Calendar Activities
06 Mac 2026 - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Pengukuhan Pasaran Buruh Negeri Sabah 2026 di Shangri-La Tanjung Aru, Sabah. Bengkel ini bertujuan untuk membangunkan Pelan Tindakan Strategik yang komprehensif bagi memperkukuh struktur, kecekapan dan daya saing pasaran buruh Negeri Sabah Tahun 2026 melalui penilaian situasi semasa, isu dan cabaran pasaran buruh serta keperluan masa hadapan yang berasaskan pengumpulan maklumat dan pendekatan strategik.
Bengkel ini melibatkan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi di bawah Kementerian, agensi Kerajaan Negeri Sabah, institusi pengajian tinggi, industri dalam pasaran buruh Negeri Sabah. Pelaksanaan bengkel ini akan merangkumi sesi pembentangan, perkongsian kepakaran, perbincangan kumpulan berfokus serta cadangan strategik yang praktikal dan berimpak tinggi ke arah pembangunan Pelan Tindakan Pengukuhan Pasaran Buruh Negeri Sabah Tahun 2026 secara menyeluruh dan mampan.
Bengkel ini turut dihadiri oleh YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan YB Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Ini melambangkan sinergi antara kerajaan Persekutuan dan Negei Sabah khususnya memastikan pembangunan Pelan Tindakan Strategik ini dapat mengukuhkan Pasaran Buruh Negeri Sabah.
Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Sabah & Labuan turut serta dalam bengkel ini dan telah diwakili oleh Pn. Nadiah Tulakmar binti Kamarudin, Penolong Kanan Pengarah.
Pautan Facebook:- https://www.facebook.com/share/p/1DcKhRM9AU/