Kerjasama Strategik Dengan Organisasi

1) Pengenalan


Menjalinkan aktiviti hubungan dan kerjasama strategik antara jabatan dan organisasi khususnya pihak majikan dan industri bertujuan menghasilkan impak positif serta manfaat kepada negara dan rakyat khususnya di dalam pembangunan sumber manusia mahir.

 

2) Pelaksanaan Hubungan Kerjasama Strategik Dengan Organisasi

  1. Promosi Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dalam dan luar negara;
  2. Penyediaan kepakaran dan khidmat nasihat dalam pembangunan standard, kurikulum dan penilaian;
  3. Pelaksanaan promosi program pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan
  4. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT);
  5. Penyediaan kepakaran dalam pelaksanaan kaedah persijilan bersama atau berkembar (joint or dual certification);
  6. Penyediaan laluan kerjaya yang kompetitif bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja mahir;
  7. Penyediaan laluan pendidikan yang lebih tinggi kepada calon atau graduan kemahiran bagi peningkatan kerjaya;
  8. Pelaksanaan dan penglibatan dalam aktiviti analisa, penyelidikan dan pembangunan latihan kemahiran;
  9. Penajaan lokasi pertandingan, tempat latihan, peralatan dan/atau bahan gunahabis bagi tujuan aktiviti pembangunan latihan kemahiran; atau
  10. Penyediaan kepakaran dalam bidang yang berkaitan samada personel/ peralatan / perisian / tempat latihan yang berteknologi terkini.

 

save Senarai Kerjasama Strategik - Maklumat MoU dan NoU Sehingga Februari 2024

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…