Maklumat Umum PPT

icon pdf  Apa Itu PPT?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.

 

icon pdf Apa tujuan PPT?

Memberi pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalaman kerja dan latihan secara formal atau tidak formal dengan menganugerahkan SKM, DKM atau DLKM.

 

icon pdf  Apakah Bidang Yang Boleh Dipersijilkan Melalui PPT?

Semua bidang yang tersenarai di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS) adalah boleh dipersijilkan melalui kaedah ini kecuali bagi bidang-bidang berikut:

icon pdf Senarai NOSS yang tidak boleh dipersijilkan melalui PPT (Muat turunbaru
 
 

icon pdf  Siapa Yang Boleh Memohon?

Terbuka kepada individu yang mempunyai kemahiran dan memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT serta syarat-syarat lain yang ditetapkan sebagaimana keperluan NOSS. Individu tersebut juga hendaklah berupaya mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sah.

 

icon pdf Bagaimanakah cara untuk memohon persijilan melalui kaedah ini?

Permohonan PPT boleh dibuat pada bila-bila masa secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di www.myspike.my yang mana pemohon perlu melaksanakan penilaian kendiri terlebih dahulu di dalam sistem tersebut bagi menentukan sama ada pemohon telah memenuhi keperluan Standard bagi program yang ingin dipohon dan menilai kompetensi yang dimiliki. Pemohon juga dikehendaki memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan sebagaimana yang disyaratkan.

 

icon pdf Berapa bayaran yang dikenakan dan bagaimanakah kaedah pembayaran?


Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar fi dan caj yang sedang berkuatkuasa iaitu RM300 mengikut kategori permohonan dan bayaran permohonan PPT boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE atau dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.

 
icon pdf  Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?
 
Faedah kepada individu
  1. Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  2. Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  3. Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.
Faedah kepada majikan
  1. Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  2. Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
  3. Meningkatkan imej syarikat 
Faedah kepada negara
  1. Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  2. Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  3. Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  4. Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…