Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Info Terkini 2023

save Pemakluman Pelaksanaan SPKM-NDT Berdasarkan ISO 9712:2021 Yang Akan Berkuatkuasa Pada 1 Jun 2023

save Success Story Malaysia dalam bidang Ujian Tanpa Musnah (NDT)

 

Pengenalan

Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.

 

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT)

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) adalah skim persijilan kebangsaan bagi program NDT yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sehingga kini, sejumlah besar tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, petrokimia, penjanaan kuasa, automotif, pembuatan dan sebagainya telah berjaya dilahirkan.

 

Polisi

i. Mengesahkan pengetahuan dan kekompetenan melalui kaedah ujian teori dan amali bagi tahap yang ditetapkan berpandukan ISO 9712:2012

ii. Menyediakan bukti berdokumen bagi pemohon-pemohon yang berjaya melalui penganugerahan sijil SKM
iii. Menyediakan satu sistem persijilan kepada pemegang SKM NDT yang diiktiraf oleh mana-mana badan persijilan lain, pihak industri, pihak berkuasa dan persatuan-persatuan samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berpandukan ISO 9712:2012.
iv. Menyediakan sistem persijilan yang telus, adil dan saksama kepada semua pemohon-pemohon yang berkelayakan.


Objektif 


i. Mengurus permohonan peperiksaan mengikut syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
ii. Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan NDT
iii. Mengeluarkan Sijil NDT bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Persijilan NDT.

Pelaksanaan persijilan SPKM-NDT adalah berasaskan Standard Antarabangsa ISO 9712:2012 dan JPK merupakan badan persijilan tunggal kerajaan bagi skop NDT di Malaysia yang memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17024:2012 daripada Jabatan Standards Malaysia (JSM) mulai 3 Oktober 2012 sehingga kini. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT.

Skim persijilan SPKM NDT yang berasaskan ISO 9712:2012 merupakan inisiatif yang digerakkan oleh JPK untuk memastikan proses kerja dan kawalan kualiti dalam mempersijilkan seseorang personel NDT diseragamkan dengan amalan antarabangsa. Dengan pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 ini, pelaksanaan Skim Persijilan SPKM NDT JPK telah memenuhi standard, tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh industri dan persijilan personel NDT di bawah skim adalah standing dengan pensijilan-pensijilan lain yang digunapakai di peringkat antarabangsa.

Program NDT yang ditawarkan oleh JPK adalah seperti berikut;

 i. Pemeriksaan Radiografi
ii. Pengujian Arus Pusar
iii. Pengujian Penembusan
iv. Pemeriksaan Ultrasonik
v.  Pengujian Partikel Magnetik
vi. Pentafsiran Radiografi
vii.Pemeriksaan Radiografi – Digital

ISO 17024:2012 & ISO 9712:2012

ISO 9712:2012 (Qualification and Certification of NDT Personnel) merupakan satu dokumen yang menggariskan keperluan spesifik yang standard bagi kelayakan dan persijilan personel yang melaksanakan pengujian NDT kepada pihak industri.
ISO/IEC 17024 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) merupakan satu dokumen yang menggariskan keperluan am bagi badan pensijilan dalam mematuhi kesaksamaan dalam setiap keputusan pensijilan dan memastikan penilaian yang membawa pensijilan dilaksanakan secara adil, sahih dan dipercayai.

LOGO NDT
Klik untuk lihat Sijil dan Skop Akreditasi
 

Pengiktirafan SPKM-NDT

i. Pengiktirafan Dalam Negara

Mulai Januari 2015, Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Atomic Energy Licensing Board - AELB) telah mengiktiraf kelayakan SKM NDT Tahap 2 Pemeriksaan Radiografi atau Radiographic Testing (RT) sebagai syarat lantikan Pengendali Radiograf dan SKM NDT Tahap 1 Pengujian Radiografi sebagai syarat lantikan Pengendali Pelatih.

 


 
 


ii. Pengiktirafan Antarabangsa

JPK telah menerima pengiktirafan daripada ICNDT (International Committee for Non-Destructive Testing) mulai 26 September 2019 dan telah disenaraikan di dalam ICNDT MRA Schedule 2 (Muat turun : Schedule 2 & Schedule 1) sebagai Badan Persijilan NDT yang telah memenuhi syarat dan keperluan Standard Antarabangsa yang berkenaan (ISO 9712 dan ISO 17024). ICNDT merupakan sebuah organisasi bebas antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara yang melaksanakan sistem persijilan NDT dan berdaftar serta berpangkalan di Vienna, Austria.


ndt icndt
 
Pengiktirafan ICNDT MRA (Multilateral Agreement on Recognition) tersebut memberi petunjuk bahawa kualiti sistem persijilan kebangsaan bagi program NDT iaitu SPKM-NDT adalah setaraf dengan sistem persijilan antarabangsa.
Sistem Atas Talian – eNDT

Sistem eNDT merupakan sistem atas talian (online) yang dibangunkan oleh JPK, khusus untuk program NDT, bagi mempertingkatkan sistem penyampaian dan pengurusan SPKM-NDT. Sistem ini juga membolehkan urusan seperti permohonan persijilan dan peperiksaan serta saluran maklumat dibuat secara atas talian bagi program NDT.

ndt endt
Sistem eNDT digunakan bagi membolehkan permohonan-permohonan seperti berikut;

i. Peperiksaan NDT
- Calon Baharu
- Calon Mengulang (Kali pertama & Kali kedua)
- Calon Verifikasi (selepas 10 tahun)

ii. Persijilan NDT
- Persijilan Baharu 
- Pembaharuan Persijilan (selepas 5 tahun)
- Persijilan Semula (selepas 10 tahun)
- Sijil ganti




Sistem Atas Talian – Sistem MySPIKE


logo myspike
                                                                                 
(klik untuk pautan)


Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia atau MySPIKE merupakan sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Khusus bagi program NDT, permohonan Personel SPKM-NDT boleh dibuat melalui sistem ini.


Senarai Personel SPKM-NDT:
1) Pengurus Latihan Pusat Bertauliah NDT (PL PB NDT)
2) Pengajar NDT (NDT-I)
3) Jurutunjuk NDT
4) Ketua Pemeriksa NDT (NDT-CE)
5) Pemeriksa NDT (NDT-E)
6) Pembantu Bengkel NDT
7) Panel Industri NDT

Proses Pensijilan SPKM-NDT

ndt langkah
   

keperluan jam ndt2

 



i. Tempoh Sah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) NDT

Tempoh sah SKM NDT adalah selama lima (5) tahun atau kurang. Setiap pemegang sijil dikehendaki memperbaharui sijil tersebut enam (6) bulan sebelum tarikh sah sijil tamat. 


ii. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) NDT

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT. Rujuk senarai NOSS NDT  >>klik disini<<



Pusat Bertauliah NDT
ndt pb

Klik untuk lihat senarai pusat bertauliah dan program

 


Malaysian Society for Non-Destructive Testing (MSNT) sebagai Industrial Lead Body (ILB) NDT

Malaysian Society for Non-Destructive Testing (MSNT) telah dilantik sebagai ILB bagi program NDT mulai tahun 2012. Sebagai ILB NDT, MSNT memainkan peranan penting dalam pembangunan NOSS NDT. Selain itu juga, MSNT bertindak sebagai agen mempromosikan sistem persijilan kebangsaan, SPKM-NDT kepada industri dan pengamal NDT di Malaysia. Di samping itu, MSNT bekerjasama dengan JPK dalam memastikan kualiti serta penerimaan industri terhadap sistem persijilan kebangsaan NDT adalah diutamakan.

ndt msndt
                                                              (klik untuk pautan ke MSNT)


Dasar Kesaksamaan (Impartiality Policy) Jabatan

Pengurusan tertinggi JPK komited terhadap kesaksamaan (impartiality) dalam perkhidmatan Persijilan SPKM-NDT dan menyediakan peluang untuk penglibatan berkesan oleh pihak yang berkepentingan untuk menjaga kesaksamaan melalui Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK). JPK bertanggungjawab ke atas kesaksamaan aktiviti Persijilan SPKM-NDT.

  1. JPK bertanggungjawab ke atas kesaksamaan aktiviti Persijilan SPKM-NDT;
  1. JPK tidak akan membenarkan sebarang aktiviti komersil, kewangan atau lain-lain aktiviti yang boleh menggugat kesaksamaannya; dan
  1. JPK akan memastikan aktiviti persijilan distruktur dan diurus dengan mengambil kira penglibatan dari pihak pemegang taruh (stakeholder) secara seimbang demi menjaga kepentingan kesaksamaan serta mengelakkan conflict of interest bagi memastikan objektif dan aktiviti persijilan terpelihara.

Semua kakitangan dan jawatankuasa di bawah JPK adalah komited untuk mematuhi sepenuhnya perisytiharan ini. Semua kakitangan dan jawatankuasa di bawah JPK termasuk Ketua Pengarah, pengurusan tertinggi, kakitangan, jawatankuasa dan pakar teknikal dikehendaki melengkapkan dan menandatangani Borang Akujanji.

 

Ts. DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran


Carta Alir Pengurusan SPKM NDT

Bil Tajuk  
1

 Carta Alir Pengurusan Aduan SPKM NDT
Muat Turun
2  Carta Alir Pengurusan Rayuan SPKM NDT Muat Turun



Jadual Peperiksaan NDT


Bil Tajuk  
1

 Jadual Peperiksaan 2023 Muat Turun



Senarai Panduan SPKM-NDT
 

Bil

Tajuk  
     
1   Panduan Menduduki Peperiksaan Ujian Tanpa Musnah (JPK/PanduanNDT/01) Muat Turun
2   Panduan Permohonan Persijilan NDT (JPK/PanduanNDT/02)  Muat Turun
3   Panduan Pelaksanaan & Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah NDT (JPK/PanduanNDT/03) Muat Turun
4   Panduan Penggunaan Logo Skim Persijilan NDT, Tanda Akreditasi dan Tanda Certified Person (JPK/PanduanNDT/09) Muat Turun
5   Panduan Permohonan Persijilan Semula Melalui Sistem Kredit (JPK/PanduanNDT/10) Muat Turun
6   Panduan Program Khas Pengalaman Industri Di Pusat Penyediaan Pengalaman (JPK/PanduanNDT/11) Muat Turun
7   Polisi NDT untuk TA (Training Agencies) & EC (Examination Centres) Muat Turun
8   Senarai Kursus SKM NDT dan Pusat Latihan Muat Turun



Senarai Borang SPKM-NDT


Bil

Tajuk  
 1

 Borang Ujian Penglihatan (JPK/Borang NDT/01)                                                                                                          
Muat Turun
2  Borang Pengalaman Industri Dalam Kaedah NDT (Sektor Industri) (JPK/Borang NDT/04) Muat Turun
3  Borang Pengalaman Dalam Kaedah NDT Bagi Tahap 3 (JPK/Borang NDT/05) Muat Turun
4  Lampiran Panduan Pelaksanaan & Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah NDT (JPK/PanduanNDT/03)  Muat Turun
5  Borang Permohonan Sebagai EPC  Muat Turun
6  Borang Permohonan Pengalaman di EPC  Muat Turun
7  Borang Pengumpulan Mata Kredit tahap 1, 2 dan 3 Muat Turun

 Hubungi Kami :-

 

Mohd Sarfudin bin Awang

Penolong Kanan Pengarah

03-8886 2465

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Ts. Suliyana binti Saraman

Penolong Kanan Pengarah

03-8886 5483

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Encik Abdul Rahim bin Mustafa Khalid

Penolong Kanan Pengarah

03-8886 5295

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Encik Mohd Helmi bin Zainal

Pegawai Kanan Pembangunan Kemahiran

03-8886 2466

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Encik Zainal bin Abd Jalil

Pegawai Pembangunan Kemahiran

03-8886 5641

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Galeri Video dan Aktiviti SPKM-NDT


video

Video Korporat Ujian Tanpa Musnah (NDT) JPK

1 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori

Pemeriksaan Radiograf di SIRIM Berhad

2 endt

Ketua Pemeriksa sedang memberi penerangan kepada

calon peperiksaan Digital Radiography (RCA Course)

3 endt

Pakar Industri NDT sedang menjalankan pemeriksaan

terhadap sampel peperiksaan

4 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori

Pemeriksaan Radiograf di Agensi Nuklear Malaysia

5 endt

Sesi witness audit peperiksaan praktikal Pemeriksaan

Radiografdi Ruane-TATI Sdn. Bhd.

6 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan praktikal

Penguji Arus Pusar di RSA Academy Sdn. Bhd.

7 endt

Calon peperiksaan praktikal Penembus Cecair

di RSA Academy Sdn. Bhd.

8 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan

teori di Agensi Nuklear Malaysia.

9 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan

teori Ultrasonik di ITC Skills Training Institute

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…