JPK STAFF     

Calendar Activities

Calendar Activities

UNDANGAN KE MAJLIS ISTIQBAL NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 1447H/2026M
Friday, 06 March 2026,  5:00 -  9:00
Hits : 246

𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗤𝗕𝗔𝗟 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

KOTA KINABALU – Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab bersama isteri, YBhg. Datin Dr. Khairiah binti Abdullah menghadiri Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Masjid Negeri Sabah pada 06 Mac 2026 (Jumaat).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, selain kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah serta barisan pemimpin negeri dan Persekutuan.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf, serta bicara Al-Quran yang memberi penghayatan terhadap peristiwa Nuzul Al-Quran dan kepentingannya dalam kehidupan umat Islam.

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah & W.P Labuan telah menghadiri undangan tersebut yang turut diserikan dengan majlis berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah.

 

Pautan Facebook:-https://www.facebook.com/share/p/1EMwA1Njgp/