Apa itu SLDN ?

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.

 Jangka Masa Berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
 Nisbah Amali- Teori

70% hingga 80% latihan amali di industry dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan.

 Konsep Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning)
 Kaedah Penyampaian Day Release System

Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam
syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang
berkaitan di pusat latihan.

Block Release System ( jika perlu )
Contohnya 3-4 bulan latihan praktikal diikuti dengan
1-4 minggu kelas teori berkaitan.

 Pelatih Lepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan
 

Elaun Latihan
(Sekiranya latihan dijalankan dalam masa 2 tahun)

Semester 1 – RM 350.00 Sebulan

Semester 2 – RM 400.00 Sebulan

Semester 3 – RM 450.00 Sebulan

Semester 4 – RM 500.00 Sebulan

 Penganugerahan Kelayakan

Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…