Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Bagi Program TVET Instruction (P853-002-4:2021) Dan TVET Management (P853-002-5:2021) Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

 

PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM TVET INSTRUCTION (P853-002-4:2021) DAN TVET MANAGEMENT (P853-002-5:2021) MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

(Muat Turun Makluman | PDF)

Dimaklumkan bahawa NOSS Program Vocational Training Operation (VTO), Vocational Education and Training Implementation(VTE) dan Vocational Education and Training Management (VTM) telah dijumudkan dan digantikan dengan NOSS TVET Instruction (TVET I)/ P853-002-4:2021 dan TVET Management (TVET M)/P853-002-5:2021.

 

A. PEMOHON PROGRAM TVET INSTRUCTION YANG MEMILIKI SIJIL VTO

1. Pemegang Sijil VTO boleh memohon Persijilan DKM TVET I secara PPT Khas.
2. Kaedah pelaksanaan PPT Khas kepada pemegang sijil VTO yang berhasrat untuk mendapatkan persijilan DKM TVET I adalah seperti Jadual 1.0 :

Syarat Pemohon

Memilik Sijil VTO  (I-031-3:2014/I-031-3)

Kaedah Permohonan

Pemohon hendaklah mengemukakan Profil Kekompetenan yang mengandungi maklumat berikut: 

  1. Maklumat peribadi calon atau resume
  2. Sijil VTO
  3. Bukti keterampilan CU2 (WA3 & WA4) dan CU 4 Digital Instruction 

3

Bayaran Fi permohonan

RM300.00

4

Kaedah Penilaian

  1. Verifikasi PPL secara penilaian Profil Kekompetenan dan Temuduga
  2. PPL-PPT adalah dilantik khas yang boleh terdiri dari Panel NOSS atau Personel yang memiliki DKM TVET Instruction (P853-002-4:2021)

Jadual 1.0

 

B. PEMOHON BAHARU PROGRAM TVET INSTRUCTION

  1. Kaedah pelaksanaan persijilan DKM TVET I bagi pemohon baharu adalah seperti Jadual 2.0 :

 

Permohonan

Syarat Permohonan

DKM bagi Program TVET Instruction

  1. ≥ 5 tahun pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran; dan
  2. Memiliki Sijil Kursus Intensif TVET Instruction yang dikeluarkan oleh CIAST

DLKM bagi program TVET Management

      Memiliki DKM TVET Instruction dua (2) tahun pengalaman mengurus latihan kemahiran 

Tahap persijilan

 Kaedah penilaian

DKM bagi Program TVET Instruction

      Penilaian secara temuduga dan semakan dokumen Profil Kekompetenan Calon

DLKM bagi Program TVET Management

      Penilaian Portfolio + Penilaian LPKT

Jadual 2.0

 

  1. Pemohon baharu program TVET Instruction disyaratkan lulus Kursus Intensif TVET Instruction yang akan dikendalikan oleh pihak CIAST.
  2. Bagaimanapun pelaksanaan kursus tersebut hanya boleh dilaksanakan selewat-lewatnya pada Jun 2022. 
  3. Penilaian keterampilan calon bagi permohonan yang telah diterima adalah melalui penilaian portfolio dan LPKT seperti di tetapkan dalam garispanduan yang sedang berkuatkuasa. Kaedah penilaian ini akan dilaksanakan sehingga Kursus Intensif dapat diadakan oleh CIAST.

 

C. KAEDAH PENGISIAN MAKLUMAT BAGI PERMOHONAN TVET I SECARA PPT KHAS MELALUI MYSPIKE

     save Muat turun Panduan

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…