JPK STAFF     

2025

Pemakluman Permohonan Pendaftaran Bagi Calon Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Bagi Bidang Battery Electric Vehicle (BEV) Diagnostic And Rectification (G452-010-3:2023)

There is no translation available. This contents only available in Malay version.

Muat Turun Hebahan

save Pemakluman Bidang BEV Secara PPT Dibenarkan Melalui Penilaian Amali Sahajaemakluman Bidang BEV Secara PPT Dibenarkan Melalui Penilaian Amali Sahaja  

 

Ruj. : JPK.700-2/7/18(21)
Tarikh : 26 Januari 2024

 

PEMAKLUMAN PERMOHONAN PENDAFTARAN BAGI CALON PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) BAGI BIDANG BATTERY ELECTRIC VEHICLE (BEV) DIAGNOSTIC AND RECTIFICATION (G452-010-3:2023)

Salam Kemahiran,


Battery Electric Vehicle (BEV) merupakan bidang teknologi berisiko tinggi dan berkeperluan khusus yang melibatkan sistem voltan tinggi, pengurusan haba, serta komponen elektronik kompleks yang menuntut kemahiran teknikal secara langsung. Pengendalian tanpa kemahiran dan keterampilan yang mencukupi boleh mengundang risiko seperti renjatan elektrik, letupan bateri, atau kebakaran, yang membahayakan nyawa dan harta benda.


Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa mulai 26 Januari 2024 permohonan pendaftaran bagi calon persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi bidang Battery Electric Vehicle (BEV) Diagnostic And Rectification (G452-010-3:2023) adalah dihadkan secara Penilaian Amali sahaja dan tidak dibenarkan secara Penilaian Portfolio.

 

Sehubungan itu, permohonan pendaftaran calon PPT bagi bidang ini hendaklah mengambil kira syarat dalam pemakluman ini dan yang telah ditetapkan dalam panduan yang sedang berkuat kuasa.

 

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia