gaji (Jelas dan mudah dibaca); c) Penyata Touch N Go / Salinan asal resit tol; d) Salinan IC; e) Salinan akaun bank (Jelas dan mudah dibaca); f) Surat arahan tugasan; dan g) Resit asal (Hotel/Teksi/Bas/Keretapi/Kapal Terbang/ Grab). (* Setiap dokumen hendaklah diakui sah oleh pegawai yang melantik) |
||||||||||||||||||||||||||
14. | Berapa kali tuntutan perjalanan (Borang Claim TNT) boleh dikemukan dalam sebulan? | |||||||||||||||||||||||||
Tuntutan perjalanan (Borang Claim TNT) boleh dikemukakan hanya sekali (1) sahaja merangkumi semua tugasan dalam bulan berkenaan. Jabatan berhak untuk menolak tuntutan kedua dan seterusnya bagi penugasan pada bulan yang sama. | ||||||||||||||||||||||||||
15. | Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk membuat semakan status tuntutan? | |||||||||||||||||||||||||
Pegawai yang boleh dihubungi ialah Unit Kewangan, Bahagian KPSM, Ibu Pejabat JPK Putrajaya di talian (03-88865512). | ||||||||||||||||||||||||||
16. | Adakah kadar TNT Kerajaan dan Swasta sama? | |||||||||||||||||||||||||
TIDAK. Kadar TNT Kerajaan dan Swasta adalah berbeza. | ||||||||||||||||||||||||||
17. | Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Borang Claim TNT lewat dihantar? | |||||||||||||||||||||||||
Kelewatan menghantar Borang Claim TNT mesti disertakan dengan surat tunjuk sebab dan perlu mendapat kelulusan KP, JPK. | ||||||||||||||||||||||||||
18. | Adakah pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian? | |||||||||||||||||||||||||
Belum Sedia. |
1. | Bagaimana untuk mendapatkan statistik keluaran JPK? | |
Statistik JPK boleh diperoleh menerusi pautan pada Menu Profil Jabatan > Statistik di www.dsd.gov.my Bagi permohonan statistik yang lebih terperinci boleh menghantar surat permohonan ke Unit Perancangan Dasar, Bahagian Perancangan Pembangunan & Antarabangsa (BPPA) JPK Putrajaya. |
1. | Apakah yang dimaksudkan dengan NOSS? | |||||||||||||||||||||||||
National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) adalah dokumen yang menggariskan kompetensi minimum yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai kompetensi tersebut. Kompetensi yang diklusterkan dalam setiap NOSS dikenali sebagai Unit Kompetensi atau Competency Unit (CU). | ||||||||||||||||||||||||||
2. | Apakah yang dimaksudkan dengan National Competency Standard (NCS)? | |||||||||||||||||||||||||
National Competency Standard (NCS) atau Standard Keterampilan Kebangsaan (SKK) adalah dokumen yang menggariskan kompetensi generik yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi pelbagai bidang pekerjaan. Ia boleh merentasi beberapa sektor atau bidang pekerjaan yang berkaitan serta tidak mempunyai tahap tertentu. | ||||||||||||||||||||||||||
3. | Apakah ciri-ciri di antara NOSS dan NCS? | |||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah yang dimaksudkan dengan Core Abilities (CA)? | |||||||||||||||||||||||||
Core Abilities (CA) adalah satu dokumen yang menggariskan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan. Salah satu fungsi Core Abilities (CA) adalah nilai tambah kepada keperluan latihan berasaskan NOSS. Bagi tujuan pelaksanaan program Core Abilities (CA) yang lebih efektif, boleh merujuk kepada Panduan Pelaksanaan NCS-Core Abilities (JPK/07/NCS-CORE ABILITIES (P1)). |
||||||||||||||||||||||||||
5. | Bagaimanakah cara membuat permohonan Cadangan Pembangunan NOSS? | |||||||||||||||||||||||||
Permohonan Cadangan Pembangunan NOSS boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) dengan mengisi Borang Cadangan Pembangunan NOSS (JPK/NOSS/1008) yang boleh dimuatnaik di URL Borang Mohon Pembangunan NOSS Pemohon boleh juga mendapatkan Panduan Pengisian Borang Cadangan Pembangunan NOSS serta Carta Alir Permohonan Standard Pekerjaan melalui pautan berikut: a) Panduan Pengisian Borang Cadangan Pembangunan NOSS |
||||||||||||||||||||||||||
6. | Siapakah yang terlibat dalam pembangunan NOSS? | |||||||||||||||||||||||||
NOSS dibangunkan oleh kumpulan pakar, pengamal industri dan pekerja mahir dalam bidang pekerjaan masing-masing mengikut industri berkaitan dengan bimbingan seorang fasilitator yang terlatih dan bertauliah. |
1. | Bagaimanakah cara pembelian NOSS dilaksanakan? Adakah NOSS boleh dibeli secara online? | |
Boleh. NOSS boleh dibeli secara online dengan mengkuti langkah-langkah berikut atau dapatkan panduan “Langganan NOSS online” dalam laman web MySPIKE: |
||
2. | Apakah langkah-langkah sebelum membuat pembelian NOSS? | |
Nama dan kod NOSS hendaklah ditentukan/disemak terlebih dahulu sebelum membuat pembelian NOSS dengan merujuk Daftar Standard terkini di laman web JPK (www.dsd.gov.my) atau melalui sistem MySPIKE di menu utama dan klik pada Daftar Standard. |
1. |
Bagaimanakah cara mendapatkan Written Instructional Materials (WIM)? a) Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) perlu membuat semakan terhadap senarai Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) terkini yang telah dibangunkan oleh JPK melalui capaian berikut: Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) pada menu "Senarai WIM Yang Telah Dibangunkan" atau Senarai WIM Yang Telah DiBangunkan hingga 2022 b) Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) boleh mendapatkan WIM bagi program seperti disenaraikan dengan 3 kaedah iaitu:
WIM INI TIDAK BOLEH DIJUAL. |
|
2. |
Bagaimanakah cara memohon pembangunan WIM? Permohonan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) secara surat atau email. |
|
3. |
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan tatacara atau kaedah membangunkan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran (SPLK) berdasarkan NOSS dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)? Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (SPKTEVT) melalui surat atau email. |
Senarai cadangan yang dipaparkan ini adalah cadangan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Setiap cadangan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Bil | Pengguna | Pendapat/Cadangan/Pertanyaan | Maklumbalas/Tindakan |
1 |
RAHIMAH ISHAK |
Saya sebagai majikan berminat untuk menyertai program SLDN. Bagaimanakah cara untuk menyertainya? Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat saya sebagai syarikat SLDN. Apakah syarat yang perlu saya penuhi?
|
Terdapat beberapa kaedah bagi majikan yang berminat dalam program SLDN terutamanya bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan/atau ditauliahkan sebagai Syarikat Latihan SLDN. Antara kaedahnya adalah; |
2 | MOHD NASARUDDIN BIN HAMDAN | Bagaimana saya perlu memaklumkan pihak JPKberkenaan penukaran alamat email Pusat Bertauliah yang baru? |
Sila maklumkan petukaran emel tersebut melalui surat ke: Unit Pentauliahan |
3 | MOHD.HAFIZ BIN GANI | Saya bekerja di sektor kerajaan dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3. Adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) sambil bekerja? |
Sila rujuk Pusat Bertauliah yang menawarkan program yang berkaitan. Semakan maklumat Pusat Bertauliah boleh dibuat melalui ; |
4 | DEWI SULVIYANTI SAMSI | Di mana saya boleh rujuk untuk mendapatkan senarai Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) yang telah ditauliahkan? |
Untuk maklumat PP-PPT, sila rujuk/hubungi : 1. Bahagian DPIN 2. Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya |
5 | WELLY YATAM | Saya merupakan Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) yang telah dilantik oleh pihak JPK. Soalan saya, bolehkah jika saya menjadi PP-PPT sekiranya bukan dalam bidang saya? | Pelantikan PP-PPT hanya berdasarkan bidang yang ditauliahkan kepada personel tersebut sahaja selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa. |
6 | AHMAD FADZILLAH BIN HASSAN | Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, adakah SKM setaraf dengan sijil-sijil lain di Malaysia? |
Merujuk Kerangka Kelayakan Malaysia yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setara dengan Peringkat Sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana IPTA, manakala DKM adalah setara dengan peringkat Diploma. Sila rujuk rajah yang berikut untuk penjelasan lanjut:
|
7 | MOHD ARIFSHARHAN |
Saya merupakan graduan dari ADTEC,dalam bidang automotif dan sedang berkhidmat di sektor awam sebagai Pemeriksa Kereta Motor. Isu yang saya hadapi adalah; 2. Adakah perkataan "diploma" daripada graduan Politeknik lebih diutamakan tetapi graduan kemahiran di anak tirikan oleh pihak JPA sedangkan kelayakan adalah Diploma. |
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang dikeluarkan oleh JPK telah diktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam disesuaikan mengikut skim perkhidmatan (seperti yang tertera di bawah ini yang boleh diakses melalui laman web: https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php.) Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016, terdapat 64 skim perkhidmatan yang telah diperuntukkan syarat kelayakan SKM (Tahap 2 dan Tahap 3), manakala 2 skim sahaja diperuntukan kelayakan DKM dan DLKM sebagai syarat lantikan iaitu skim Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29) dan Penolong Pegawai Latihan (E29). JPK juga telah mengemukakan cadangan ke Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya memperluaskan lagi peruntukan kelayakan DKM dan DLKM sebagai salah satu syarat lantikan bagi mana-mana skim perkhidmatan yang bersesuaian sepertimana 64 skim perkhidmatan yang telah memperuntukkan syarat kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3. Namun begitu, peluasan bagi kelayakan skim ini perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Perkhidmatan skim masing-masing. Merujuk aduan dikemukakan, didapati Diploma Teknologi Automatif yang dimaksudkan bukan dikeluarkan oleh JPK dan rujukan ke Jabatan Tenaga Manusia (JTM) adalah perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan ulasan lanjut berkenaan pengiktirafan diploma teknologi ini. |
8 | NURUL AZLIN DARMIRA BINTI ZAINUDIN | Saya ingin bertanya, jika pusat latihan saya hanya mempunyai satu atau dua orang pelajar, bolehkah kami membuka kelas dan menjalankan latihan untuk pelajar itu? |
Bagi pusat latihan kemahiran yang telah mendapat pentauliahan program persijilan SKM (Pusat Bertauliah), bilangan pengambilan pelatih yang dibuat perlu merujuk kepada kapasiti yang dinyatakan di dalam Sijil Akuan Pentauliahan. Tiada bilangan minimum pelatih yang ditetapkan bagi satu-satu kelas/kumpulan, tetapi Pusat Bertauliah perlu memastikan jumlah pelatih bagi program tersebut pada satu-satu masa adalah tidak melebihi kapasiti yang telah diluluskan. |
9 | NURUL MAKHTAR | Saya ingin bertanyakan cara untuk mendaftar pelajar secara online. Ini kerana saya tidak dapat mendaftar pelajar saya dalam eSkm. Mohon bantuan dan penerangan sewajarnya. | Semakan telah dibuat dan didapati data Pusat Bertauliah (PB) berkenaan masih belum wujud didalam sistem eSKM. Oleh yang demikian, PB adalah dimohon untuk mendaftar terlebih dahulu di sistem eSKM dan hubungi Bahagian MOSQ untuk pengesahan secara atas talian (approve-online) permohonan tersebut bagi membolehkan PB mula mendaftar calon. Maklumat lanjut berkaitan panduan pendaftaran sebagai Pusat Bertauliah Baharu (secara online) boleh dirujuk melalui laman web JPK di Panduan Persijilan Secara Manual |
10 | MICHAL GAMBOL | Saya ingin tahu berapa lamakah tempoh untuk pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia? | Jabatan tidak menetapkan tempoh tetap untuk pengeluaran sijil SKM, namun berdasarkan kepada proses manual sedia ada, tempoh yang dapat dicapai ialah 3 bulan bagi permohonan yang lengkap dan tiada kuiri. |
11 | ANIS BINTI AYUB | Saya ingin bertanya jika terdapat sebarang kursus yang dinamakan Tourist Medicine? | Nama Program dan Kod Program bagi program-program di bawah PersijilanKemahiran Malaysia boleh disemak melalui Daftar NOSS yang boleh dimuat turun melalui laman web JPK atau melalui url : http://www.nvtc.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/Daftar%20NOSS%20version%2024%20Mei%202016.pdf Setelah mengenalpasti program yang berkaitan, puan boleh menyemak Penyedia Latihan yang menawarkan program tersebut melalui; 1. Semakan online : 2. Sila hubungi pegawai berkaitan untuk maklumat lanjut; Pn. Zaidah Binti Rakon |
12 | rahimah ishak | Saya telah menghantar borang permohonan PPT pada penghujung ogos, bilakah saya boleh dapat tahu status permohonan saya tersebut? | Semakan boleh dibuat melalui Unit PPT, JPK Cyberjaya seperti di bawah;
PUAN ROHAIZAH BINTI MOHAMAD TAAIN @ TAYEN |
13 | SITI | Saya mempunyai rakan berumur 22 tahun yang tidak mempunyai sebarang sijil pendidikan tetapi sangat berminat dalam bidang kemahiran. Adakah sebarang cara yang membolehkan rakan saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran? | Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1, SKM Tahap, SKM Tahap 3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5. Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah : - Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka) Maklumat Pusat Bertauliah dan program yang ditawarkan boleh disemak melalui url : |
14 | HASBULLAH AHMAD | Dengan memiliki Diploma Kemahiran Malaysia, adakah saya layak untuk menyambung pengajian ke IPTA-IPTA yang lain? |
Merujuk Kerangka Kelayakan Malaysia yang dikeluarkan oleh MQA, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setara dengan Peringkat Sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana IPTA, manakala DKM adalah setara dengan peringkat Diploma. Untuk maklumat lanjut bagi syarat kelayakan masuk ke institut pengajian awam/swasta, sila rujuk laman web www.mqa.gov.my atau hubungi IPTA/IPTS yang berkaitan. |
15 | JANET SIEW | I'd like to know if is going to offer the course: Kejururawatan dan Emergency Medical-Paramedic? | The Department of Skills Development (DSD) is one of the agencies under the Ministry of Human Resources Malaysia that is responsible for the co-ordination and control of skills training in Malaysia. Training programmes for Malaysian Skills Certification is carried out and offerred by the Accredited Centres which (skill training institutions recognised by the DSD). Candidates may refer to the NOSS Registry and List of Accreditation Centres from the link given below to obtain information regarding accredited centres and the latest skills programmes recognised by the DSD.
NOSS Registry: List of Accreditation Centre: |
16 | NURUL MAKHTAR | Saya ingin bertanya, berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk saya mendapat username dan password bagi ESKM? Ini kerana saya telah menghantar permohonan lebih dari 2 minggu. Harap pihak Tuan/Puan dapat berikan kerjasama yang sangat baik. | Bagi proses permohonan biasa, permohonan keahlian tidak mengambil masa lama untuk diluluskan dan emel akan dihantar secara manual dan bukan automatik melalui sistem. username dan kata laluan yang dimohon melalui permohonan keahlian tidak boleh digunakan untuk membuat pendaftaran pelajar. Ia hanya untuk membuat permohoan Pusat Bertauliah baharu. Setelah diproses oleh pegawai dari Unit Pentauliahan, Pusat Bertauliah akan diberi username dan kata laluan yang boleh digunakan untuk membuat pendaftaran pelajar. Untuk maklumat lanjut sila berhubung melalui; Pn. Anisah Binti Yaacob |
17 | STEPHANIE | Salam sejahtera, adakah semakan kapasiti pelatih mengikut tahap dan program dapat dilakukan secara atas talian? Sekiranya boleh, mohon panduan untuk berbuat demikian. Sekiranya tidak, mohon diberikan nombor telefon pegawai yang boleh dihubungi untuk membuat semakan tersebut. Terima kasih. | Kapasiti pelatih yang diluluskan adalah seperti yang dinyatakan pada Sijil Akuan Pentauliahan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Pn. Zaidah Binti Rakon |
Industry Lead Body (ILB)
1. | Apakah fungsi Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS)? | |
Bahagian yang menjalinkan aktiviti hubungan industri dan kerjasama strategik antara Jabatan dan Organisasi khususnya pihak majikan dan industri. Bahagian ini mengurus selia urusan kerjasama hubungan dua hala mengikut bidang masing-masing. Terbahagi kepada 2 proses utama iaitu Kerjasama Strategik dan Badan Peneraju Industri /Industry Lead Body (ILB). | ||
2. | Apakah fungsi Badan Peneraju Industri / Industry Lead Body (ILB)? | |
Badan Peneraju Industri /Industry Lead Body (ILB) merupakan organisasi pemacu sesebuah sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK seperti senarai di berikut (Muat Turun Senarai ILB) |
BAHAGIAN PERANCANGAN, PEMBANGUNAN & ANTARABANGA (BPPA)
1. | Bagaimana untuk mendapatkan statistik keluaran JPK? | |
Boleh rujuk pautan di: |
||
2. | Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat mengenai Urusan Pemangkuan Berasaskan Kriteria Kecemerlangan Bagi Skim Perkhidmatan PLV dan PPLV, Perkhidmatan Gunasama Persekutuan? | |
Boleh rujuk pada pautan: https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/kriteria-kecemerlangan atau menghubungi urusetia KC di bawah Bahagian Perancangan, Pembangunan & Antarabangas (BPPA) atau e-mel |
||
3. | Apakah dokumen berkaitan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (AKTA 652) di bawah JPK? | |
Boleh rujuk pada pautan: http://www.federalgazette.agc.gov.my/eng_main/main_carian_akta.php?akta=556&tarikh_pewartaan1=&tarikh_pewartaan2=&Cari=Search |