Pemakluman Peralihan Penggunaan Modul Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Daripada Sistem Myspike Sedia Ada Kepada Modul Baharu PPT Sistem MySPIKEv2
Ruj. : JPK.700-2/7/1 JLD.4 (3)
Tarikh : 28 Januari 2026
PEMAKLUMAN PERALIHAN PENGGUNAAN MODUL PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) DARIPADA SISTEM MySPIKE SEDIA ADA KEPADA MODUL BAHARU PPT SISTEM MySPIKEv2
(https://ppt.tvet.gov.my/)
Salam TVET Kemahiran,
Sebagai sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan perkhidmatan, pelaksanaan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kini dilaksanakan melalui platform baharu, sistem MySPIKEv2. Penambahbaikan ini bertujuan untuk menyediakan platform yang lebih bersepadu, cekap dan mesra pengguna,selaras dengan keperluan semasa serta komitmen berterusan Jabatan dalam memperkukuh kualiti perkhidmatan.
Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Mac 2026 permohonan pendaftaran baharu bagi calon persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) akan dibuka melalui sistem MySPIKEv2 (https://ppt.tvet.gov.my/). Serentak dengan itu, sistem MySPIKE sedia ada pula akan ditutup secara rasmi. Namun, permohonan berbayar yang dikemukakan pada atau sebelum 28 Februari 2026 di dalam sistem MySPIKE sedia ada akan terus diproses sehingga calon selesai diverifikasi atau dipersijilkan.
Sehubungan dengan itu juga, permohonan pendaftaran calon PPT bermula 1 Mac 2026 hendaklah mematuhi syarat dan mengikut kaedah pelaksanaan yang telah ditetapkan dalam panduan baharu yang berkuat kuasa serentak pada tarikh tersebut.
Sekian, terima kasih.
"[R]EVOLUSI TVET : MENGUPAYAKAN KOMPETENSI, MEMACU PERTUMBUHAN NEGARA"
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Pekerja Kesuma Bangsa"
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia