Program Webinar Worldskills Malaysia 2021 – Bidang It Network Systems Administration & Bidang It Software Solutions For Business

Presenter IT Software Dalam Page SkillsMalaysiaPresenter IT Network 

 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

HEBAHAN PROGRAM WEBINAR WORLDSKILLS MALAYSIA 2021 – BIDANG IT NETWORK SYSTEMS ADMINISTRATION & BIDANG IT SOFTWARE SOLUTIONS FOR BUSINESS

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Unit SkillsMalaysia Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO), Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengadakan satu Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 mengikut bidang kemahiran. Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 merupakan salah satu pendekatan dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan Pertandingan Kemahiran kepada warga kemahiran dalam keadaan sekarang dan mendatang serta merupakan sebahagian daripada norma baharu.

Sesi webinar ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 

I) BIDANG IT NETWORK SYSTEMS ADMINISTRATION

Tarikh : 03 Mac 2021 (Rabu)

Masa : 10.00  pagi   Tempat : Dalam Talian

Penceramah :           En Mohd Ropi bin Abdullah, CIAST – Pakar/Hakim

Link Pendaftaran : https://bit.ly/3aO6cqI

 

ii) BIDANG IT SOFTWARE SOLUTIONS FOR BUSINESS

Tarikh : 03 Mac 2021 (Rabu)

Masa : 2.30 Petang Tempat : Dalam Talian

Penceramah :  

1. En. Yahya bin Ibrahim, UTeM – Pakar/Hakim

2. En. Baharil Ihzan bin Onn, CIAST – Pakar/Hakim

Link Pendaftaran : https://bit.ly/3ulj3s5 

(Sila rujuk email yang telah didaftarkan bagi Link untuk menyaksikan secara langsung menerusi Zoom Webinar. Hanya 100 Peserta yang terawal semasa program berlangsung bagi setiap Bidang dapat mengikuti secara dalam Talian melalui Zoom Webinar).

3. Walaubagaimanapun, sesi webinar ini akan disiarkan secara Langsung di Laman Facebook Rasmi Jabatan di pautan berikut https://www.facebook.com/jpkksm.

4. Sehubungan dengan itu, dijemput semua warga kemahiran untuk menyertai Program Webinar WorldSkills Malaysia 2021 ini sempena dengan tema WorldSkills International Tahun 2021 “Year of Innovation, Showcasing and Promotion”.

Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19" 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

‘Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu’

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…