JPK STAFF     

2025

Penamatan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Secara Dalam Talian Bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Dan Akademi Dalam Industri (ADI) Berkuat Kuasa Mulai 28 Januari 2026

There is no translation available. This contents only available in Malay version.

PEMAKLUMAN

PENAMATAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN BAGI SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) DAN AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADI) BERKUAT KUASA MULAI 28 JANUARI 2026.

Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (Online) adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dilaksanakan oleh semua Pusat Bertauliah (PB) sehingga dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, semua Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi ketetapan berikut:

  1. Pelaksanaan PdP secara dalam talian bagi pendaftaran pelatih baharu adalah tidak dibenarkan.
  2. Pusat Bertauliah hendaklah menyelesaikan pelatih sedia ada yang sedang menjalani PdP secara dalam talian sehingga selesainya proses penilaian dan verifikasi PPL.
  3. Sebarang permohonan baharu dan pembaharuan PdP secara dalam talian tidak akan diproses sehingga dimaklumkan kelak oleh Jabatan.

Semua Pusat Bertauliah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta penilaian secara BERSEMUKA mengikut garis panduan, prosedur dan ketetapan sedia ada yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

28 Januari 2026