Agensi Pembiayaan Latihan TVET Selain PTPK

PENGENALAN

JPK bekerjasama dengan pelbagai agensi luar dalam mempromosikan penawaran program- program latihan kemahiran daripada agensi luar kepada pelajar, pelatih, graduan dan penyedia latihan bagi meningkatkan serta memperkasakan latihan dalam bidang teknikal dan professional. Program-program yang ditawarkan oleh agensi ini merangkumi pelbagai bidang yang dibiayai sama ada secara penuh, separa atau geran bergantung kepada program atau agensi yang berkaitan. Beberapa agensi yang ditelah dikenalpasti menawarkan program latihan kemahiran ini adalah seperti berikut:

SENARAI AGENSI PEMBIAYAAN LATIHAN
i) Yayasan Peneraju Bumiputera (Melalui Program Peneraju Skil  & Peneraju Skil Iltizam)

Program Peneraju Skil dan Peneraju Skil Iltizam memberi fokus kepada pendidikan skil vokasional dan teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri melalui pensijilan diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya memberi peluang kepada tenaga kerja yang telah dilatih untuk menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi yang meliputi sektor seperti automotif, elektrik & elektronik, pembuatan, maritim, minyak & gas dan lain lain. Program-program tersebut mensasarkan semua golongan Bumiputera termasuk B40, M40, luar bandar, kumpulan terpinggir dan golongan bekerja/tidak bekerja dengan julat umur dari 18 hingga 45 tahun, tertakluk terma dan syarat. Sebarang pertanyaan lanjut sila layari laman sesawang https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/

yayasan peneraju 
ii) Lembaga Zakat Selangor

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi berupa (Bantuan Yuran Pengajian), Bantuan Persediaan Masuk IPT, dan Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Pemohon boleh menyambung di beberapa institusi pengajian yang tersenarai sebagai ‘Panel Pusat Pengajian LZS’ bagi Kategori pengajian di IPTS dan IPTA. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini sila layari laman sesawang https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

 lembaga zakat
iii) TNB Reskilling Malaysia Program

Program TNB Reskilling Malaysia merupakan satu program bagi memperkasakan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan pemadanan peluang pekerjaaan kepada lepasan sekolah, graduan atau mereka yang diberhentikan. Selain itu, program ini juga membantu para majikan yang kekurangan pekerja berkemahiran dengan memberi tajaan penuh latihan kemahiran kepada pekerja yang diberi peluang bekerja ditempat mereka. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini sila layari laman sesawang https://tnbilsas.com.my/industry-employment-program/

 ilsas

  

 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…