JPK STAFF     

2025

Makluman Permohonan Calon PPT Bidang Perubatan Tradisional Dan komplementari (PT & K)

There is no translation available. This contents only available in Malay version.

 

Merujuk kepada surat bertarikh 18 November 2025 [KKM.600-24/4/2 Jld.4 Bil.(1)] dari Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT & K), Kementerian Kesihatan Malaysia dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2027 hanya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi bidang berikut diperoleh melalui latihan di Pusat Bertauliah sahaja akan diterima bagi tujuan pendaftaran sebagai Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT & K) :

  • Urut Terapeutik dan Penjagaan (MP-082-4:2012)
  • Terapi Bekam Angin (MP-110-3:2011)
  • Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare (Q869-002-4:2016)
  • Perawatan Ruqyah (Q869-004-4:2017)

Sehubungan itu, permohonan calon baharu Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi program di atas tidak akan diproses mulai 1 Februari 2026. Bagi individu yang telah berdaftar sebagai calon PPT dalam bidang di atas, tempoh diberikan sehingga 30 Jun 2026 untuk melengkapkan keseluruhan proses penilaian.