Jemputan Ke Sesi Taklimat Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET 2023

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Tuan / Puan

 

Jemputan Ke Sesi Taklimat Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET 2023

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah diberi tanggungjawab oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam membangunkan Sistem Penarafan Tunggal Program TVET (Technical and Vocational Education Training) yang akan dilaksanakan merentasi program TVET di pelbagai Kementerian dan Agensi. Penarafan
Tunggal Program TVET ini diwujudkan selaras keperluan negara kepada sistem penarafan yang seragam bagi menilai kualiti program berdasarkan indikasi-indikasi yang holistik termasuk elemen keberhasilan seperti kebolehkerjaan dan penglibatan industri.

 

3. JPK akan mengadakan sesi taklimat kepada semua Pengurus Pusat Bertauliah, mengikut zon seperti berikut:-

Siri 1 Zon Wilayah Utara : 29 Mei 2023 – Pulau Pinang
Siri 2 Zon Wilayah Timur : 31 Mei 2023 – Terengganu
Siri 3 Zon Wilayah Selatan : 6 Jun 2023 – Negeri Sembilan
Siri 4 Zon Wilayah Tengah : 8 Jun 2023 – Selangor
Siri 5 Zon Wilayah Sarawak : 12 Jun 2023 – Miri, Sarawak
Siri 6 Zon Wilayah Sabah : 14 Jun 2023 – Kota Kinabalu

 

4. Sehubungan dengan itu, dimohon semua Pusat Bertauliah (PB), mengemaskini alamat emel di dalam system MySPIKE bagi memudahkan urusan jemputan ke sesi taklimat tersebut. Sebarang pertanyaan, boleh dihubungi melalui emel Pn. Wan Noormaheran binti Wan Hussin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.), En. Muhammad Akmal bin Abdul Rahim (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.), dan Pn. Yuszaini binti Mat Yusof (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau whatsapp 019-2635591 (Isnin hingga Jumaat : 8:30 am – 5:30 pm)

 

Sekian, terima kasih

 

MALAYSIA MADANI

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…