Calendar Activities
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan FGV Holdings (FGV) terus memperkukuh kerjasama strategik menerusi Sesi Libat Urus Pengurusan Kanan Bahagian Perladangan FGV bersama Pengurusan Tertinggi JPK. Delegasi JPK diketuai oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Bin Md. Ali.
Sesi ini diadakan pada 6 Januari 2026 di Nexus Resort Karambunai, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan hala tuju (way forward) pelaksanaan latihan kemahiran yang lebih berfokus kepada keperluan industri perladangan. Sesi libat urus ini turut disusuli dengan Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Akademi Dalam Industri (ADI) di UiTM Cawangan Sabah kepada FGV sekali gus menzahirkan komitmen berterusan industri dalam memperkasa ekosistem latihan kemahiran berteraskan industri.
Tahniah dan syabas kepada pihak FGV atas kejayaan memperoleh Pentauliahan ADI sebagai Syarikat Latihan Dalaman bagi melaksanakan program-program kemahiran yang telah mematuhi Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA).
Pencapaian ini membuktikan kesungguhan FGV dalam membangunkan ekosistem latihan yang berstruktur, berstandard dan selari dengan keperluan sebenar industri.
Link Facebook:- https://www.facebook.com/share/p/1T56Xh8aVA/