Jemputan ke Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 bagi Bidang Electrical Installation dan Bidang Refrigeration & Air Conditioning

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

HEBAHAN PROGRAM WEBINAR SKILLSMALAYSIA 2021 – BIDANG ELECTRICAL INSTALLATIONS DAN BIDANG REFRIGERATION & AIR CONDITIONING

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Unit SkillsMalaysia Bahagian Projek Pemantauan Projek (PMO), Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengadakan satu Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 mengikut bidang kemahiran. Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 merupakan salah satu pendekatan dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan Pertandingan Kemahiran kepada warga kemahiran dalam keadaan sekarang dan mendatang serta merupakan sebahagian daripada norma baharu.

Sesi webinar ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

I) BIDANG ELECTRICAL INSTALLATIONS
Tarikh : 23 Februari 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi Tempat : Dalam Talian
Penceramah : En. Mazlan Abdullah, GIATMARA, Pakar/Hakim
Link Pendaftaran : https://bit.ly/3ae5T8l

ii) BIDANG REFRIGERATION & AIR CONDITIONING
Tarikh : 23 Februari 2021 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang Tempat : Dalam Talian
Penceramah : En. Mohd Zaki Mohamed, UniKL MFI, Pakar/Hakim
Link Pendaftaran : https://bit.ly/36XV48f

(Sila rujuk email yang telah didaftarkan bagi Link untuk menyaksikan secara langsung menerusi Zoom Webinar. Hanya 100 Peserta yang terawal semasa program berlangsung bagi setiap Bidang dapat mengikut secara dalam Talian melalui Zoom Webinar).

3. Walaubagaimanapun, sesi webinar ini akan disiarkan secara Langsung di Laman Facebook Rasmi Jabatan di pautan berikut https://www.facebook.com/jpkksm.

4. Sehubungan dengan itu, dijemput semua warga kemahiran untuk menyertai Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 ini sempena dengan tema WorldSkills International Tahun 2021 “Year of Innovation, Showcasing and Promotion”.

Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu’

Unit SkillsMalaysia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…