Badan Peneraju Industri (ILB)

1) Pengenalan

ILB merupakan organisasi pemacu sesebuah sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK.

 
2) Kriteria ILB

i. Mendapat mandat dari pihak berkuasa berkaitan.
ii. Mendapat mandat daripada pemain utama industri berkaitan atau 
iii. Mempunyai akta tertentu yang mengawal selia industri.

3) Peranan ILB

i.  Memastikan sumber tenaga mahir berasaskan kemahiran mencukupi di pasaran buruh.
ii. Sebagai jurucakap kepada industri yang diwakili.
iii. Menjadi penghubung dalam memberi maklumbalas secara terus kepada JPK berkaitan keperluan bidang,
     perkongsian pintar dan cost sharing.                                      
iv. Merancang dan memacu pertumbuhan serta perkembangan industri.
v.  Mencadangkan mekanisma terbaik dalam memartabatkan TVET.
vi. Mempromosikan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada industri.

4) Aktiviti ILB

i. Menyokong dan membantu Jabatan dalam : 
   - Mengenalpasti rangka kerja dan pengelasan pekerjaan dalam sesuatu industri yang berkaitan;
   - Mengenalpasti kemahiran dan keperluan latihan yang diperlukan oleh industri secara menyeluruh;
   - Menyediakan data yang mencukupi dan terkini daripada industri yang berkenaan;
   - Mencadangkan NOSS baru bagi memenuhi keperluan industri di sektor berkaitan; dan
   - Mengkaji semula Standard sedia ada mengikut keperluan industri.

ii. Penyelidikan Dan Pembangunan
   - Menjalankan kajian permintaan dan penawaran tenaga kerja;
   - Menerajui hala tuju industri ke arah aktiviti yang berimpak tinggi dalam mengenalpasti keperluan
      kemahiran  semasa;   dan
   - Membentangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan.

iii. Promosi Sistem Pekerjaan Kemahiran Malaysia (SPKM)
     - Memperkenalkan identiti sebagai Badan Peneraju Industri bagi sektor industri yang diwakilinya;
     - Memperkenalkan JPK sebagai badan persijilan dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) 
       merangkumi: 
          • Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB);
          • Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN); dan
          • Pengiktirafan Pencapaian Tedahulu (PPT);  
     - Menerangkan kepentingan Kerangka Pekerjaan dan Standard yang dibangunkan oleh jabatan kepada industri;
     - Mendorong pihak industri untuk mengiktiraf pengalaman dan kepakaran pekerja industri
        berdasarkan kelayakan    serta   kompentensi yang dimiliki;
     - Menggalakkan individu untuk terlibat sebagai personel yang mempunyai kepakaran dalam SPKM;
     - Mengalakkan pekerja industri untuk mengikuti pembelajaran serta latihan kemajuan teknologi yang
       berterusan  secara   formal dan berstruktur (up-skilling dan re-skilling); dan
     - Mengalakkan kerjaya pekerja industri secara berstruktur berdasarkan kompetensi pekerja.

 

icon pdf Senarai Badan Peneraju Industri (ILB) 

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…