Calendar Activities
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀 𝐔𝐏-𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔
Mesyuarat Induk kali kedua bagi Program Jerayawara UP-TVET Bersama Komuniti Sekolah 2026 telah diadakan di ADTEC Kampus Sandakan bagi membincangkan status terkini serta pembentangan perancangan program yang bakal dilaksanakan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Ts. Peter Wong. Turut hadir dua (2) orang pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah & W.P Labuan, wakil ADTEC Kampus Sandakan, wakil ADTEC Kampus Kota Kinabalu (secara dalam talian), Pegawai Pejabat Parlimen Batu Sapi serta Pegawai UPPM Sekong dan UPPM Karamunting.Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan pelaksanaan program, penglibatan komuniti sekolah serta kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi impak maksimum kepada masyarakat setempat.
Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik serta memperkasa agenda TVET di peringkat komuniti.
Pautan Facebook:- https://www.facebook.com/share/p/1EhmtPxUeS/