Pemakluman Berkaitan Aktiviti Latihan Kemahiran Dan Pentauliahan Program Bertauliah Selaras Pengumuman Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Oleh YAB. Perdana Menteri Dilanjutkan Sehingga 4 Mac 2021

 logo jata negara png 6 

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PEMAKLUMAN TERKINI

BERKAITAN AKTIVITI LATIHAN KEMAHIRAN DAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTAULIAH SELARAS PENGUMUMAN ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) OLEH YAB. PERDANA MENTERI DILANJUTKAN SEHINGGA 4 MAC 2021

Selaras pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 dan susulan surat rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) bertarikh 15 Januari 2021, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan aktiviti latihan kemahiran secara bersemuka di semua Pusat Bertauliah Awam (PBA) dan Pusat Bertauliah Swasta (PBS) di bawah seliaan JPK adalah seperti berikut:

1) PBA dan PBS yang berada di Negeri/Daerah yang terlibat dengan arahan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP):

           
  • Aktiviti latihan kemahiran secara bersemuka adalah DIBENARKAN namun tertakluk kepada Garis Panduan dan Operasi Standard JPK yang sedang berkuatkuasa.

 

2) PBA dan PBS yang berada di Negeri/Daerah yang terlibat dengan arahan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): 

                                               
  • Aktiviti latihan kemahiran secara bersemuka adalah DIBENARKAN dengan syarat PBA dan PBS hendaklah mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Sektor Pengajian Tinggi selain Garis Panduan dan Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (KSM). Walau bagaimanapun, pengoperasian PBA masih tertakluk kepada ketetapan khusus Agensi/Kementerian masing-masing.  
 
  • Pelatih yang DIBENARKAN untuk meneruskan latihan secara bersemuka adalah pelatih yang mengikuti program latihan yang berbaki tidak melebihi enam(6) bulan manakala Pelatih lain hendaklah mengikuti latihan secara dalam talian. 
 
  • Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi tujuan Penilaian Akhir (PA) adalah DIBENARKAN mengikut ketetapan seperti berikut:a. PPL berkelayakan akan ditugaskan dari Negeri/Daerah yang sama; danb. Ketiadaan PPL berkelayakan dalam Negeri/Daerah yang sama, penugasan lawatan verifikasi PPL dari Negeri/Daerah yang berlainan adalah DIBENARKAN namun tertakluk kepada arahan pematuhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sedang berkuatkuasa di Daerah/Negeri tersebut. Sekiranya PPL diarahkan untuk menjalani prosedur swab test atau kuarantin oleh Pejabat Kesihatan Negeri/Daerah, dimaklumkan bahawa pihak JPK tidak akan menanggung kos bagi prosedur tersebut. 

 

3. Lawatan pemantauan JPK akan dilaksanakan secara rawak bagi memastikan PBA dan PBS mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) MKN dan Garis Panduan serta Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

4. Bagi tujuan merentas Negeri/Daerah untuk pelatih kembali ke PBA/PBS, surat kebenaran merentas Negeri/Daerah hendaklah diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi urusan tersebut, PBA/PBS perlu mengeluarkan Surat Arahan Panggilan Pulang Menyambung Latihan kepada pelatih bersama-sama Pemakluman JPK bertarikh 5 Febuari 2021.

5. Aktiviti Pentauliahan Program Bertauliah bagi maksud Lawatan Pentauliahan & Verifikasi secara bersemuka dan dalam talian “On-Line” sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah DIBENARKAN namun tertakluk kepada Garis Panduan dan Operasi Standard JPK yang sedang berkuatkuasa.

 

Sehubungan itu, Garis panduan dan Operasi Standard ini adalah terpakai kepada PBA/PBS dalam Negeri/Daerah yang terlibat dengan arahan pematuhan PKP. Garis panduan ini boleh diperoleh menerusi Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK di pautan seperti berikut:-

Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP)

1) Garis Panduan SLaPB

2) Garis Panduan SLDN

3) Garis Panduan PPT

4) Garis Panduan PDP Atas Talian

5) Garis Panduan Verifikasi Pentauliahan Bersemuka

6) Garis Panduan Verifikasi Dalam Talian “On-Line”

7) Garis Panduan Pengurusan Dan Pelaksanaan Latihan SLDN

8) Garis Panduan Pengurusan SPKM NDT 

Lihat Selanjutnya

Selain daripada itu, perkhidmatan atas talian JPK boleh diakses menerusi pautan:-

 i.

Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK

-

www.dsd.gov.my

ii.   

Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia

-

www.myspike.my

iii.  

Facebook Rasmi JPK

-

facebook.com/jpkksm

iv     

Aduan, Pertanyaan dan Cadangan

-

mohr.spab.gov.my

v.   

Email Rasmi JPK

-

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

vi.    

Talian Rasmi JPK

-

03-8886 5589

Kenyataan ini juga adalah tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. Di samping itu, PBA dan PBS perlu mengadakan SOP khusus masing-masing untuk dilaksanakan. Sehubungan dengan ini, pemakluman berkaitan Garis Panduan dan Operasi Standard sebelum ini adalah TERBATAL.

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

5 FEBUARI 2021

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…