Soalan Lazim PPT

Berikut senarai Soalan Lazim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) :-

Soalan Lazim PPT - Persijilan

PERSIJILAN

 1.   Bagaimana saya hendak menyemak status persijilan saya?

Semakan status sijil (SKM/DKM/DLKM/PC/NCS) boleh dilakukan dalam sistem MySPIKE pada pautan berikut:

https://www.myspike.my/index.php?r=skm%2Fform-semak-skm

 2.   Adakah SKM yang diperolehi melalui kaedah PPT ini diiktiraf oleh Kerajaan?

YA, Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM/DKM /DLKM/PC/NCS) melalui kaedah PPT diiktiraf oleh Kerajaan. Nilai taraf yang diberikan adalah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan mengikut Skim Perkhidmatan.

 3.   Berapa lamakah tempoh proses cetakan sijil dilakukan?
   

Tempoh proses cetakan sijil adalah dalam masa 60 hari bekerja bermula daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT (JPK/PPT/6/6/2014) yang lengkap diterima.

 4.   Bagaimanakah saya boleh memohon terjemahan sijil saya?
   

Permohonan terjemahan sijil boleh dibuat melalui BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01. Terjemahan yang disediakan adalah dalam versi Bahasa Inggeris sahaja. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

 5.   Bagaimanakah cara untuk saya memohon membetulkan kesilapan pada sijil yang telah saya terima?
   

Permohonan pembetulan sijil boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun pada pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

Bagi cetakan sijil yang disebabkan oleh kesilapan JPK, tiada bayaran dikenakan. Bayaran RM20 akan dikenakan sekiranya kesilapan cetakan daripada pihak pemohon.

 6.   Bagaimanakah cara untuk saya memohon semula sijil bagi menggantikan sijil saya yang telah hilang?

Permohonan semula bagi menggantikan sijil hilang boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

Bayaran sebanyak RM55 dikenakan bagi setiap permohonan sijil hilang.

 7.   Bagaimanakah saya ingin menukar alamat pengeposan sijil?
   

Penukaran alamat pengeposan boleh dibuat dengan mengemaskini maklumat pengguna di dalam sistem MySPIKE pada bahagian akaun pengguna. Sekiranya permohonan melalui agensi atau PB-PPT, penghantaran sijil akan dipos ke alamat agensi atau PB-PPT.

 8.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan slip pengesahan persijilan jika sijil saya dalam proses cetakan?
   

Slip pengesahan persijilan boleh disemak melalui pautan: https://www.myspike.my/index.php?r=skm%2Fform-semak-skm dari semasa ke semasa. Slip tersebut boleh dimuat turun atau dicetak.

 9.   Berapa lamakah proses pengeluaran sijil selepas sesi verifikasi PPL-PPT?
   

Tempoh proses cetakan sijil dalam masa 60 hari bekerja daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT (JPK/PPT/6/6/2014) lengkap diterima.

 10.   Maklumat persijilan saya tiada di dalam MySPIKE. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila adukan perkara ini di dalam ruangan Aduan Pengguna di dalam sistem MySPIKE.

 11.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan semula sijil saya setelah hasil semakan mendapati sijil berkenaan telah dipulangkan semula kepada pengirim?

Calon boleh ajukan perkara ini beserta maklumat persijilan (nama calon, no kad pengenalan, no telefon dan kod program) di dalam ruangan Aduan Pengguna di dalam sistem MySPIKE.

 12.   Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan sijil ganti sekiranya sijil yang diterima dalam keadaan rosak?

Pihak JPK berusaha memastikan sijil yang diterima dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun jika sijil yang diterima didapati rosak, permohonan sijil gantian boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

Bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap permohonan sijil rosak.

 13.   Bolehkah saya mendapatkan transkrip bagi sijil yang telah saya perolehi?

TIDAK BOLEH kerana tiada transkrip dikeluarkan bagi persijilan melalui kaedah PPT.

 14.   Bagaimanakah cara untuk saya menghantar semula borang Akuan Penerimaan Sijil?
   

Borang Akuan Penerimaan Sijil boleh dihantar melalui pos, faks dan e-mel seperti yang dinyatakan di dalam borang Akuan Penerimaan Sijil PPT.

15.   Bolehkah sijil saya di cetak menggunakan kod NOSS baharu sekiranya ada perubahan pada kod NOSS di dalam daftar NOSS semasa proses kaunseling, penilaian dan verifikasi?

TIDAK BOLEH. Sijil akan dicetak mengikut kod program yang dipohon sewaktu permohonan.

16.   Bolehkah saya menghantar dokumen Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) yang telah disahkan oleh PPL-PPT melalui e-mel bagi mempercepatkan permohonan pengeluaran sijil?

BOLEH. Mulai 1 Julai 2021, dengan berkuatkuasanya Panduan PPT Edisi Ke-2 Tahun 2021, calon hendaklah menyedia dan menyerahkan satu (1) set LPKT dalam bentuk softcopy yang telah dibuat pembetulan sekiranya ada kepada PPL bagi tujuan pengesahan dan tindakan selanjutnya oleh PPL.

17.   Saya telah memperoleh sijil PC bagi kesemua CU di dalam satu NOSS. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan sijil SKM/DKM/DLKM penuh bagi kod NOSS berkenaan dan adakah bayaran dikenakan bagi proses ini?

BOLEH. Calon yang telah terampil kesemua CU pada tahap program yang berkaitan, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan sijil penuh sama ada SKM/ DKM/ DLKM tanpa dikenakan bayaran dan hendaklah memenuhi syarat umum permohonan sebagai calon PPT dan lulus penilaian LPKT bagi program DKM/ DLKM. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

18.   Bolehkah saya memohon untuk cetakan SKM Tahap 3 sekiranya saya telah menerima DKM melalui kaedah single-tier?

TIDAK BOLEH. Bagi persijilan secara single-tier, hanya satu sijil sahaja yang diberikan iaitu sijil pada tahap tertinggi yang dipohon sekiranya layak. Melalui Persijilan secara Single Tier, Sijil SKM tertinggi yang dikeluarkan adalah merangkumi persijilan tahap rendah yang ada di dalam program berkenaan.

Soalan Lazim PPT - Verifikasi

VERIFIKASI

 1.   Bolehkah calon memohon sendiri sesi verifikasi PPL-PPT tanpa melalui Pegawai Penilai (PP-PPT)?

TIDAK BOLEH. Urusan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT adalah dibawah tanggungjawab PP-PPT.

 2.   Sebagai calon PPT, bolehkah saya mencadangkan nama PPL-PPT untuk sesi verifikasi?
   

TIDAK BOLEH. Penugasan PPL-PPT adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa JPK.

 3.   Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh JPK untuk mengatur sesi verifikasi PPL-PPT?
   

Penugasan sesi verifikasi PPL-PPT dibuat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima dalam sistem.

 4.   Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak dapat hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan?
   

Keputusan verifikasi calon adalah gagal sekiranya calon tidak hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT tanpa sebarang sebab yang munasabah seperti kecemasan, kemalangan dan kematian waris terdekat. Namun perlu memaklumkan kepada JPK beserta dokumen sokongan bagi urusan penangguhan.

 5.   Bolehkah calon/PP-PPT/PPL-PPT memohon pertukaran tarikh atau tempat verifikasi selepas ditetapkan oleh pihak JPK?
   

TIDAK BOLEH kerana penugasan PPL-PPT telah dibuat berdasarkan tarikh dan tempat cadangan daripada PP-PPT.

 6.   Bolehkah sesi verifikasi PPL-PPT dilaksanakan dengan hanya menilai portfolio sahaja tanpa kehadiran calon berkenaan?
   

TIDAK BOLEH. Keputusan verifikasi calon adalah gagal sekiranya calon tidak hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan.

 7.   Adakah PPL-PPT boleh menyimpan portfolio calon?
   

TIDAK BOLEH. Portfolio yang dibangunkan adalah hak milik calon.

 8.   Sekiranya saya telah selesai sesi verifikasi, apakah tindakan saya yang seterusnya?
   

Sekiranya lulus, calon boleh membuat semakan status cetakan sijil dari masa ke semasa melalui sistem MySPIKE. Sekiranya gagal, calon boleh membuat permohonan semula beserta bayaran baharu sekiranya masih berminat.

 9.   Sekiranya saya gagal dalam sesi verifikasi, Bolehkah sesi ulang nilai dilaksanakan.
   

TIDAK BOLEH. Tiada sesi ulang nilai dibenarkan dalam pelaksanaan PPT. Sekiranya calon masih berminat, calon boleh membuat permohonan PPT semula dengan bayaran pendaftaran baharu.

 10.   Sekiranya saya gagal dalam sesi verifikasi penilaian LPKT bagi permohonan DKM atau DLKM, bolehkah saya memohon semula untuk sesi verifikasi penilaian LPKT sahaja?

TIDAK BOLEH. Bagi permohonan secara Penilaian Portfolio, penilaian akan dilaksanakan mengikut komponen sedia ada. Manakala,bagi permohonan secara Penilaian Amali, calon dibenarkan menduduki semula penilaian LPKT tanpa mengulang penilaian amali dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh lulus penilaian amali tersebut.

 11.   Bolehkah PP-PPT mencadangkan nama PPL-PPT dalam permohonan sesi verifikasi?
   

TIDAK BOLEH. Urusan penugasan PPL-PPT adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa JPK.

 12.   Bolehkah PP-PPT hadir semasa sesi verifikasi PPL-PPT?
   

PP-PPT dibenarkan hadir semasa sesi verifikasi PPL-PPT sekiranya diarahkan oleh JPK.

 13.   Apakah tindakan PP-PPT sekiranya calon tidak boleh hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan?
   

PP-PPT perlu memaklumkan ketidakhadiran calon kepada PPL-PPT dan Desk Officer (D/O) yang berkenaan. Ketidakhadiran calon hanya dibenarkan sekiranya melibatkan kes-kes kecemasan (kemalangan, kematian waris terdekat).

 14.   Bolehkah PP-PPT mencadangkan tempat yang bersesuaian, sekiranya calon tidak dapat menetapkan tempat untuk sesi verifikasi?

BOLEH. PP-PPT boleh mencadangkan tempat verifikasi yang bersesuaian.

 15.   Bilakah PP-PPT boleh memohon sesi verifikasi PPL-PPT bagi calon di bawah bimbingannya?

PP-PPT boleh membuat permohonan sesi verifikasi PPL-PPT melalui sistem MySPIKE bagi calon sebaik sahaja sesi penilaian selesai dilaksanakan dan calon bersedia untuk dinilai oleh PPL-PPT. Permohonan hendaklah dibuat sebelum tamat Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan.

 16.   Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT di PB-PPT?

Penyelaras di PB-PPT tersebut. Tugas Penyelaras PB-PPT adalah melantik PP-PPT dan memohon sesi verifikasi PPL-PPT.

Soalan Lazim PPT - Kaunseling dan Penilaian

KAUNSELING DAN PENILAIAN

 1. Apakah perbezaan kaedah penilaian PPT secaraportfolio dan / atau secara amali?

i. Kaedah penilaian PPT secara portfolio adalah satu kaedah untuk menilai keterampilan calon dengan cara mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dibangunkan oleh calon secara dokumentasi berdasarkan kepada pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon mengikut bidang kemahiran yang terkandung di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS. Melalui kaedah ini juga, pengetahuan calon dinilai secara lisan dan kebolehan calon melaksanakan tugas dinilai secara pemerhatian di tempat kerja.

ii. Kaedah penilaian PPT secara amali pula adalah satu kaedah dimana calon dinilai melalui komponen penilaian prestasi dan pengetahuan secara lisan merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang terkandung di dalam NOSS yang berkaitan.

 2.   Siapakah yang akan menugaskan pegawai penilai (PP-PPT) di PB-PPT?

Penyelaras di PB-PPT akan membuat penugasan PP-PPT untuk melaksanakan penilaian calon di PB-PPT.

 3.   Di manakah penilaian amali PPT boleh dilaksanakan?
   

Pelaksanaan PPT secara penilaian amali boleh dilaksanakan di dua (2) tempat iaitu:
i. PB-PPT; dan
ii. Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT).

 4.   Apakah yang perlu calon lakukan selepas menerima Slip Pendaftaran Calon dan Penugasan PP-PPT?
   

Calon perlu menyemak maklumat dan butiran pada slip berkenaan dan menghubungi PP-PPT untuk menentukan sesi kaunseling dan penilaian.

 5.   Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan?
   

Tempoh maksimum penilaian keterampilan adalah satu tempoh maksimum yang dibenarkan bagi melaksanakan proses kaunseling dan penilaian hingga permohonan verifikasi di antara PP-PPT dan calon mengikut tahap persijilan yang dipohon.

 6.   Berapa lamakah Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan yang dibenarkan bagi kaunseling dan penilaian PPT melalui kaedah portfolio untuk persijilan SKM/DKM/DLKM?

Tempoh maksimum penilaian keterampilan bagi kaedah penilaian portfolio adalah seperti berikut:
i. SKM Tahap 1 -  SKM Tahap 3 dan NCS/CU adalah 3 bulan; dan
ii. DKM Tahap 4 - DLKM Tahap 5 adalah selama 6 bulan termasuk penilaian Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT).

 7.   Bolehkah calon memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan oleh JPK?

TIDAK BOLEH. Setiap penugasan PP-PPT yang telah dibuat oleh JPK adalah muktamad.

 8.   Bolehkah calon memohon perlanjutan tempoh sesi kaunseling dan penilaian?
   

TIDAK BOLEH. Tempoh sesi kaunseling dan penilaian adalah tetap seperti yang tertakluk di dalam panduan PPT yang sedang berkuat kuasa.

 9.   Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh calon setelah melengkapkan proses kaunseling dan penilaian?
   

Calon perlu menentukan cadangan tarikh dan tempat seterusnya memaklumkan kepada PP-PPT bagi tujuan sesi verifikasi PPL-PPT.

 10.   Bagaimanakah pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian dilakukan kepada calon PPT?
   

Pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian adalah seperti berikut:
i. Penerimaan slip penugasan PP-PPT oleh calon dan PP-PPT;
ii. PP-PPT atau calon perlu menghubungi antara satu sama lain bagi menentukan tarikh, masa dan tempat untuk mengadakan sesi kaunseling dan penilaian;
iii. PP-PPT membimbing calon semasa sesi kaunseling dan penilaian dalam menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan bidang/ NOSS yang dipohon; dan
iv. PP-PPT perlu mengesahkan dan menilai bukti-bukti keterampilan tersebut dan seterusnya mengesyorkan keputusan terhadap calon.

 11.   Bagaimanakah saya boleh mengetahui PP-PPT yang ditugaskan oleh JPK kepada saya?

Calon akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan di dalam sistem MySPIKE dan boleh membuat semakan maklumat PP-PPT di dalam sistem MySPIKE tersebut dengan merujuk ID permohonan calon.

 12.   Apakah jenis bukti-bukti keterampilan yang boleh dikemukakan semasa penilaian portfolio dilaksanakan?

Jenis bukti yang boleh dikemukakan adalah berasaskan daripada sumber yang diperolehi melalui pengalaman ditempat kerja, kursus-kursus dalam bidang berkaitan, kerja-kerja sukarela dan pencapaian di dalam pertandingan kemahiran.

 13.   Berapa kalikah dibenarkan PP-PPT membuat perjumpaan bagi sesi kaunseling dan penilaian bersama calon PPT untuk program SKM, DKM dan DLKM?

Bilangan perjumpaan untuk sesi kaunseling dan penilaian calon bersama PP-PPT yang layak dibuat tuntutan adalah seperti berikut:
i. Program SKM1 - SKM3, NCS dan CU sebanyak 2 kali perjumpaan; dan
ii. Program DKM/DLKM sebanyak 4 kali perjumpaan jika memilih kaedah penilaian secara portfolio manakala bagi kaedah penilaian secara amali, hanya 2 kali sahaja perjumpaan iaitu dalam membimbing pembangunan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT). Namun begitu perjumpaan boleh dibuat lebih daripada bilangan ini tetapi PP-PPT tidak dibenarkan membuat tuntutan.

 14.   Bolehkah sesi kaunseling dan penilaian dilaksanakan ditempat selain daripada alamat kaunseling di dalam Slip pendaftaran dan Penugasan PP-PPT?

TIDAK BOLEH. Pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian adalah dilaksanakan sepertimana yang tercatat didalam slip permohonan dan penugasan PP-PPT. Semua pertukaran alamat sesi kaunseling dan penilaian adalah tidak dibenarkan.

 15.   Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya PP-PPT yang ditugaskan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sepanjang tempoh kaunseling dan penilaian yang ditetapkan?
   

Calon perlu memaklumkan secara rasmi kepada Desk Officer yang berkenaan atau mengemukakan aduan kepada JPK melalui sistem MySPIKE untuk tindakan selanjutnya.

 16.   Dimanakah tempat yang sesuai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan penilaian?

Tempat kerja calon merupakan tempat yang paling sesuai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan penilaian.

 17.   Adakah saya boleh menukar penilaian portfolio kepada penilaian amali semasa sesi kaunseling dan penilaian dijalankan?

Boleh sekiranya calon adalah dari PB-PPT dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak JPK.

 18.   Sekiranya calon telah menyelesaikan penilaian portfolio lebih awal dari tempoh kaunseling dan penilaian yang ditetapkan, bolehkah PP-PPT memohon verifikasi PPL-PPT kepada JPK?

Boleh. 

Soalan Lazim PPT - Permohonan

PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

 1.   Siapakah yang boleh memohon SKM melalui kaedah PPT ?

Individu yang mempunyai kemahiran dan kekompetenan yang diperolehi melalui pengalaman kerja terdahulu dan memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT.

 2.   Bagaimanakah cara untuk memohon SKM melalui kaedah PPT ?

Permohonan SKM melalui kaedah PPT boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman web https://www.myspike.my/ .

 3.   Bagaimanakah cara untuk akses sistem permohonan SKM melalui kaedah PPT ?

Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna di laman web https://www.myspike.my/ dan membuat permohonan di dalam sistem tersebut.

 4.   Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT?

Anda perlu:
i. Mengenalpasti bidang dan tahap bagi program yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini;
ii. Melaksanakan penilaian kendiri berdasarkan bidang dan tahap seperti yang dipohon secara dalam talian di laman web https://www.myspike.my/ ;
iii. Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT; dan
Anda boleh melayari laman web JPK www.dsd.gov.my bagi mendapatkan maklumat perkara (i) dan (iii).

 5.   Mengapakah saya perlu melaksanakan penilaian kendiri?

Penilaian kendiri perlu dilaksanakan oleh setiap calon yang memohon Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT bagi menentukan sama ada pengalaman dan kemahiran yang dimiliki telah memenuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS dan bagi mengetahui status kelayakan program yang ingin dipohon.

 6.   Bagaimanakah saya boleh mengenalpasti program yang bersesuaian untuk memohon PPT?

Program yang bersesuaian boleh dikenalpasti melalui sistem MySPIKE di menu Platform Pekerja. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah:
i. Semak program di dalam Daftar NOSS (Senarai NOSS);
ii. Dapatkan kod NOSS yang bersesuaian;
iii. Semak Job Description (JD) di dalam setiap CU merujuk kepada NOSS yang dipilih; dan
iv. Laksanakan penilaian kendiri bagi program yang dipilih.

 7.   Adakah penilaian kendiri mesti dilaksanakan oleh setiap pemohon yang hendak memohon SKM melalui kaedah PPT? Bagaimanakah saya boleh melaksanakan Penilaian Kendiri tersebut.

YA. Penilaian Kendiri mesti dilaksanakan bagi setiap pemohon dan ia boleh dilaksanakan di dalam sistem MySPIKE dengan merujuk dan memuat turun panduan calon: MANUAL PENGGUNA MODUL PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) di dalam sistem tersebut.

 8.   Sekiranya saya tersilap memilih kod NOSS semasa melaksanakan Penilaian Kendiri, apakah yang perlu saya lakukan?

Pemohon perlu memilih semula kod NOSS yang lain untuk melaksanakan penilaian kendiri bagi program yang hendak dipohon dan abaikan penilaian kendiri yang telah dibuat bagi kod NOSS sebelum ini.

 9.   Bolehkah saya memohon SKM melalui kaedah PPT dengan hanya memilih satu Competency Unit (CU) sahaja secara penilaian portfolio atau penilaian amali? Berapakah bayaran permohonan yang dikenakan?

BOLEH. Bayaran yang dikenakan adalah RM 300 / permohonan.

 10.   Apakah jenis penilaian yang dilaksanakan bagi mendapatkan SKM melalui kaedah PPT?

Dua (2) jenis penilaian yang digunakan bagi mendapatkan SKM melalui kaedah PPT iaitu:
i. Penilaian Portfolio; atau
ii. Penilaian Amali.

 11.   Dimanakah penilaian amali PPT boleh dilaksanakan?

Penilaian amali PPT boleh dilaksanakan di dua (2) tempat yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) iaitu:
i. PB-PPT; atau
ii. Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT).

 12.   Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan SKM melalui kaedah PPT?

Bayaran permohonan bagi penilaian portfolio atau penilaian amali adalah seperti berikut:
i. SKM1 - SKM3: RM300 /tahap /calon bagi permohonan Mengikut Tahap (MT);
ii. DKM - DLKM: RM500 /tahap /calon bagi permohanan Mengikut Tahap (MT);
iii. SKM1 - SKM3: RM300 /permohonan /calon bagi permohonan Single Tier (ST);
iv. DKM - DLKM: RM500 /permohonan /calon bagi permohonan Single Tier (ST);
v. RM300 /permohonan /calon bagi permohonan Micro Credential (CU); dan
vi. RM300 /NCS /calon bagi permohonan NCS.

 13.   Sekiranya saya ingin melaksanakan PPT secara penilaian amali, adakah bayaran lain yang dikenakan selain daripada bayaran permohonan?

Selain daripada bayaran permohonan RM300 atau RM500 yang ditetapkan oleh JPK, PB-PPT atau PPA-PPT berhak mengenakan bayaran lain kerana melibatkan kos bahan guna habis, utiliti dan lain-lain yang berkaitan. Jumlah bayaran yang dikenakan bergantung kepada bidang yang dipohon dan ditentukan oleh PB-PPT dan PPA-PPT tersebut.

 14.   Sekiranya saya telah membuat bayaran untuk permohonan PPT, adakah saya dibenarkan untuk menukar kod NOSS yang lain?

Pertukaran kod NOSS TIDAK DIBENARKAN sekiranya bayaran permohonan PPT telah disahkan. Bagi permohonan yang telah didaftarkan bayaran tidak akan dikembalikan.

15.   Sekiranya saya telah membuat bayaran permohonan PPT, bolehkah saya membatalkan permohonan tersebut?

YA, permohonan tersebut boleh dibatalkan tetapi bayaran permohonan PPT tidak akan dikembalikan.

16.   Sekiranya saya telah membuat bayaran permohonan PPT, bolehkah saya menggantikan permohonan tersebut dengan calon yang lain?

Permohonan gantian calon TIDAK DIBENARKAN.

17.   Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status permohonan PPT saya yang telah dipohon?

Status permohonan PPT boleh disemak melalui sistem MySPIKE dengan merujuk kepada id permohonan bagi program yang dipohon.

18.   Berapa lamakah tempoh semakan bagi permohonan PPT saya?

Keputusan semakan permohonan boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Semakan status permohonan boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui sistem MySPIKE.

19.   Permohonan PPT saya tidak disokong kerana tidak memenuhi syarat permohonan PPT. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih berminat untuk mendapatkan SKM melalui kaedah PPT ini?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu setelah semua syarat permohonan dipenuhi dengan merujuk kepada panduan pelaksanaan PPT yang sedang berkuatkuasa.

20.   Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran bagi permohonan PPT?

Bayaran permohonan PPT hanya boleh dibuat secara online di laman web https://www.myspike.my/ dan boleh merujuk Manual Pengguna (PANDUAN) di laman web tersebut. Bagi pemohon yang berdaftar melalui agensi penaja bayaran akan dikemukakan oleh agensi berkenaan.

21.   Setelah bayaran permohonan PPT saya disahkan, berapa lamakah saya akan menerima pemakluman penugasan PP-PPT?

Calon akan menerima pemakluman penugasan PP-PPT selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Walaubagaimanapun kemungkinan penugasan dibuat melebihi tempoh 14 hari waktu bekerja sekiranya bilangan PP-PPT bagi program yang dipohon adalah terhad.

22.   Apakah syarat-syarat permohonan SKM/DKM/DLKM melalui kaedah PPT?

i. Memenuhi had umur mengikut kelayakan berikut:

Had umur  Kelayakan permohonan 
 ≥ 17 tahun            Permohonan Micro Credential (CU), NCS dan SKM Tahap 1,2 dan 3
 ≥ 21 tahun  Permohonan SKM Tahap 4 (DKM)
 ≥ 23 tahun  Permohonan SKM Tahap 5 (DLKM)

ii. Memenuhi pra-syarat seperti yang digariskan di dalam Standard (NOSS) sekiranya berkaitan;
iii. Memiliki SKM pada tahap yang lebih rendah bagi permohonan SKM yang lebih tinggi dalam kumpulan program yang sama;
iv. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan pada tahap yang dipohon sama ada di dalam atau di luar negara merujuk kepada Panduan Pelaksanaan PPT yang sedang berkuatkuasa; dan
v. Tidak dibenarkan memohon program yang sama sekiranya telah memiliki SKM/DKM/DLKM bagi program tersebut.

23.   Apakah syarat yang ditetapkan kepada Agensi / Syarikat yang ingin memohon sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) dan bagaimana permohonan tersebut dibuat?

Untuk memohon sebagai PPA, Agensi / Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
i. Berdaftar dengan SSM (bagi Agensi Swasta);
ii. Menyediakan kelengkapan / peralatan yang mencukupi;
iii. Menyediakan bahan yang mencukupi; dan
iv. Mempunyai ruang yang bersesuaian dengan kapasiti bilangan calon bagi setiap sesi penilaian.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web https://www.myspike.my/ dengan merujuk manual pengguna (PANDUAN) di laman web berkenaan.

24.   Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi meluluskan sesuatu permohonan Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT)?

Kelulusan bagi permohonan PPA-PPT mengambil masa selama 14 hari waktu bekerja. Semakan kelulusan boleh dibuat dalam tempoh tersebut.

25.   Apakah peranan dan tanggungjawab Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT)?

Secara umumnya pemohon hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

a. Syarat permohonan sebagai PPA-PPT hendaklah terdiri daripada salah satu (1) kategori berikut:
     i.   Syarikat / Organisasi yang menjalankan operasi di dalam bidang berkaitan;
     ii.  Persatuan/ Pertubuhan yang berdaftar; atau
     iii. Penyedia Latihan yang menjalankan latihan di dalam bidang berkaitan.

b. Melantik penyelaras yang merupakan kakitangan berjawatan tetap di Syarikat/ Organisasi atau Penyedia Latihan dan ahli Persatuan/ Pertubuhan berkenaan serta mempunyai pengetahuan dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui kaedah PPT.

Prosedur permohonan sebagai PPA-PPT boleh dibuat secara dalam talian di dalam sistem MySPIKE dan hendaklah memuatnaik dokumen berikut:
    i. Dokumen perakuan pendaftaran berserta profil syarikat/ organisasi;
    ii. Sijil pendaftaran berserta profil Persatuan/ Pertubuhan; dan
    iii. Salinan Sijil Kursus Induksi PP-PPT bagi yang dilantik sebagai penyelaras PPT.

26.   Apakah yang dinilai dalam penilaian amali?

Semasa penilaian amali, komponen yang dinilai adalah seperti berikut:
i. penilaian prestasi; dan
ii. penilaian pengetahuan (sesi soal jawab).

27.   Apakah yang dimaksudkan dengan Pengiktirafan Khas melalui kaedah PPT.

Pengiktirafan Khas melalui kaedah PPT adalah satu kaedah bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi sumbangan secara langsung dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) seperti individu yang terlibat dalam pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS dan Pertandingan Kemahiran anjuran JPK atau KSM.

28.   Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?

Permohonan Pengiktirafan Khas adalah terbuka kepada individu yang memberi sumbangan kepakaran dalam pembangunan latihan kemahiran mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:
i. Panel Pembangun National Occupational Skills Standard (NOSS) /National Competency Standard (NCS); dan
ii. Pakar Negara, Jurulatih, Hakim dan Pemenang Pingat yang terlibat dalam Pertandingan Kemahiran yang melibatkan pihak JPK iaitu World Skills Competition (WSC), Asean Skills Competition (ASC), World Skills Asia (WSA), Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM), Pertandingan World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) dan Pertandingan MySkills).

29.   Bagaimanakah hendak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia Melalui Pengiktirafan Khas iaitu JPK/PPT/1008(P9) yang lengkap diisi beserta bayaran RM300 /permohonan (SKM1 - SKM3) atau RM500 /permohonan (DKM - DLKM) dalam bentuk bank draft atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran kepada JPK. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan PPT - Pengiktirafan Khas (www.dsd.gov.my) .

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…