2025 - Tahun Memperkukuh Wibawa TVET Negara
2025 | TAHUN MEMPERKUKUH WIBAWA TVET NEGARA
Tahun 2025 mencatat satu fasa penting dalam landskap pembangunan kemahiran negara apabila Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK KESUMA) terus melakar pencapaian strategik yang menyeluruh, berimpak tinggi dan berpaksikan industri.
Di bawah kepimpinan unggul, JPK KESUMA memperkukuh agenda TVET nasional melalui:
▪️ Kelulusan dan pemerkasaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
▪️ Pengembangan pesat Akademi Dalam Industri, pusat dan program bertauliah
▪️ Kejayaan cemerlang di pentas WorldSkills Malaysia, ASEAN dan Asia
▪️ Pembangunan berterusan kepakaran pengajar, penilai dan tenaga mahir
▪️ Pelaksanaan inisiatif TVET MADANI, Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI
▪️ Penambahbaikan tadbir urus melalui kelulusan Pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (AKTA 652)
Dengan 96% program TVET berkesan, penyertaan industri yang semakin kukuh serta keyakinan rakyat yang meningkat, JPK KESUMA terus membuktikan komitmen sebagai peneraju TVET negara di bawah payung Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
JPK KESUMA melangkah ke hadapan dengan kepimpinan, integriti dan aspirasi selain membina bakat, memperkasa industri dan terus memacu kemakmuran negara.
REVOLUSI TVET
Mengupayakan Kompetensi. Memacu Pertumbuhan Negara.
