Pengoperasian Pusat Bertauliah (PB) Awam Dan Swasta Secara Camp Based Training dalam Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Selaras Pelan Pemulihan Negara (PPN)

 

 logo jata negara png 6

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PEMAKLUMAN TERKINI

BERKAITAN KEBENARAN PENGOPERASIAN PUSAT BERTAULIAH (PB) AWAM DAN SWASTA SECARA CAMP BASED TRAINING DALAM TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SELARAS PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

 

Dimaklumkan bahawa, susulan maklumbalas rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) melalui surat rujukan MKN.(R).8.700-5/27 Jld.32 bertarikh 29 Jun 2021, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa semua Pusat Bertauliah (PB) Awam dan Swasta di bawah seliaan JPK adalah dibenarkan untuk meneruskan pengoperasian PB dengan mematuhi perkara-perkara seperti berikut:

     i. Mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM);

    ii. Melaksanakan latihan secara Camp Based Training;

   iii. Mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu              badan, mengimbas MySejahtera, pemakaian hand sanitizer, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka; dan

   iv. Pematuhan sepenuhnya ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PKP dan SOP-SOP berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa yang sedang berkuatkuasa.

 

Kawalan pelaksanaan Latihan oleh PB adalah seperti berikut:-

a) Latihan hendaklah dilaksanakan secara Camp Based Training. Camp Based Training bermaksud latihan yang dibenarkan dalam persekitaran terkawal di mana pelatih mesti menginap di asrama sama ada disediakan dalam PB atau di luar premis PB.

     i. Latihan hendaklah dilaksanakan dalam kumpulan kecil dengan kehadiran maksimum 50% pelatih pada satu-satu masa manakala latihan bagi baki 50% pelatih lagi boleh dilaksanakan secara penggiliran atau penjadualan

     ii. Kapasiti pelatih adalah tertakluk kepada pematuhan SOP MKN yang sedang berkuatkuasa.

b) Sekiranya pelatih menginap di asrama luar premis PB, pergerakan pelatih adalah secara Bubble Based iaitu menggunakan kenderaan khusus yang diuruskan oleh PB.

c) Pergerakan keluar masuk pelatih adalah TIDAK DIBENARKAN di sepanjang latihan di PB dan semasa menginap dalam asrama. PB hendaklah memastikan kemudahan makan minum kepada pelatih sama ada disediakan oleh PB atau melalui pesanan perkhidmatan penghantaran makanan.

d) Pelatih yang mendaftar untuk mengikuti Camp Based Training hendaklah melalui proses kuarantin mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sedang berkuatkuasa sebelum memulakan latihan.

e) PB yang memilih untuk melaksanakan penilaian akhir bagi program penuh / modular atau peperiksaan antarabangsa secara bersemuka perlu menggunakan pendekatan Camp Based Training.

f) Kelulusan ini terpakai untuk pelaksanaan latihan dan penilaian akhir melalui kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) atau Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

 

Kenyataan ini juga adalah tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. Sebarang ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Sekiranya Pusat Bertauliah (PB) Awam dan Swasta bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan bagi tujuan pembukaan semula PB, Pusat Bertauliah (PB) Awam dan Swasta perlu menghantar:-

i) Surat Permohonan;

ii) (Muat turun) Borang Perakuan Pengoperasian Pusat Bertauliah (PB) Awam dan Swasta Secara Camp Based Training Dalam Tempoh                     Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Selaras Pelan Pemulihan Negara (PPN); dan

iii) Pemakluman KPPK Bertarikh 15 Julai 2021.

bagi tujuan kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Selain daripada itu, perkhidmatan atas talian JPK boleh diakses menerusi pautan:-

  • Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK

-

www.dsd.gov.my

  • Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia

-

www.myspike.my

  • Facebook Rasmi JPK

-

facebook.com/jpkksm

  • Aduan, Pertanyaan dan Cadangan

-

mohr.spab.gov.my

  

  • Email Rasmi JPK

-

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Talian Rasmi JPK

-

03-8886 5589

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

15 JULAI 2021

** Muat naik pemakluman diatas(disini)

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…