Director General Message

(English version will available soon)

 

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Saya berharap agar segala maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini dapat memenuhi keperluan pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan peranan JPK dalam Pembangunan Tenaga Kerja Mahir.
JPK merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawab merumus, menggalak dan menyelaras strategi dan pembangunan tenaga mahir negara selaras dengan visi dan misi yang diamanahkan. Justeru, pelbagai langkah proaktif yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan dalam mengarusperdana dan menggiatkan lagi pelaksanaan TVET di Malaysia. Ini termasuklah menjadikan TVET sebagai salah satu laluan pilihan utama kepada pelajar lepasan sekolah di Malaysia. Bagi meminimakan jurang kemahiran yang diperlukan industri, hubungan kerjasama di antara industri turut dipertingkatkan terutamanya dengan penubuhan Industry Lead Body (ILB). Penubuhan ILB adalah bagi menyelaras pembangunan standard serta tenaga mahir dalam sesuatu bidang kemahiran supaya standard dan keluaran tenaga mahir di negara ini sentiasa terjamin dan mengikut kehendak industri.
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) turut dikuatkuasakan sebaiknya bagi memastikan pengeluaran tenaga mahir di negara ini sentiasa mematuhi prosidur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan. Sehubungan itu, portal JPK inilah yang akan menjadi antara wadah kepada Jabatan melaksanakan program dan aktiviti seperti di atas. Selain itu juga, Jabatan akan menggunakan platform ini sebagai medium pelaporan pencapaian program dan aktiviti Jabatan kepada umum.
JPK dalam usaha mempergiatkan latihan berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi meningkatkan kebolehkerjaan. Usaha ini adalah selari dengan perkembangan IR 4.0 yang sedang rancak berlaku di seluruh dunia. Ianya menuntut perubahan semua pihak agar seiring transformasi digital, dapat terus kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden. Pencapaian ini tidak akan terhasil tanpa usaha gigih dan komitmen seluruh rakyat Malaysia.
Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan ke arah pembangunan portal ini. Orang ramai turut dialukan untuk mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan portal JPK. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan terus melalui ruangan “Maklumbalas & Aduan” yang terdapat di portal ini.

Sekian, Terima Kasih.


Zaihan Bin Shukri
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
Jabatan Pembangunan Kemahiran

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…