Permohonan Sijil Gantian secara dalam talian melalui Sistem MySPIKE
Pelaksanaan Permohonan Sijil Gantian bagi SKM/DKM/DLKM/PC Secara Dalam Talian
Pemilik Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Penyata Pencapaian (PC) kini boleh mengemukakan permohonan Sijil Gantian secara dalam talian melalui Sistem MySPIKE. Permohonan Sijil Gantian boleh dibuat sekiranya sijil anda:
1) Mengandungi kesilapan cetakan; atau
2) Mengalami kerosakan fizikal; atau
3) Hilang
Permohonan boleh dikemukakan terus melalui akaun MySPIKE masing-masing tanpa perlu hadir secara fizikal atau mengisi borang manual. Log masuk ke akaun MySPIKE anda dan kemukakan permohonan dengan mudah melalui sistem yang disediakan.Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan persijilan kemahiran secara digital bagi memastikan proses yang lebih cepat, telus dan mesra pengguna.
Panduan Pengguna Permohonan Sijil Gantian (muat turun panduan) - kemaskini 12 Februari 2026