Calendar Activities
To Thursday, 12 February 2026 - 5:00
Program Kembara (R)Evolusi TVET Dan Sambutan Hari Eksplorasi TVET 2026 diadakan bermula pada 11 hingga 12 Februari 2026 (Rabu hingga Khamis) bagi mempromosikan TVET kepada masyarakat dengan kerjasama agensi – agensi TVET. Pelaksanaan program ini selari dengan Kerangka Pelan Strategik Jawatankuasa Kerja Promosi Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang bertindak untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti promosi TVET Malaysia yang mapan diantara kementerian dalam memperluaskan outreach program kepada kumpulan sasar.
Program Kembara ini akan melibatkan seramai 150 orang penunggang motosikal, termasuk pegawai bertugas dan urus setia. Pelaksanaannya turut merangkumi gerak kerja bersepadu merentasi pelbagai agensi TVET di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Tujuh (7) lokasi terpilih bagi pelaksanaan program adalah seperti berikut:
i) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor (Check Point 1);
ii) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor (Check Point 2);
iii) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Bagan Datuk, Perak (Check Point 3);
iv) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung, Sitiawan (Check Point 4);
v) Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak (Check Point 5);
vi) Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia Kampus Taiping, Perak (Check Point 6); dan
vii) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Perak (Check Point 7)
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara amnya dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) khasnya dengan melibatkan kementerian dan agensi awam dan swasta TVET yang berkaitan.
Pautan Media Sosial : https://www.facebook.com/reel/887847143859966