Penambahan Kriteria Pegawai Penilai (PP) - Pensijilan Program Modular

PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA PUSAT BERTAULIAH BERKAITAN PENAMBAHAN KRITERIA PEGAWAI PENILAI (PP) DALAM PANDUAN PENTAULIAHAN PROGRAM DAN PELAKSANAAN LATIHAN KEMAHIRAN MELALUI SISTEM PENTAULIAHAN DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA - PENSIJILAN PROGRAM MODULAR

Tarikh : 11 Disember 2019


Adalah dimaklumkan Jabatan telah mengkaji semula Panduan Pentauliahan Program Dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Pentauliahan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Pensijilan Program Modular dan terdapat penambahan kepada Syarat dan Kriteria Pentauliahan Program Modular seperti di bawah ini:

 

6.7.3 Pegawai Penilai(PP)

a. Kriteria

Semua kriteria dalam panduan terdahulu adalah terpakai kecuali ada penambahan kepada kriteria yang berikut:

i. Mendapat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) bagi program berkaitan;

Syarat kelayakan personel PB SlaPB dibuat penambahan seperti berikut:

-Memiliki SKM Program (VTO) @ Sijil Teknik Mengajar (Rujuk Jadual 3) @ Sijil Tenaga Pengajar/Trainer (NCS-004:2017)

Sehubungan itu Pengajar yang mempunyai sijil Tenaga Pengajar/Trainer (NCS-004:2017 ) layak dilantik sebagai Pegawai Penilai(PP) bagi pelaksanaan program Modular.

 

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…